BAB 38

58 4 1
                                    

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba . Sofia dan kawan-kawannya sangat sibuk menguruskan majlis perkahwinannya .

Sofia sudah bersiap mengenakan baju kebaya berwarna biru tua untuk bertunang pada hari itu . Dia kelihatan sangat anggun dan cantik sekali dengan baju itu .

Selesai sahaja bertunang, esoknya pula majlis nikahnya dengan Noah Mikhail . Adiknya, Safia menjadi pengapit Sofia . Isaac pula menjadi pengapit Noah Mikhail .

Pada malam sebelum majlis akad nikah, Sofia menerima pesanan mesej daripada tunangnya, Noah Mikhail .

" Assalammualaikum, Alaia Sofia . Terima kasih terima saya sebagai calon suami awak . Hidup saya menjadi lebih bermakna sejak pertemuan pertama kali antara kita di Universiti dulu . Dan saya sangat bersyukur kerana Allah kirimkan awak untuk hadir dalam hidup saya " - Noah Mikhail

" Waalaikumsalam, Noah Mikhail . Terima kasih juga kerana terima saya sebagai calon isteri awak . Semoga ikatan bahtera yang akan terbina ini, mendapat keberkatan dan semoga kekal hingga syurga . Awak adalah anugerah terindah yang Allah kirimkan untuk saya . Terima kasih untuk segalanya, Noah Mikhail " - Alaia Sofia

***********************

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kini Alaia Sofia sah menjadi isteri kepada Tengku Noah Mikhail . Dengan bertemakan konsep pantai, rakan-rakannya juga memakai baju berwarna biru muda .

" Alhamdulillah, bismillah for a new chapter. Lets through this together, isteriku " ucap Noah

Sofia hanya mengangguk tanda setuju apabila mendengar kata-kata Noah Mikhail, suaminya .

Sofia kelihatan seperti menunggu seseorang yang belum tiba dimajlisnya .

" Kau tunggu siapa tu Sofia ? " tanya Dahlia

" Adalah, kejap lagi kau tahu lah . Sabar okay " katanya

" Ha tu dah sampai pun! " sambung Sofia lagi

" What ? Dah buang tebiat ke apa dia ni ajak minah ni ? " dengus Dahlia dalam hatinya apabila melihat seorang wanita bersama 2 orang kanak-kanak, seorang lelaki & seorang perempuan sedang berjalan dan berpimpin tangan dengan kanak-kanak tersebut

" Hi semua . Tengoklah siapa yang dah sampai ni " ucap Sofia kepada rakan-rakannya

" Natasya ?! " ucap Safia

" Haah, Natasya . Ni anak-anak dia " ucap Sofia

Kemudian, kawan-kawan Sofia yang perempuan semua bersalaman dengan Natasya .

" Lah, tak ajak suami kau sekali kenapa ? Baru nak kenal-kenal " ucap Sofia

" Suami aku dah meninggal . Dah dekat setahun dah " balas Natasya

" Allahuakhbar, aku minta maaf . Aku tak tahu . Sorry Natasya " kata Sofia

" Eh tak pe lah . Aku okay " ucap Natasya

" Eh lupa nak tanya, nama anak-anak kau apa ya ? Comelnya diorang " soal Sofia

" Yang lelaki tu, nama dia Muhammad Yusuf , yang perempuan tu pula nama dia Nur Aisha . Terima kasih, Sofia . Semoga kau juga akan dikurniakan anak-anak yang comel, soleh & solehah " - Natasya

" Wah, sedapnya nama . In Shaa Allah, aamiin, aamiin, aamiin ya Mujib " - Sofia

" Eh berborak dari tadi, jom makan dulu " sambungnya lagi

Sedang semua tengah menjamu selera, Ahmad Rafiqi dan keluarga Tuan Rafael baru tiba dimajlis perkahwinan Sofia & Noah .

" Tahniah, adik kakak " ucap Kak Nurul

" Tahniah, Sofia & Noah " ucap Tuan Rafael

" Tahniah, Alaia Sofia & Tengku Noah Mikhail . Semoga ikatan yang terbina akan kekal hingga syurga " ucap Ahmad Rafiqi

" Terima kasih, terima kasih, terima kasih " bals Sofia & Noah kepada ucapan mereka

Sedang Rafiqi mahu mengambil makanan, dia terserempak dengan bekas teman wanitanya pada zaman sekolah menengah dulu, Natasya Arisa .

" Natasya ? "

" Rafiqi ? " Soal mereka serentak

" Its good to see you again, Rafiqi . How's life ? " soal Natasya

" Yes, its good to see you again too, Natasya . Alhamdulillah, everything's good . I heard about you, you dah ada anak ? Where's your children ? " - Rafiqi

" Alhamdulillah, yes . Ada, diorang ada tengah makan kat meja tu " - Kata Natasya sambil menunjukkan tangannya kearah meja yang anak-anaknya sedang duduk

Terus Rafiqi pergi kemeja itu untuk melihat anak-anak mereka . Lagipun, Rafiqi suka sangat kepada budak-budak .

Selesai sahaja Natasya dan anak-anaknya makan, diorang terus beredar pulang .

" Terima kasih sebab datang harini . Saya sangat menghargainya " ucap Sofia kepada Natasya

" Sama-sama . Terima kasih juga untuk harini . Selamat pengantin baru " kata Natasya

Apabila selesai sahaja majlis, Sofia dan rakan-rakan karibnya pergi ke tempat penggambaran untuk sesi foto perkahwinannya itu .

Sedang yang lain sibuk bergambar, Isaac dan Safia hanya membuat hal masing-masing . Mereka hanya duduk ditepi dan melihat sahaja telatah mereka . Mungkin penat kerana seharian menjadi pengapit buat kali pertamanya .

Sedang masing-masing diam, Isaac memulakan bicaranya terlebih dahulu .

" Safia, awak nak tak kahwin dengan saya ? " kata Isaac kepada Safia

Safia hanya terkejut dan terdiam apabila mendengar apa yang baharu dikatakan oleh Isaac . Dia sebenarnya tidak tahu apa yang patut dia katakan .

" Awak tak sudi nak kahwin dengan saya ke ? " soalnya lagi

" Saya ...... " - Safia

" Saya rasa saya nak fikir dahulu . Perkahwinan bukanlah suatu hal yang boleh dibuat main . Kalau boleh, saya nak kahwin seumur hidup sekali sahaja . Saya harap awak boleh bagi saya sedikit masa " kata Safia

" Boleh, saya tak paksa awak pun . Awak boleh fikirkan dulu ya . Saya faham " - Isaac

- CINTA ALAIA SOFIA -

CINTA ALAIA SOFIA Where stories live. Discover now