Azka menaikkan dua jarinya memberi isyarat menyuruh mereka semua bergerak.

" Barat pulak we are have 10 people arrange kawasan barat. 5 kat laut dan 5 kat darat. "  Kitten memberi arahan pada Nuna dan Dani. 2 ke laut dan dua ke darat.

Azka dan Leo sama-sama menyelinap masuk. Ad sudah siap bersedia dengan McMillan untuk digunakan sebentar sahaja lagi.

" Ayyan..tarik perhatian diorang. " Arah Leo.

" Gila kau! " Bentak Ayyan.

" Asal pulak kau ni? " Shah sudah mengerutkan kening. Apalah budak tua ni punya ragam kali ni?

" Nampak sangat ke aku ni kurang attention sampai aku kena tarik perhatian diorang? " Ayyan mencebik.

" Lah bodoh! Kau ni..buat jelah. " Desak Leo.

" Tak mau! " Ayyan menarik muncung.

" Pergilah bodoh! " Arah Leo lagi.

" Tak mau! "

" Sebelum aku patahkan tengkuk kau, baik kau pergi sekarang Ayyan! " Suara garau menyahut dari hadapan.

Ayyan mula menjulingkan mata. Kalau Tuan Muda bersuara beranilah kata tak mau! Mau dia belasah aku kat sini sampai meninggal.

Ad sudah mengambil tempat berhampiran dengan bangunan itu. Dari atas pokok jelas kelihatan orang-orang dibawah.

Memandangkan tubuhnya tidaklah terlalu besar, dia meniarap diatas dahan pokok yang boleh dikatakan besar.

Ayyan menyorokkan segala senjatanya. Dia melangkah lembut mendekati 3 orang lelaki yang menjaga dibahagian sempadan menuju ke bangunan disitu.

" Swasdi thuk khn..(hai semua..) "  Sapa Ayyan lembut. Sengaja dilentokkan punggungnya.

" Khun khux khir?!(siapa awak?) "  Lelaki Thailand yang berbadan besar itu menjerkah Ayyan.

" Khun miru cak chan?  (awak tak kenal saya?)" Ayyan meletakkan tangan ke dahi.

" Chan miru cak khun cring! (saya betul-betul tak kenal awak) " Jawab lelaki itu sambil mengerutkan keningnya.

Datang seorang lelaki yang lengannya penuh dengan tattoo menghampiri Ayyan. Lantas punggung Ayyan dipukul.

" Uii ni khix sing thi rea txngkar. ( ini yang kita mahukan.) " Lelaki itu menyengih memandang Ayyan dari atas sampai bawah.

Ayyan sudah membuntangkan mata apabila tangan lelaki itu merayap dibahagian hadapan.

" Ngo! Chan pen khn trng! (Bodoh! Aku luruslah! ) " Marah Ayyan. Geli geleman dia rasa.

" Khun pen khn kohk! (kau penipu!) " Lelaki badan besar itu sudah mula menjerkah.

" Ngo cring! ( betullah tu bodoh! )" Balas Ayyan sambil menyengih.

Lelaki itu sudah melayangkan tumbukan. Namun Ayyan mencengkam tangan itu lalu dipusingkan.

Krak!

" Arghhh!! Chan tha khaen khxng chan hak wei! (patah tangan aku weh! ) " Lelaki itu menggelupur dihadapan Ayyan.

" Padan muka kau siam! " Ayyan menendang muka lelaki itu.

" Uii phunthi khxng rea thuk comti!! ( Woi tempat kita diserang!! ) " Jerit lelaki lagi satu.

Zup! Zup! Zup!

Ad melepaskan tembakan dikepala lelaki itu. Datang berpuluh orang kekawasan Ayyan. Ayyan sudah tersengih melihat orang-orang itu datang menghampirinya.

CDTM 2जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें