"Haah, siapa lagi perempuan yang berani bagi air dedak semut kat orang selain acik Mirah? Saya pun pelik macam mana laki dia boleh hidup lama-lama dengan acik Mirah tu. Kalau sayalah jadi laki dia dah lama saya tinggalkan dia. Acik Mirah tu ganas sangat, tak boleh buat bini." balas Wooyoung, kepoh. Haknyeon memijak kaki Wooyoung.

"Aduh, kenapa kau pijak kaki aku?" tanya Wooyoung.

"Diam, Mal. Yang kau tengah kutuk tu bini dia tahu." bisik Haknyeon. Wooyoung refleks tersengih, dia menoleh ke arah Seungmin yang sedang menatapnya tanpa bersuara.

Namun tatapan itu seakan memberitahu bahawa Wooyoung cuma ada sepuluh saat untuk lari sebelum ia bakal bertemu dengan malaikat Izrail.

"Kau cakap apa tadi?" tanya Seungmin. Dia baru bangun dari duduknya tetapi dua orang pelajar itu sudah lari lintang-pukang kerana ketakutan.

"Ikmal, bodohlah kau ni! Yang kau kutuk bini dia depan-depan dah kenapa?!" maki Haknyeon sambil berlari. Punyalah Haknyeon berhati-hati untuk tidak mengutuk Minho di hadapan Seungmin, Wooyoung malah dengan selamba pergi menghina wanita itu.

"Aku terlepas doh! Muka acik Halim macam nak pijak pijak aku je tadi!"

"Kalau aku jadi dia pun aku nak pijak mulut puaka kau tu!"

...

Hyunjin berdiri di hadapan sebuah bangunan. Hari ini dia mahu mengunjungi Jisung di tempat kerja kerana dia cemburu melihat Yongbok tidak habis-habis bermesraan dengan Jeongin walaupun wanita tua itu tidak terlalu melayan.

Hyunjin pun mahu bermesraan dengan Jisung. Hyunjin mahu bermanja-manja dengan suaminya.

"Eh, kak Paka. Kenapa akak ada kat sini?" tanya Hyunjin. Terkejut dirinya melihat Seonghwa turut berada di situ.

"Ni akak nak bagi bekal kat abang Dollah, semalam dia kata teringin nak makan pari-pari masak lemak." jawab Seonghwa.

"Ikan pari, kak. Kalau pari-pari menangis Barbie Mariposa nanti sebab kaum dia kena buat masak lemak." ujar Hyunjin.

"Eh, aku tercakap pari-pari ke tadi? Hoho tak perasan lah pula, semalam pun aku pergi cakap kat anak aku yang dia tu otak udang padahal aku nak cakap yang dia tu otak cair." Seonghwa ketawa apabila mengenangkan wajah cemberut Jongho. Lagi-lagi abang-abangnya yang terus menganjing Jongho sebagai anak otak udang.

"Eh Paka, Munah. Buat apa kat sini?" tegur Joonyoung yang baru muncul dengan membawa sebuah mangkuk tingkat.

"Nak bagi laki aku bekal. Munah pun sama." jawab Seonghwa.

"Tu apa yang akak masak untuk laki akak tu?" tanya Hyunjin.

"Oh, akak masakkan dia daging kari dengan sayur tumis. Saja buat lebih nak dia share share dengan laki korang. Tak sangka pula korang pun datang sini hari ni." jawab Joonyoung. Ketika itulah pintu masuk di hadapan mereka terbuka dan menampilkan suami mereka bertiga.

"Eh, sayang. Buat apa datang sini?" tanya Jisung, hairan.

"Haah, dinda pun kenapa datang kat office kanda?" tanya Hongjoong pula.

"Dah terang lagi bersuluh bini-bini korang tu tengah pegang mangkuk tupperware. Sah sah nak bagi korang bekal lah, aduhai." Sangyeon menjawab soalan tak berguna itu dan dia menghampiri Joonyoung.

"Thanks, Milah. Buat susah-susah je Milah sampai datang sini nak bagi abang bekal." ujar Sangyeon. Joonyoung tersenyum.

"Tak apa, bang. Milah tak kisah pun, ni Milah masakkan kari daging favorite abang." kata Joonyoung sambil menyerahkan mangkuk tingkat itu. Hyunjin dan Seonghwa mencebik, untung Joonyoung dapat suami yang tak sebodoh suami mereka.

"Alah, sayang. Abang nak makan daging juga." rengek Jisung apabila melihat Hyunjin membawa ayam masak sambal.

"Dinda, kan kanda cakap kanda makan cumi-cumi..." rengek Hongjoong.

"Abang, dah kira untung Munah dah datang sini penat penat semata-mata nak bagi abang bekal! Kat dalam peti sejuk rumah kita tu mana ada daging!" marah Hyunjin.

"Kanda ni pun satu! Semalam kanda sendiri kata kanda nak makan ikan pari masak lemak lepas tu tiba-tiba sekarang kata nak makan cumi-cumi. Dahlah abang tak cakap terima kasih kat dinda sebab dah masakkan abang makanan!" giliran Seonghwa pula memarahi suami.

Hyunjin dan Seonghwa menyerahkan bekal itu kepada suami mereka dan pergi sambil menghentak kaki. Tanda-tanda besar mereka sedang merajuk.

"Eh Munah! Paka! Tunggu akak! Abang, Milah pergi dulu ye. Bye." Joonyoung sempat melambai sebelum berlari mengejar Hyunjin dan Seonghwa.

"Habislah korang, bini korang dah merajuk." ejek Sangyeon. Jisung dan Hongjoong berada dalam masalah besar kerana salah mereka sendiri.

Minho dan Changbin memasuki rumah secara sembunyi-sembunyi. Ya, setelah memastikan Hyunjin keluar mereka sepakat ingin melakukan rancangan membalas dendam sekarang.

"Mana barang dia tu?"

"Mummy simpan barang dia dalam satu almari khas." beritahu Changbin.

"Okey okey, cepat buka almari tu." arah Minho. Changbin membuka almari yang dimaksudkan tadi. Dia dan Minho sempat terpesona melihat koleksi barang Bawang Rangers yang tersusun rapi di situ.

Tentunya, semua barang di situ bercorakkan bawang.

"Mak kau habiskan duit sebab benda tak berguna ni je." kutuk Minho. Dia mengambil sehelai hoodie bercorak bawang dan terdapat muka ahli-ahli Bawang Rangers.

"Bawang Rangers everywhere all around the world, amende sia?" Minho menjungkitkan bibir ke kanan melihat kata-kata khas milik persatuan kakak iparnya.

"Sekarang kita nak buat apa?" tanya Changbin.

"Kita kumpul barang dia yang jenis kain. Letak dalam baldi tu."

"Lepas tu?" tanya Changbin lagi selepas melakukan suruhan itu. Sekarang selimut, blindfold, seluar, baju dan hoodie Bawang Rangers berada dalam sebuah baldi. Minho menyeringai, dia mengeluarkan sebuah botol dari beg yang dia bawa.

Mata Changbin terbeliak.

"C-Clorox?"

"Oh yeah, baby. Sekarang masanya kita hancurkan semua barang tak berguna ni."

Han FamilyWhere stories live. Discover now