"Eh,berat lah. Sini aku bawa"

Wana senyum simpul. Aww,rasa nak baling je briefcase ni dekat dia.

"Senyum,senyum. Teringat aku la tu kan"

"Hm"

Mengaku jela,benda betul.

Eh.

"Bye abang"

"Bye. Jaga diri elok-elok"lama Yussuf memandang Wana yang turut memandangnya itu.

Taknak pergi kerja..

"Abang,lambat nanti. Pergilah cepat"Wana menolak Yussuf. Kang pandang-pandang ni dia yang tak kasi Yussuf pergi kerja kang.

"Bye sayang"

"Bye. Hati-hati drive"

Kening Yussuf terjongket.

Wana tersengih.

"I love you abang"

Senyuman Yussuf melebar.

"I love you more"





Ayden menyilang tangan memandang Aryan di hadapannya.

Senyum je si Aryan ni. Berbeza betul dengan adik perempuannya yang sekor tu.

Masam memanjang.

Si Aryan ni,senyum pada siapa pun tak tahu lah.

Tapi kalau siapa yang usik adik perempuannya atau dua orang kembar itu,tiada maaf bagimu.

Walau berbeza umur,tidak betah untuk Ayden memanggilnya abang.

Panggil Aryan sudah. Aryan pun tak kesah.

"Oi,termenung"tegur Aryan.

"Takkan berjoget pula"walaupun Aryan satu tahun tua dari dia,namun Aryan lahir pada bulan 11.

Makanya,dia sama kelas dengan Ayden yang lahir pada bulan 3.

Dia tak berapa faham dengan sistem sekolah ini. Nak lain dari yang lain kononnya.

Apa yang dia tahu,murid yang lahir bulan 6 dan seterusnya akan sama kelas dengan murid setahun lebih muda yang lahir pada bulan 1 sampai bulan 5.

Tak faham? Takyahlah faham,korang cuma tak perlu daftar sekolah macamni je.

"Oi"

"Apa lagi?"rimas Ayden dibuatnya. Macamlah dia tak perasan budak perempuan di meja sebelah memandangnya.

Dia tak suka. Semua salah daddy,siapa suruh daddy hensem sangat?

Dah turun ke dia.

Heh.

Aryan hanya senyum pada budak perempuan itu. Untuk menjeling,dia tidak sampai hati. Mama selalu berpesan jangan sakitkan hati kaum wanita kerana wanita ini sifatnya lembut.

Cair? Jangan dulu kak,saya baru 13 tahun.

Kecuali adiknya. Huh,perempuan paling garang dia pernah jumpa. Dia pun pernah menangis kerana Mika menyepaknya.

"Kau pula termenung. Habiskan cepat makanan kau tu. Masa dah nak habis"

"5 minit lagi kot"cebik Aryan. Macamlah dia tak tahu sifat tepati masa seorang Rayyan Ayden.

"Nak apa pandang-pandang?!"

Gelabah Aryan mahu menekup mulut Ayden,namun Ayden menolak tangan Aryan.

"Hah,kau. Nak apa pandang-pandang aku?"mata Ayden tepat memanah seorang murid perempuan yang jelas terkedu dengan suara Ayden yang meninggi.

"Ayden,sudah"Aryan serba salah bila melihat muka perempuan itu. Bukan dia tidak kenal siapa dia,murid kelas sebelah.

Ayden masih memandang tajam perempuan itu. Dia tak suka orang pandang-pandang dia.

Tertunduk-tunduk gadis itu dibuatnya. Terus berlalu dari situ bersama seorang kawannya.

"Kau tak patut tinggikan suara macamtu Ayden"nasihat Aryan.

"Aku tak suka"

"Kau tak suka pun,kena cakap elok-elok. Jangan tinggi suara dekat perempuan. Tak elok"

Ayden mengeluh. Dia bukan mahu mendengar nasihat Aryan.

Tak boleh ke orang faham yang dia tak suka dan tak selesa?

Sekali pandang tu boleh la dia maafkan. Dah setiap saat pandang,siapa je selesa.

"Dahla,aku nak masuk kelas"

"Eh tunggu"











"Macamana sekolah harini? Okay?"Iman menyoal anak-anaknya.

Dah kenapa diam je harini. Gaduh ke?

"Okay je papa"jawab Aryan sambil mengerling Ayden.

Nak tunggu laki tu jawab? Berjanggut Iman.

"Ayden? Ayden okay tak?"risau Iman memandang anak terunanya yang seorang itu. Diam saja.

Biasa pun memang diam. Tapi ni macam pelik pula diam dia.

"Okay pa"

"Ayden takde mood kot"di sekolah pun Ayden macam lemau saja. Fikirannya entah kemana.

Sampai cikgu matematiknya tadi pun pelik. Nasib baik tak disuruhnya Ayden buat soalan dekat depan.

"Papa hantar Ayden balik rumah terus lah"Ayden bersuara.

"Tapi ibu dengan mama sekarang. Lagipun twin dengan Mika ada dekat rumah sana. Nanti ibu pick up korang dekat sana"

Ayden termangu sendiri.

"Okaylah kalau macamtu"

Iman hanya mengerling anak terunanya di sebelah. Aryan sekadar mengangkat bahu.

Haih,menurun betul perangai Yussuf dia ni sorang.

YUSSUF DANIAL 2Where stories live. Discover now