"S-Satu bulan tapi Mirah baru tahu minggu lepas."

"HUWAAA AKHIRNYA AKU DAPAT TENGOK ANAK KAU!" Hyunjin menjerit dan memeluk Minho. Changbin terkejut melihat perubahan ibunya yang sangat cepat. Tadi bukan main macam nak bunuh Minho.

"YEAY, AYYAN DAPAT SEPUPU!" Chan melompat-lompat keriangan.

"K-Kak, lepas!" Minho menepuk bahu Hyunjin berkali-kali kerana wanita itu terlampau erat memeluknya.

"Halim dah tahu?" tanya Yongbok lagi. Minho ketawa apabila mengingat reaksi Seungmin tadi.

"Dah, Mirah dah bagitahu tadi."

"Macam mana reaksi pak su?" tanya Chan.

"Dia pengsan."

"Alah, biasalah tu Halim terkejutー achoo! A-Achoo!" Hyunjin bersin dan mata yang tiba-tiba terasa gatal.

"Kenapa, mummy?" tanya Chan.

"Tak taー a-achoo!" Hyunjin bersin lagi, hidungnya mula berubah kemerah-merahan.

"Lupa nak cakap, Halim dengan Harith tadi ada bagi Mirah kucing." ujar Minho.

"Patutlah! Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau aku tahu, aku tak peluk kauー achoo! ーtadi!"  marah Hyunjin. Dia menjauhi Minho.

"Mummy alah kucing ke?" tanya Changbin.

"Haah, sebab tu Halim tak bagi-bagi Mirah ni kucing masa diorang duduk sini dulu." jawab Yongbok. Minho tersengih.

"Assalamualaikum. Wah, kenapa semua ada kat ruang tamu ni? Tunggu Li balik ke?" tanya Jisung dengan senyuman lebar.

"Taklah, kita tak tunggu ayah pun." jawab Chan. Jisung cemberut.

"Achoo! A-Abang bawa apa tu? Achoo!" tanya Hyunjin dengan susah payah. Jisung memandang sebuah beg kertas yang dijinjitnya lalu tersenyum.

"Abang bawa hadiah untuk Munah. Munah, abang cakap jujur ni bukan abang yang rendam baju Munah dalam baldi tu."

"Fasal baju tu Mirah punya kerja. Untung Mirah mengandung kalau tak dah lunyai dia kena tibai dengan bini kau." balas Yongbok. Jisung ketawa sebelum tiba-tiba terhenti dan terbeliak.

"Mirah apa, bah?"

"Mak su mengandung. Ayyan nanti dapat sepupu, yah!" jawab Chan, gembira.

"Wow! Congratulation, Mirah! Tak sangka aku yang korang boleh dapat anak!" ucap Jisung. Jeongin mengetuk kepala Jisung dengan penggaru belakang badan.

"Bertuah punya anak!" marah Jeongin. Jisung tersengih busuk.

Hyunjin mengambil beg kertas itu dan melihat hadiah yang dibelikan oleh Jisung, senyuman langsung terukir tatkala melihat sebuah baju kelawar bercorak bawang berserta tulisan "Bawang Rangers world deobination!".

"Huwaa thanks, abang! Achoo!" ujar Hyunjin sambil memeluk Jisung.

"Sama-sama, tapi sebenarnya tu Bawang Rangers world domination tapi si Murad salah eja tadi. Dah budak buat baju tu salah tulis jadi deobination." ujar Jisung sambil menggaru kepala sedangkan Hyunjin menggeleng, masalah itu tidak besar di mata Hyunjin.

"Takpe, bang. Munah syukur ーachoo!ー abang belikan Munah hadiah. Achoo!" raut muka Jisung menjadi risau kerana hidung Hyunjin sudah merah dan sedikit berair. Isterinya juga dari tadi menggosok-gosok mata.

"Kenapa Munah bersin je dari tadi? Sakit ke? Mata tu pun dari tadi Munah gosok."

"M-Mirahー achoo! ーkat baju dia ada bulu kucing achoo! MIRAH KAU PERGI BALIK SEKARANG A-ACHOO! ERGH, MATA MUNAH GATAL!"

Han FamilyWhere stories live. Discover now