BAB 6

58 7 1
                                    

* Jam dinding menunjukkan pukul 5 pagi dan mak mengejut Sofia dan Safia untuk bangun siap pergi ke sekolah .

" Semoga harini berjalan dengan baik , In Shaa Allah " -Sofia

Dengan semangatnya Sofia berjalan kaki ke sekolah bersama adiknya

Semasa perjalanan kesekolah, Dahlia terserempak dengan Ahmad Rafiqi dan Natasya Arisa berjalan bersama memasuki pagar sekolah

Setibanya sampai , Dahlia terus berlari menuju ke Sofia yang sedang duduk sarapan dikantin

" Sofia, tadi masa aku nak masuk sekolah, aku nampak Rafiqi dengan awek dia tu jalan sama-sama . Aku tak tahu la kenapa aku tak suka tengok diorang tu bersama . Bagi aku, kau lagi padan dengan Si Rafiqi tu " -Dahlia

Sofia yang sedang makan pun tersedak apabila mendengar apa yang diucapkan oleh Dahlia tadi

" Kau ni kenapa ? Demam ke harini ? " -Sofia

" Aku cakap betul la . Aku suka tengok kau dengan Rafiqi " -Dahlia

" Dah la Dahlia . Biarlah dia dengan awek dia tu . Kita ada hidup masing-masing kan " jawab Sofia

" Kau tu jangan nak tipu aku . Kau pun suka kan kat Si Rafiqi tu " -Dahlia

" Dah la jangan nak merepek . Jom masuk kelas . Kang lambat , kena marah pulak dengan Cikgu Zainab "

* Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat

" Okay, Rafiqi dan Sofia tolong kumpul buku-buku kawan awak dan hantar ke bilik saya ya . Terima kasih " - Cikgu Zainab

" Baik cikgu " jawab Rafiqi dan Sofia serentak

Perasaan yang hadir dalam diri Sofia apabila berjalan dibelakang Rafiqi sangat berbeza berbanding sewaktu bermulanya perkenalan antara mereka .

Jantung berdegup laju dan raut wajahnya bertukar menjadi kemerah-merahan apabila berada dekat dengan Si Rafiqi .

Dan dari situlah dia sedar yang dia sudah mula jatuh cinta kepada lelaki yang bernama Ahmad Rafiqi .

Semasa ditangga untuk turun dari bilik guru, Sofia terpijak kainnya dan tertolak badan Si Rafiqi lalu dia jatuh menghempap lengan Si Rafiqi

" Aduhhhh " - Sofia

" Kau okay tak ni Sofia ? " soal Rafiqi sambil menarik lengan Sofia untuk membangunkannya

" Aku okay . Sorry aku terpijak kain aku tadi " -Sofia

" Kau okay tak ni Rafiqi ? Aku minta maaf sangat-sangat . Aku tak sengaja " - sambung Sofia dengan nada suaranya yang sangat cemas

" Hahaha aku okay je lah . Tak pe " jawab Rafiqi

" Kau dah gila ke Sofia ? Buat malu je " bisik Sofia kepada dirinya sambil berjalan terus menuju ke kantin

- CINTA ALAIA SOFIA -

CINTA ALAIA SOFIA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن