****

" Ain nak ikut Atif! " Ain merenung kedalam wajah Azka yang masih tenang menghadap laptop. 

" Tak boleh Ain! Leo dengan Ayyan ikut sekali. Diorang mana suka Ain ikut. " Azka melepaskan keluhan. Perempuan ini dari tadi memaksanya. 

" Atif sayangkan Ain kan? Kalau sayang, bawalah sekali. " Ain mendekati Azka. Wajah Azka diusap. 

" Ain.." Azka menahan getaran. Perlahan Ain duduk diatas riba Azka. Mukanya didekatkan muka Azka. 

" Kalau Atif tak nak bawa Ain, siapa yang akan uruskan Atif kat sana? " Jari itu mengusap dari pipi bawa ke mulut. 

Azka meneguk air liur. 

" Atif boleh uruskan diri kat sana. " 

" Ain nak ikut.." Rengek Ain manja. Azka sedang berlawan dengan godaan. Dia takut sekiranya berlaku yang bukan-bukan. 

Ain mendekatkan mukanya ke muka Azka. Baru sahaja bibir Ain ingin bertaut ke bibir Azka pintu pejabat terkuak. 

Zahra terkedu melihat kedudukan Azka dan Ain yang lain macam. Leo dan Shah turut serta disitu menyaksikan apa yang terjadi. 

Azka menolak Ain sehingga Ain terjatuh apabila melihat Zahra yang merenungnya dengan pandangan yang kosong. 

" Korang buat apa ni? " Leo menikam wajah Ain yang berkerut menahan sakit terhentak. 

Zahra merenung kearah Azka yang datang menghampirinya. Sakit! Hatinya sakit saat melihatkan suaminya dengan perempuan itu. 

" Sorry, Zahra salah timing masuk. Tak apalah, Tuan layanlah tetamu Tuan. Zahra minta diri dulu. " Tak sanggup dia ingin berlama-lama disitu. Dia pergi sahaja tanpa menghiraukan panggilan dari Azka. 

Azka mengejar Zahra. Ain hanya mengetap rahang melihat Azka yang mendahului Zahra dari dia. Leo dan Shah sinis memandang dia. 

" Kau berambus! Menyampah aku tengok muka kau. " Ujar Leo. Ain mengemaskan rambutnya dan mencapai tas tangannya. 

" Hiduplah selagi mana korang ada peluang untuk hidup. Tiba masanya nanti, korang orang pertama yang aku bunuh. " Ain tersenyum sinis dan berlalu keluar dari situ. 

Shah dan Leo mengangkat bahu. Sedikit pun tak rasa takut dengan ugutan Ain. Leo menyiku Shah tiba-tiba. 

" Azka kejar Zahrakan tadi? Aku tak salah pandangkan? " 

" Yelah..aura Cik Dungu kita kat Tuan Muda tu kuat! Even si strok tu hilang ingatan tapi Cik Dungu juga yang boleh buat dia tersungkur. " Leo memetik jari. Mereka berdua tergelak mengenangkan muka Azka yang seperti tercekik biji durian tadi. 

Azka menarik lengan Zahra. Zahra terdorong kebelakang serentak itu dia terjerumus dalam dakapan Azka. 

" Lepaskan! " Zahra memberontak. Namun siapalah dia pada Azka, jelly-jelly je. Azka mengeratkan lagi pelukannya.Walaupun Zahra menolak tubuhnya namun dia tetap memeluk Zahra erat. 

" Sorry Zahra..Aku tak sengaja. " Ujar Azka perlahan. Zahra terdiam. Tak sengaja?! 

" Aku tak sengaja Zahra.." Suara garau itu seakan-akan menjelaskan pada Zahra. 

" Tak sengaja? Tuan, kalaupun Tuan cintakan Ain, sayangkan Ain. Kahwin! Bukannya buat macam tu. Usung dia kehulu kehilir, apa pandangan orang pada Tuan? Orang yang terhormat buat benda yang macam tu? " Dadanya bergetar hebat saat mengucapkan itu. 

Azka mencari wajah Zahra. Tenang?! 

" Kau cakap apa ni? " 

" Saya cakap apa? Tak kan Tuan pekak pulak? " Zahra menjeling Azka. 

" Kau jeles eh? " 

" Eh taklah! Saya suka! " Perli Zahra. Azka ketawa. 

" Oh..kalau macam tu aku buat lagilah.." 

" Hey! Beranilah buat, saya tekup muka Tuan bila Tuan tidur, biar mati. " Azka menghamburkan ketawa. Bahu Zahra ditarik dan dipeluk. 

" Jom..aku nak bawa kau kat satu tempat yang aku selalu teringat. " Zahra terlopong. 

" Tuan ingat? Tuan ingat apa? " Zahra sudah mula seronok. 

" Adalah..tapi tak sepenuhnya. Kau nak ikut tak? " Zahra mengangguk laju. Azka tersenyum. Comel betul lah budak ni! 

" Come baby.." Azka menarik tangan Zahra. Zahra tergamam. Dia terhenti disitu. 

" Kenapa? " Azka mengangkat keningnya. Pelik melihat Zahra yang membatukan diri. 

" Baby? Tuan panggil saya baby? " 

" Yelah..dah itu yang terlintas dalam otak aku. Aku sebutlah. Kenapa? " Soal Azka. 

" Tak ada apa. Saya suka! " Mereka berdua beriringan ke parking kereta. 

Zahra tersenyum sebaik sahaja kaki mereka berdua sudah pun berdiri diatas batu. Azka memeluk bahu Zahra. Risau melihat perempuan itu terlebih excited. Jatuh kang tak pasal-pasal dia menangis kat situ.

" Ini ke tempat yang Tuan selalu ingat? " 

" Haah. Tak salah aku, masa tu senja. Aku berdiri dekat sebelah perempuan yang menangis sambil cakap seketul, seketul apa entah. Aku pun tak berapa nak ingat. " Azka mengeluh. 

Bibir Zahra makin tersenyum lebar. Hatinya bagaikan hendak pecah sahaja lagaknya. Suaminya sudah mula mengingat tentang mereka. 

Zahra merapatkan lagi tubuhnya ke tubuh Azka. Perlahan-lahan tangannya memeluk pinggang Azka sambil melihat kearah laut yang berombak tenang. Azka yang perasan dengan tindakan Zahra tersenyum lebar. 

" Tuan.." Seru Zahra. 

" Hmm.." 

" Saya sayang Tuan. " Azka terdiam. Ya! Itu suara yang selalu menjadi peneman tidurnya. Saya sayang Tuan, saya sayang awak! 

" Tuan tak perlu balas sekarang. Walaupun Tuan tak ingat apa-apa tapi saya akan tetap buat Tuan jatuh cinta dengan saya. " Ucap Zahra dengan ikhlas.  

Ya! Datanglah seberapa banyak pun ugutan dari Ain, dia tidak akan mengalah sepertimana dahulu. Dia akan pastikan yang Azka tetap akan menjadi miliknya. Dia akan pertahankan cinta mereka walaupun hanya dia seorang sahaja yang menjadi benteng dalam rumahtangga mereka berdua. 

To be continue






CDTM 2Onde histórias criam vida. Descubra agora