BAB 3

89 7 1
                                    

KISAH BERMULA DISINI,

Hari tersebut merupakan hari pertama persekolahan bagi Sofia dan dia merupakan pelajar Tingkatan 3 pada tahun itu . Tahun baru, hari yang baru, semangat baru dan azam yang baru untuk diri Sofia .

Sofia bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk kesekolah selepas selesai menunaikan solat fardhu subuh

" Tak sabarnya nak pergi sekolah , semoga semuanya baik-baik je untuk aku harini! Aamiin " kata Sofia dengan semangatnya

" Mak, kakak pergi dulu ya . Safia cepat sikit, kita dah lambat ni " kata Sofia sambil bersalaman dengan ibunya dan terus memakai kasut sekolah untuk berangkat

" Ya , im coming " jawab Safia sambil membawa bekal makanan ditangannya

Memandangkan rumah dan sekolahnya sangat dekat , jadi dia dan adiknya pergi kesekolah dengan berjalan kaki

Setibanya disekolah, dia terus menuju kearah rakan-rakannya , iaitu Sabrina Dahlia , Iffah Najiha dan Laila Amina

" Lambatnya kau sampai , naik kapal terbang ke harini ? Almaklumlah rumah paling jauh kan hahah " usik Dahlia

- SABRINA DAHLIA , lebih terkenal dengan nama singkatannya Dahlia . Dahlia merupakan kawan baik Sofia . Dahlia seorang gadis yang tinggi lampai orangnya . Dia agak terkenal dikalangan pelajar sekolah kerana kecantikannya . Dia jugalah yang paling rapat dengan Sofia berbanding rakannya yang lain .

" Eh dia ni, first day sekolah dah membahan kita pulak " balas Sofia sambil tersengeh

Kelihatan budak-budak lelaki yang baru sampai kesekolah sedang berjalan menuju ke dewan untuk berhimpun

" Eh, itu bukan ke Rafiqi ? Handsomenya dia harini " kata Amina sambil tak berkelip matanya melihat Si Rafiqi

- LAILA AMINA merupakan rakan sekelas Sofia . Tidak tinggi dan tidak rendah orangnya . Orang yang paling banyak crush diantara mereka berempat . Pantang nampak lelaki lalu, ada sahaja " onarnya "

" Haah, kacak bergayanya dia harini . Iffah, kau tak nak try dia ke ? " usik Dahlia

" Tak nak lah aku, kalau Amina tu confirm nak punya . Hahaha " jawab Iffah

- IFFAH NAJIHA nama penuhnya dan rakan sekelas memanggilnya dengan nama Iffah . Iffah merupakan orang yang agak pendiam dan tidak banyak bercakap . Dia juga yang paling pandai diantara mereka berempat .

" Boleh juga , hihi " jawab Amina ringkas

* Jam loceng sekolah berbunyi dan semua pelajar memasuki kelas masing-masing

Kelas 3 Megah  dimulakan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris yang diajar oleh Teacher Melati

Sebelum itu, guru kelas 3 Megah iaitu Cikgu Fahmi telah mengatur kedudukan tempat duduk didalam kelas dan murid perlu duduk mengikut nama yang tertampal diatas meja masing-masing

Sofia dan Dahlia berasa sedih kerana mereka tidak dapat duduk bersebelahan

" Not this year " kata Dahlia kepada Sofia

Apabila Sofia duduk ditempat duduknya , dia terkejut kerana nama yang tertampal diatas meja sebelah dengan tempat duduknya adalah nama " Ahmad Rafiqi "

Ahmad Rafiqi yang memasuki kelas sedikit lewat terus mencari tempat duduknya

" Apahal pulak kena duduk sebelah minah ni "
kata Rafiqi dengan memek mukanya yang seakan meminta penumbuk daripada sofia pada waktu itu

Sofia hanya mendiamkan diri kerana dia tidak selesa apabila berhadapan dengan lelaki

Setelah tibanya waktu rehat, Iffah , Dahlia dan Amina terus menuju ketempat duduk Sofia

" Ha mulalah tu kan " kata Sofia kerana dia tahu rakan-rakannya itu mahu mempersoalkan tentang dia dengan Rafiqi

" Wah, untungnya kau Sofia . First day sekolah dah dapat duduk sebelah budak paling kacak kat sekolah kita ni , pandai pulak tu . Mimpi indah la kau malam ni " usik Amina

" Takde maknanya lah . Kau pun tahu kan aku macam mana . Aku tak selesa la dengan dia tu " jawab Sofia

" Takpelah Sofia, nanti lama-lama selesalah tu kan . Good luck " kata Dahlia sambil memegang bahu Sofia untuk meredakan hati kawan baiknya itu

Sofia lega mendengar apa yang diucakapkan oleh Dahlia dan dia tahu Dahlia la yang paling memahaminya .

- CINTA ALAIA SOFIA -

CINTA ALAIA SOFIA Where stories live. Discover now