BAB 29

45 5 1
                                    

" Sebenarnya dia apa Dahlia ? " - Sofia

" Sebenarnya dia suka kat kau dah lama dah " - Dahlia

" What ? Are you crazy ? " - kata Sofia terkejut

" Ya Sofia . Dia tunggu kau selama ni . 4 tahun dah Sofia " - Dahlia

" Kan dia dah ada anak 2 dah kan ? Dengan Natasya kan ? Kau jugak yang bagitahu aku masa kat Istanbul dulu tu " - Sofia

" Inilah masalah kau . Bila aku nak cakap je, mesti ada hal lain yang mengganggu . Aku cakap Natasya yang dah ada anak . Tapi itu anak dia dengan orang lain lah . Bukannya dengan Rafiqi " - Dahlia

" Lah, mati-mati aku ingat Rafiqi dengan Natasya tu dah kahwin . Allahuakhbar . So Natasya tu dia kahwin dengan siapa ? Bukan ke dia cinta mati dengan Rafiqi tu ? " - Sofia

" Tu lah kan . Cinta mati la sangat . Lepas habis sekolah je diorang putus dah . Dengarnya, Natasya tu dia kahwin dengan Datuk mana entah . Tapi laki tu dah tua . Yelah tua-tua pun kalau duit banyak siapa je tak nak kan ?! " - Dahlia

" Hahaha, kau kenapa Dahlia ? Kau nak kahwin dengan Datuk jugak ke ? Aku boleh carikan . Tok Dalang ke kan ? Ada jugak pangkatnya bila panggil nanti . Cuma turn kau pangkatnya tak tinggi sangat lah, rendah sikit ! Hahah " usik Sofia

" Hahaha kau kenapa ? Zakuan aku tu nak letak mana ?! Ish kau ni !! " balas Dahlia

" Haha gurau je lah . So, habistu macam mana dengan Rafiqi ? Dia tak kecewa ke waktu tu ? " - Sofia

" Gilalah kalau cakap takkan . Tapi lama-lama dia terima kenyataanlah yang jodoh dia bukan dengan Natasya " - Dahlia

" Habistu yang kau tiba-tiba cakap dia suka aku tu kenapa pulak ? " - Sofia

" Kau ingat lagi tak waktu kau suruh aku pastkan tasbih kat dia dulu tu ? " - Dahlia

" Yaa, ingat kenapa ? " - Sofia

" Aku tak tahu lah nak cakap macam mana dengan kau . Tapi, aku nak kau tahu yang aku tersepit . Antara kau dengan Zakuan . Dia suruh aku cerita semuanya dekat Rafiqi " - Dahlia

" 4 tahun yang lepas, masa kau suruh aku bagi tasbih tu dekat dia . Masa aku nak letak dalam bag dia, Zakuan nampak . So, kau faham-faham je lah perasaan aku macam mana waktu tu . Takkanlah aku nak cakap tasbih tu dari aku dan aku bagi tasbih tu dekat Rafiqi tapi tak bagi dekat dia " - Dahlia

" Dan kau cakap aku lah kan yang bagi ? Okay lepastu ? " kata Sofia

" Ya, aku minta maaf sangat . Aku cakap kau yang bagi dan dia tanya kenapa ? Dia suruh aku jujur dan aku bagitahulah dia yang kau suka dekat Ahmad Rafiqi tu " - Dahlia

" Ouh i see " jawab Sofia ringkas

" Then ? " sambungnya lagi

" Lepastu masa hari kau nak gerak pergi Istanbul, aku, Zakuan & Rafiqi ada keluar sama-sama . Waktu tu Zakuan yang tiba-tiba cerita pasal kau dekat Rafiqi . Dia, bukan aku . Dia cakap dia nak sedarkan yang Rafiqi yang selama ni siapa yang patut diperjuangkan, dan dia nak sedarkan juga Rafiqi yang dia tidak pernah nak hargai kau " ucap Dahlia

" Lepastu bila dia dengar je apa yang Zakuan cakap dekat dia tu, dia sedar dah . Selama ni kau yang selalu ada dengan dia . Tapi, nak buat macam mana kan . Lepastu dia tanya aku kau kat mana ... dah tentu kau dah dekat airport kan waktu tu ... dia terus pergi airport kejar kau ... tapi dah terlambat ... nak nangis pun dah tak guna kan ? " sambungnya lagi

" Aku tak tahu nak cakap macam mana Sofia . Tapi betul, selama 4 tahun ni dia tunggu kau . Kadang-kadang, selama kau kat sana yang aku call kau ke kadang-kadang dia ada kat sebelah aku nak dengar suara kau . Yang masa kat Istanbul tu, Rafiqi hari-hari minta Zakuan send gambar kau kat dia " - katanya lagi

" Aku tak tahu nak cakap macam mana . Aku dah bahagia dengan hidup aku sekarang . Allah dah hantarkan Noah Mikhail dalam hidup aku . Aku bahagia dengan dia . Kau faham kan maksud aku ? Dan tak semudah itu aku nak terima dia balik selepas apa yang aku dah lalui ... tak semudah itu Dahlia ... " kata Sofia

" Aku tak marah kau pun lah . Benda ni pun dah lepas kan ? So tak ada gunanya nak marah . Terima kasih bagitahu aku semua ni . Ada lagi ke apa-apa yang kau sorok dari aku ? " sambung Sofia

" Terima kasih Sofia . Aku faham, takkan semudah itu . Aku dengan Zakuan tak pernah cakap dengan dia pasal Noah . Kitaorang tak sampai hati " - Dahlia

" Ada lagi satu Sofia . Ingat tak masa first day kau balik Malaysia kat airport? Aku dengar kau terserempak dengan dia kan ? Dia memang kat airport sebab nak tunggu kau Sofia " kata Dahlia

" What ? Aku tak tahu nak cakap apa . Im speechless. Hm tak pe lah, aku masuk bilik aku dulu . Terima kasih Dahlia " - Sofia

*********************

Deringan telefon Sofia berbunyi dan nama " Mr TNM " terpapar diskrin telefonnya

" Hi, Assalammualaikum Sofia " - Noah

" Ya, hi waalaikumsalam " - Sofia

" How's your first day ? Okay ? " - Noah

" Alhamdulillah, semuanya okay awak . Awak okay ? Dah makan ke ? " - Sofia

" Alhamdulillah. Baru je lepas makan . Penat sikit harini, banyak kerja tadi " - Noah

" Okay, pergilah rest dulu . I miss you . Take care " - Sofia

" I miss you more . Take care too !! " - Noah

- CINTA ALAIA SOFIA -

CINTA ALAIA SOFIA Where stories live. Discover now