01 | tak restu

5.3K 168 23
                                    

"you win, girl. now everyone want a man like him."









"Hana, tolong urut bahu I boleh?"

Hana yang sedang belek album pernikahan mereka memandang Izz yang menghampiri. Dia tegakkan tubuh. "Sakit badan angkat kotak la tu."

Izz sengih. Dengan selamba dia meletakkan kepala di atas riba isteri dia. "You duk belek album kahwin kita dari semalam lagi tau. Apasal?"

Dahi Hana berkerut. Tangan mula memicit bahu Izz. "Apasal pulak, tak boleh ke?"

Ketawa Izz meledak. Ganas lah bini dia ni. "Tak lah. Maksud I, you're not doing anything and just tengok album tu banyak kali. Kenapa?"

"Sebab ada mak you dalam tu."

Izz terdiam. Tangan Hana masih terasa di bahunya. Cuma bibir mereka berdua tertutup rapat lepas jawapan Hana keluar. Tak ada apa yang salah pun dengan jawapan tu cuma-

Tangan Hana, Izz alihkan dari bahu. Dia angkat kepala dari riba isteri dia. Wajah bersahaja Hana dipandang. "I'm sorry. I sumpah minta maaf bagi pihak mak."

Bibir Hana menggaris senyuman. Walaupun dalam hati, macam - macam rasa bercampur. Tak tahu nak kata. "I okay je la. Faham je mak cuma nak yang terbaik untuk anak dia."

Bahu Izz jatuh. Rasa gagal pun ada sebagai suami dengan keadaan begini. Tersepit di antara isteri dan ibu. "I pun tak tahu la kenapa mak tak fikir panjang macam tu. It is so frustrating."

Melihat Izz yang mula meraup wajah, tangan Hana naik usap bahu suami dia. Senyuman diukir selebarnya membuktikan dia baik sahaja. "It's okay. Mak perlukan masa. Kita tak boleh tukar mindset dia terus kan? Doa je yang baik - baik."

Mata Izz merenung lama anak mata isterinya. Dia tahu di sebalik ketenangan Hana, isteri dia tu memendam rasa dengan ibu mertua sendiri. Izz pun tak tahu nak buat apa dah.

Cara mak dia layan Hana memang teruk walaupun baru seminggu mereka berkahwin. Ada ke patut pada hari pertama mereka berkahwin, mak suruh Hana cuci pinggan yang bertimbun?

Luluh hati Izz bila mak sendiri buat isteri dia begitu. Nak melawan, dikata kurang ajar. Akhirnya Izz hanya menolong Hana di dapur. Itupun entah berapa kali mak dia memerli Hana.

"Ya lah, perempuan educated sangat! Cuci pinggan pun tak boleh, nanti ijazah PHD tu luput!"

Apa salah Hana?

Sebab mama dan papa Hana minta hantaran yang agak tinggi kerana anak mereka berpelajaran. Dan Hana yang membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinan mereka demi pelajaran.

Mak Izz kata Hana tak perlu semua tu. Dia kata, perempuan yang tepat tak perlu tangguhkan perkahwinan kerana sibuk nak belajar. Juga, tak ada apa yang nak dibanggakan jika Hana belajar tinggi kerana Hana tak reti buat kerja rumah.

"I'm sorry tau Hana." Tangan Hana digenggam kuat. Sumpah Izz rasa nak nangis lepas ingat betapa buruknya layanan mak sendiri terhadap Hana.

Hana senyum. "Dah, lupakan dulu pasal mak. Awak nak makan ke? Dah lapar?"

"Haah, lapar..." Tangan Izz mengusap perut. Padahal sarapan pagi pun lewat sikit tadi. Sengaja je dia nak mengada dengan Hana. Dia cuba nak lenyapkan suasana sedih tadi.

"Mengada! You nak makan apa? I order dekat grabfood." Senyum. Hana tak reti masak. Dia akan cuba belajar, tapi bukan buat masa terdekat kerana dia sibuk di tempat kerja.

Izz sengih. Dia tahu dah bini dia tak reti masak. Benda tu bukan benda berat pun pada Izz. Tak reti boleh belajar. Kalau Hana tak nak belajar sekalipun, tu bukan salah Hana. Dia ada hak.

A Man Like Him✔️Where stories live. Discover now