Ya! Walaupun itu hanya Zahra tapi Zahra sangat bermakna dalam keluarga Mation. 

****

Zahra tersedar. Terasa seluruh tubuhnya sejuk dan dia memalingkan wajahnya disebelah. Azka! 

Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Azka dari pinggangnya dan mula menegakkan tubuhnya. Rasa sakit mencengkam dibahagian pergelangan tangan dan kepalanya. 

Dia membawa dirinya kebilik air. Dia membelek lengan, muka dan leher yang mula naik merah. Banyak kali juga Azka melepaskan kemarahan padanya. Sehingga dia tidak menyedarkan diri. 

" Kau punca semuanya terjadi! " 

Lutut Zahra longlai. Dia terjelepok jatuh ditepi singki. Dia menekur lantai dan airmatanya merembes keluar. Salah diakah? 

Adakah ini semuanya salah dia? Dia punca hubungan Azka dan Ain retak! Kalau dia tidak muncul, mungkin Azka akan menerima Ain. 

Zahra memegang kepalanya. Sakit! Dia bangun dan membersihkan diri. 

Seusai membersihkan diri, Azka yang masih lagi lena dipandang. Dia merenung lembut wajah suaminya. Perlahan-lahan tangan Azka dicapai dan dikuncup. 

" Maafkan saya sebab menyusahkan awak. Kalau awak nak tahu, sayalah punca awak dan Ain berpisah. Kalau saya tak ada, mesti awak bahagia dekat sampingnya. Kematian Lut juga punca dari saya, kemalangan yang terjadi pun berpunca dari saya. Saya cakap bukan sebab saya nak undurkan diri, tapi saya perlukan masa untuk cari kebenaran. Maafkan saya.." Bisik Zahra. 

Dia mengenakan hoodie dan mukanya ditutup dengan mask hitam. Dia menyapu eyeshadow pink pekat pada mata dan blusher merah dipipinya. 

Dia kembali kepada dia yang dahulu. Dirinya sudah tidak selamat. Banyak wartawan yang sedang mencarinya. Kunci skuter lamanya dicapai dan dia berlalu keluar dari rumah Azka. Wajah Lufti dan ahli keluarga Mation menerjah dimatanya. 

Ya! Dia perlu cari kebenaran! Dia tidak mahu perkara ini tidak diselesaikan. 

Hilang sahaja kelibat Zahra, Azka membuka matanya. Dia merenung tangan yang dikuncup Zahra. Kepalanya diramas lembut. Sakit. Lama dia merenung syiling biliknya. 

" Awak! Sakit.." Mata yang penuh kekecewaan tidak dihiraukan. Airmata yang berharga tidak sedikit pun dia endahkan. 

Azka mengeluh perlahan. Dia dah buat apa kat Zahra? Jahatkah dirinya? Tapi hatinya betul-betul percayakan Ain! Azka melepaskan keluhan. Pandangannya dialihkan kearah bakul sampah. Baju Zahra! Baju Zahra yang sudah dia koyakkan. 

Azka melelapkan mata namun bayangan Zahra masih lagi dalam ingatannya. Suara merintih Zahra buatkan dia tidak senang duduk. 

****

Zahra mengelap airmata. Habis cermin butiknya penuh dengan contengan merah dan telur pecah bersepah sana sini. Mujurlah mereka tidak pecahkan cermin butiknya. Syaf dan Firash berdiri disebelah Zahra. 

" Kak..aku tak tahu kau dengan Azka kenapa tapi kenapa sampai boleh jadi macam ni? " soal Syaf.

" Ain.." Jawab Zahra sepatah. 

" Tak apalah, kita bersihkan dulu butik ni. Nanti dah selesai semua, kita borak kat dalam. " Ajak Firash. 

Dari pintu masuk Zahra mengemop lantai. Dia mengutip sisa-sisa kulit telur masukkan kedalam tong sampah. Firash dan Syaf pula bantu membersihkan cermin butik Zahra. 

Tap! tap! 

Zahra mengangkat wajahnya. Bulat matanya merenung wanita yang menarik senyum sinis memandangnya. Mata itu melekat pada batang mop yang Zahra pegang. 

" Well..ini baru sikit je Zahra. Aku akan buat lebih menyakitkan lagi. " Ujar Ain sambil membelek kukunya. 

Syaf disebelah Firash mendekati Zahra. 

" Kau dah kenapa Ain? Aku usik kau pun tak pernah. " Zahra merenung tajam pada Ain yang mula ketawa palsu. 

" Usik? Kau memang tak usik aku Zahra..tapi kau dah rampas hak aku! Kau tahu hak aku? Hak aku! " Ain menjerkah Zahra. 

" Hak? Ain, Azka yang pilih aku! Bukan kau! " Zahra sudah menahan marah. 

Ain mengecilkan matanya. Dia melangkah mendekati Zahra. 

" Kau! " 

" Ain! " Suara garau itu menegur dari arah belakang Zahra. Azka merenung tajam pada Ain. 

" Atif? " Zahra memusingkan kepalanya kebelakang. Azka? Apa si setan ni buat kat sini? 

" Yeay!! Zahra..Ayyan datang. " Ayyan melompat-lompat menepuk tangan. Leo, Shah dan Ad menghampiri mereka semua. Mata Zahra tidak lepas dari memandang kesan plaster pada dahi Azka.

Ain memeluk tubuh melihat mereka semua berdiri dihadapannya. Shah menarik senyum sinis. 

" Aku dah ingat Ain, kau ada buat taik dengan Mation 17 tahun yang lepas. I'm right? " Zahra menekup mulutnya sendiri dan Ain pula mula tergamam. 

" Ad...tengok tu! Ada orang takut.." Ayyan melepaskan kepulan asap dari mulutnya dan hidungnya. 

" Wuish! Syeram nih! " Ad meletakkan tangan diatas bahu Ayyan. 

" O verdadeiro jogo já começou.." Shah menarik senyum sinis.

CDTM 2Where stories live. Discover now