Nampak mata Zahra kuyu. Lama-lama mata itu terlelap. Selesa agaknya perut tu. Mana tidaknya kalau suami sendiri yang urutkan.

" Good night baby.. " Dia mencium pipi dan perut Zahra lembut.

Iphonenya dicapai dan dibuka. Pesanan ringkas dihantar pada Leo.

Aku cuti.

Send!

****

Telinga Zahra menangkap bunyi kelentang-kelentung. Dia terasa matanya berat namun dia gagahkan juga buka mata dan mencapai telefon disebelah sisinya.

7.30 AM.

" Hah?! 7.30 pagi?! Allahuakbar! " Dia melompat turun katil dan perasaan sejadah serta songkok sudahpun terletak kemas dihujung katil.

Laju kakinya melangkah kebilik anak-anaknya. Kosong! Dia segera turun kebawah.

Keluar sahaja dari lift, dia membawa langkah ke dapur. Hidungnya menangkap bau aroma makanan.

Dengar bunyi suara anak-anaknya serta suara suaminya.

" Awak? " Zahra terkedu melihat beberapa jenis makanan sudah pun terhidang diatas meja.

Lut dan Lutfi mengangkat wajah memandang Zahra yang termenung memandang meja makan.

" Morning baby..come! " Azka menarik tangan Zahra.

" Awak ke yang masak nasi lemak ni? Kuih ni?" Zahra mengerutkan keningnya memandang Azka.

" Yelah..kau ingat aku pandai pegang pen, pandai pegang senjata je ke? Tak pandai pegang senduk, sudip? " Azka memeluk tubuh dihadapan Zahra.

" Seriuslah awak! Awak masak ni semua? Kenapa tak kejutkan saya? "

" Lah..kaukan sakit. Aku buatkanlah.."

" Ish awak ni, saya sakit sikit je.."

" Dah jom makan. Aku nak kau rasa masakan aku. "

" Eh kejap! Awak tak siap lagi? Ni dah pukul 7 lebih tau! Pergi siap cepat.."

" No! No! Aku cuti. Sebab kau sakit. Today we spend time together! Lut dan Lutfi pun cuti juga. Tak payah pergi taska. " Arah Azka.

" Eh awak ni. Mana boleh..saya tak naklah cuti-cuti ni. Baju kat butik tu banyak nak kena siapkan. "

" Aku tak bagi kau choice. Aku arahkan kau. Bila masa aku kata kau nak ke tak nak? " Zahra terdiam.

" Awak ni.. "

" I said what baby? Today kita spend time kan? No more excuse! " Tegas Azka.

" Yelah..sekejap, saya nak mandi dulu. "

Azka tersengih. Dah lama rasanya tak buli Zahra. Dia akan pastikan hari ni Zahra 24 hours berkepit dengan dia.

Lut dan Lutfi terkelip-kelip melihat papanya yang berjoget-joget dihadapan mereka. Tidak mengerti apa-apa mereka pun sama-sama mengangkat tangan.

Seusai membersihkan diri, Zahra melangkah kebawah. Terlihat suaminya dan anak-anaknya sudah menunggunya diruang tamu.

" Sayang..jom makan. " Zahra sudah menelan air liur melihat makanan diatas meja.

Sesudah membaca doa, dia menyumbat nasi lemak kedalam mulutnya.

" Macam mana rasa dia? " Azka menanti penuh sabar.

" Urmmm.. Kejap! Kena suap lagi. " Zahra meneruskan lagi suapannya.

" Ha? Macam mana rasa dia? " Rasa tak sabar-sabar pula nak dengar isterinya komen. 

" Urmm..sedap! Aroma nasi lemak tu, bau santan dia. Sambal awak sedap sangat! Telur rebus ni pun sedap! Senang cite semuanya sedap! " Puji Zahra.

" Nasib baik kau puji..kalau tak aku rebus kau macam telur rebus. " 

" Sedapnya kuih ni!! " Kuih gulung dimasukkan lagi kedalam mulutnya. 

" Well! Aku malaslah nak cakap. Aku sekali masak memang semua orang akan puji tau. Nak-nak dari air tangan aku sendiri. Sampai kau makan pun hidung jadi kembang. "

Zahra tersenyum malu. Memang betul. Hidungnya kembang bila makan makanan Azka.

" Mana awak belajar memasak? "

" Yan! "

" Ayyan? Ayyan pandai masak ke? "

Iphone Azka berdering. Terpampang nama Leo. Terbantut perbualan dia dan Zahra.

" Hello? "

" Azka! Office Mation kena serang! " Azka berdiri tegak.

Zahra terhenti dari mengunyah apabila melihat ketegangan pada wajah suaminya.

" Macam mana boleh kena serang?! " Lut dan Lutfi merengkek dan Zahra terpaksa meninggalkan Azka sebentar.

" Lima pengawal bahagian hadapan mati, lima pengawal lagi pun sama mati. Habis dokumen dan barang-barang bernilai Mation kena selongkar. Ada beberapa lagi fail penting yang diorang ambil. "

" Bodoh! Siapa punya kerja ni?! "

" Weh! Manalah aku tahu..kalau aku tahu, tak adalah aku call kau. Aku rasa kau kena lupakan hari cuti kau. Kau kena datang sini. And one more thing, Zahra and twins dalam bahaya. "

Azka terus mengalihkan pandangan kearah isteri dan anak-anaknya.

Siapa punya angkara? Siapa yang menyimpan dendam terhadap keluarga kecilnya?

Ini bukannya permainan seperti zaman Bryans. Ini melibatkan nyawa orang-orang yang paling dia sayang.

CDTM 2Where stories live. Discover now