BAB 40

134 6 7
                                    

Setelah 11 jam perjalanan, mereka berdua selamat sampai di Istanbul .

Sofia akan melanjutkan kerjayanya sebagai seorang peguam dinegara itu . Begitu juga dengan adiknya Safia . Safia akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang Doktor dihospital yang sama dengan suaminya, Rayyan Isaac .

" Alhamdulillah, the beginning of our life started here " ucap Sofia apabila sampai sahaja dikawasan lapangan terbang , Turkey .

" In Shaa Allah, lepas ni kita tak terus balik rumah Isaac, saya nak bawa awak pergi suatu tempat istimewa " kata Noah Mikhail

" Pergi mana ? " soal Sofia

" Rahsia " jawab Noah sambil menggenggam erat tangan isterinya

Apabila sampai sahaja ditempat itu, mata Sofia ditutupi dengan kain supaya dia tidak dapat melihat apa yang dia bakal dikejutkan

Sedang dia berjalan masuk kekawasan itu, Noah memberikan dia segugus kunci .

" Kunci apa ni  ? " soal Sofia teruja

" Okay kita sampai dah " ucap Noah sambil membuka ikatan kain dimata isterinya .

" Rumah ? Rumah siapa ni  ? " soal Sofia apabila dia melihat sebuah rumah banglo didepan matanya ...

" Rumah awak " jawab Noah sambil menarik tangan isterinya masuk ke rumah itu ..

" Rumah saya ? Awak, serious ke ni ? " soal Sofia terharu

" Ya, rumah awak sayang . Sebagai tanda hadiah perkahwinan kita " jawab Noah

" Awak, ini lebih dari segalanya . Terima kasih sebab tidak pernah berhenti untuk membuat saya tersenyum " ucap Sofia

" Sama-sama " balas Noah

Bahagia itu apabila orang yang kita cintai tidak pernah lelah membuat kita tersenyum dan tidak pernah mengalah untuk memperjuangkan kita hingga akhirnya .

                      *********************

6 bulan berlalu, Dahlia sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberikan nama Ahmad Zayn Dariez Bin Zakuan Shah .

Sofia berasa sangat terharu dan sedikit sebak apabila melihat gambar anak sahabatnya itu kerana dia tidak dapat memegang bayi itu dengan kedua tangannya sendiri .

" Alhamdulillah, selamat semuanya . Assalammualaikum, auntie Sofia . Bila nak jumpa Dariez ni ? " -Dahlia

" MashaAllah, comel sangat anak kau Dahlia . Welcome to the world, my dear Dariez . In Shaa Allah, see you soon , mummy and baby " - Sofia

" Kau nak balik Malaysia ? Serious ? " soal Dahlia teruja

" In Shaa Allah, minggu depan . Aku balik sebab nak tengok kau lah Dahlia . And my little handsome boy, Dariez " - Sofia

" Alah, terharunya aku . Rindu sangat-sangat dekat kau Sofia" - Dahlia

" Eh aku sebenarnya ada benda nak cerita ni . Tapi cerita ni macam cerita gila tau . Last 2 days, aku ada terserempak dengan Ahmad Rafiqi " - Dahlia

" Aku pun rindu kau jugak , Dahlia . Sangat . " - Sofia

" Ouh, haah laa dah lama sangat tak dengar khabar dia . Dia macam mana sekarang ? Kitaorang dah tak bercakap selepas majlis perkahwinan aku tu . And apa yang gilanya ? Cepatlah cerita " - Sofia

" Memang cerita gila . Kau tahu tak , dia dah kahwin dah . Aku pun baru tahu masa aku terserempak dengan dia dan isteri dia dekat hospital haritu . Tapi kau memang takkan sangka pun siapa isteri dia tu , Sofia " - Dahlia

" Wah, alhamdulillah. Apa yang gilanya kau ni , Dahlia ? Jodoh dah sampai kan, siapa kita nak menolaknya . Aku tumpang gembira lagi adalah . Cuba cakap bagi habis terus Dahlia . Kau selalu cakap separuh-separuh ni kenapa ? Siapa isteri dia ? " - Sofia

" Natasya Arisa " - Dahlia

" What ? Haha seriously ? Aku tak sangka . Kahwin juga diorang kan . Takpelah, bagi aku perkara yang dah lepas biarlah lepas .  Kita doakan je lah yang baik-baik untuk diorang . Inilah dinamakan jodoh . Sejauh manapun kita berpisah, kalau dah jodoh jumpa juga akhirnya " - Sofia

" Tu lah kan . Semua yang dah jadi tu tinggal kenangan je . Tapi kan tak nak kalah si Rafiqi tu kan .  Jadi papa expressed terus aeh! " - Dahlia

" Hahaha, kau ni macam-macam lah . Okay lah, jumpa minggu depan ya mummy . Haah lah, mak orang dah kau ni . Jangan perangai macam budak-budak lagi ya " - Sofia

" Hahaha banyak lah kau Sofia . Okay take care babe " - Dahlia

**********************

2 tahun berlalu, kini Alaia Sofia dan Noah Mikhail telah dianugerahi seorang cahaya mata perempuan . Dia dan suaminya memberi nama Tengku Ayla Mareesa binti Tengku Noah Mikhail kepada anak perempuannya itu .

Alaia Safia dan Rayyan Isaac juga telah dianugerahi seorang cahaya mata . Mereka mendapat anak lelaki dan diberikan nama Rishdan Idrees bin Rayyan Isaac .

Semoga anak-anak mereka membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh & solehah apabila mereka besar kelak .

Dengan bertarikhkan 24 December, kini ikatan perkahwinan Alaia Sofia & Noah Mikhail sudah dibina selama 2 tahun .

" Awak adalah anugerah terindah yang Allah takdirkan untuk saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Awak adalah anugerah terindah yang Allah takdirkan untuk saya . Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini, menjadi cahaya dan menyinari gelapnya hidup ini . Semoga cinta kita akan kekal hingga syurga, Tengku Noah Mikhail " ucap Alaia Sofia sambil memandang tepat kearah suaminya

" Terima kasih juga kerana hadir dalam hidup saya, Alaia Sofia . Awak sangat bererti dalam hidup saya . Hadirnya awak dalam hidup saya mengubah segalanya . Aku mencintaimu, isteriku " ucap Noah Mikhail sambil memeluk erat wanita itu kedalam dakapannya  .

Hidup Alaia Sofia jauh lebih bahagia dari apapun apabila Noah Mikhail tetap disisinya . Lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak perempuannya itu, Ayla . Cinta Alaia Sofia ditakdirkan hanya untuk lelaki yang bernama Tengku Noah Mikhail . Semoga ikatan yang dibina akan kekal hingga syurga .

" Dalam hidup ini, tidak semuanya indah . Tetaplah berjalan dan bertahan walau terkadang rasa tak mampu . Percayalah, dalam setiap kesulitan dan kesedihan pasti Tuhan akan selitkan dengan kesenangan dan kebahagiaan . Mungkin tidak hari ini, tetapi pasti suatu hari nanti " - Cinta Alaia Sofia

                                - TAMAT -

AUTHOR MESSAGES,
Terima kasih semua yang membaca kisah Cinta Alaia Sofia . Semoga semuanya berada didalam lindungan Tuhan . Stay safe & Take care . Semoga berjumpa lagi diwaktu yang Tuhan izinkan :)
Ikhlas,
Nurkayyisa .

CINTA ALAIA SOFIA Where stories live. Discover now