" Tak payah nak backup perempuan perampas macam dia. " Marah Azka. Dia meluncur laju meninggalkan mereka semua. 

" Babi! Azka memang setan! " Ayyan menendang tayar kereta. Habislah Zahra. Azka dah menggila. 

" Ad! Ikut aku! " Ayyan menjerit memanggil Ad. Leo dan Shah sedang uruskan para wartawan yang masih lagi bertanya. 

****

Azka menyeret Zahra kedalam rumah. Dia menolak tubuh kecil itu sehingga Zahra tersungkur. Dia meraup mukanya kasar. Matanya menikam wajah Zahra yang menangis dari tadi. 

" Kau buat apa Zahra?! Betul ke apa yang diorang cakapkan tu? Aku pernah kahwin dengan Ain?" Zahra mengesat airmatanya. 

" Zahra.." 

" Zahra apa?! Aku nak tahu ya ataupun tidak?! " Tengking Azka. Terhinjut bahu Zahra. Bergema ruang tamu dengan suara Azka. 

Lama Zahra mendiamkan diri. Azka hilang sabar, dia mendekati Zahra lalu tangannya mencengkam rahang Zahra.  

" Awak..sakit! " Adu Zahra. Mukanya kemerahan menahan sakit dan juga sedu.

" Aku nak kau bagitahu aku. Kau rampas aku dari Ain ke? " Bisik Azka. Zahra menutup mata dan lambat-lambat dia mengangguk. 

Azka melepaskan cengkamannya dan dia meraup muka. Dia ketawa. Air matanya turut sama mengalir. 

" Patutlah kau beria suruh aku percayakan kau! Kau berlakon baik Zahra! Rupanya kau perempuan.." Ayatnya tergantung. 

" Perempuan perampas! " Sambung Azka tanpa pun memikir perasaan Zahra. 

" Awak.." Azka bercekak pinggang. Lama dia mendiamkan diri. 

" Kenapa kau tak bagitahu? Kenapa aku kena tahu dari orang luar? Ataupun kau memang sembunyikan apa-apa dari aku Zahra? " 

" Saya tak sembunyikan apa-apa pun dari awak. " Ujar Zahra. Tudungnya entah kemana. Rambutnya sudah serabai. 

" Tak sembunyikan apa-apa? Habis tu tadi apa? Diorang cakap apa tadi? " Wajah polos itu menjadi takut dengan pandangan Azka. 

" Memang betul awak pernah berkahwin dengan Ain..." Azka merenung tajam.

" Dan memang betul saya perampas.." Zahra menundukkan wajahnya. 

Azka mengetap rahang. Dia menarik lengan Zahra lalu perempuan itu ditolak kasar kearah sofa. 

" Kau buat apa kat aku sampai aku boleh ada selera dengan perempuan macam kau? " 

" Awak sakit.." Lirih Zahra. 

" Kalau iya pun aku hilang ingatan, sepatutnya semua benda penting kau kena cerita..bukannya kau sembunyikan salah kau dan kaburi aku dengan kebaikan kau! " Azka menanggalkan satu persatu butang baju dia. 

Zahra rasa tersepit. Sakit apabila Azka mencengkam lehernya. 

" Awak..dengar dulu.." Pujuk Zahra. Dia sudah menggigil dengan cara Azka. 

" Kau tahu Zahra, mana-mana perempuan yang akan kacau kebahagiaan aku, dia akan merana. Kau tahu tak aku sayangkan Ain?! " Azka menarik lengan baju Zahra sehingga terkoyak. 

Zahra cuba menolak dada bidang suaminya namun apakan daya..

" Awak! Saya isteri awak! Tolonglah sedar awak! " Jerit Zahra. 

" Isteri? Isteri atas kertas je Zahra! Itupun sebab kau punca semuanya terjadi. " Azka membenamkan bibirnya dileher Zahra. 

Terjerit-jerit Zahra apabila terasa lehernya digigit. Kena rogol dengan suami sendiri? Mana sentuhan Azka yang melemahkan? Mana belaian lembut Azka selama ini?

" Awak!! Sakit!! " Azka tak menghiraukan tangisan dan rintihan Zahra. Sungguh dia lemah melawan nafsu. 

" Aku akan pastikan kau merana Zahra.." Bisik Azka ditelinga Zahra. 

" Awak.." Kepalanya berdenyut-denyut. Dia tidak mampu melawan tenaga Azka yang sudah tidak terkawal. 

Lama-lama matanya sendiri kabur dan berbalam-balam. Kesakitan dan kekecewaan mencengkam hatinya. Tidak mampu bersuara dan tidak mampu untuk menolak keinginan suaminya. 

Diberikan layanan kasar dan tiada lagi kelembutan dalam diri Azka. Semuanya hanya gara-gara pengakuan Ain. Ya! Dia sedar, dialah punca semuanya berlaku. Kalaulah dia tidak menjerumuskan dirinya dalam kehidupan Azka, mesti semuanya akan baik-baik sahaja. 

****

Ain tersenyum puas saat sahaja video Zahra diserbu dan dibalingkan dengan telur tersebar di media sosial. 

" Zahra..Zahra. Dari dulu kau ni lembab! Senang betul orang jatuhkan kau. " Ain senyum kemenangan. 

Hampir setahun dia merancang strategi untuk jatuhkan Zahra dan Mation. Kali ini dia akan pastikan yang mereka semua akan menerima nasib yang sama. 

Dia mencari dan mengumpulkan orang-orang yang ada perasaan tidak puas hati dengan Mation. Mereka semua sudah pun bergabung dengannya untuk sama-sama menentang Mation.

Yazis pernah dibubarkan dan kini dia yang bangkitkan semula. Shah yang sudah pun beralih pada Mation buatkan dia lagi rasa sakit hati. 

Rancangannya untuk membunuh Shah sudah lama dirangka. Hanya tinggal dilaksanakan sahaja. 







Eiii siapa yg salah dlm hal ni? 

Please penuhkan comment section. 

CDTM 2Where stories live. Discover now