THS BAB 43

3.8K 290 1
                                    

Qhai melangkah masuk ke dalam sebuah restaurant. Ini kerana Raykal mahu berjumpa dengannya. Dicari jejaka tu dan seketika matanya terpandang akan susuk tubuh Raykal.

"Ray"Jejaka tu menoleh dan disuruh Qhai untuk duduk.

"Asal kau nak jumpa aku?"Tanya Qhai. Raykal mengengam tangan nya sendiri.

"Aku nak jujur dengan kau boleh?"Qhai mengangguk perlahan.

"Kau nak jujur apa?"Raykal mendekat sedikit. Diletakkan kedua tangannya di atas meja.

"aku sebenarnya dah lama suka dekat kau start form 1 lagi masa kau tolong aku kena buli. Aku dah lama pendam benda ni selama 5 tahun dan harini aku berjumpa dengan kau sebab nak bagitahu hal ni. Masa aku dapat tahu kau couple dengan Leon aku kecewa sangat tapi lepas beberapa hari Leon umumkan dekat cafe yang dia couple dengan kau disebabkan dare aku rasa nak marah aku macam nak belasah dia cukup cukup sebab dia permainkan hati kau."Raykal menunduk. Qhai diam mendengar.

"Aku sedar aku tak ada pangkat tunku atau tengku macam kau dengan Leon tapi hati aku ikhlas sayangkan dan cinta kan kau Ezahra Qhailish."Jujur Raykal dengan mata merenung dalam mata unik tu.

"Tapi kau tahu kan aku siapa. Kau tak malu ke dapat girlfriend yang kejam, pembunuh macam aku ni?."Raykal mengeleng kepalanya.

"Aku tak kesah Qhailish. Aku tak kesah kau macam mana sekalipun asalkan kau dapat terima aku apa adanya dah cukup untuk aku. Aku tak ada lah romantik mana, badboy pulak tu."Dia menunduk apabila melihat bibir gadis tu mengukir senyuman. Dia lemah.

"nama penuh kau apa?"Soal Qhai. Jejaka tu mengangkat muka.

"Muhammad Darwisy Raykal bin Dato seri Raif." Qhai menganguk faham.

"Tapi kau kalau nak bersama dengan aku kau kena fikir habis habis. Menjadi teman hidup dengan ketua mafia tak semudah apa orang fikirkan. Mana mana saja musuh ada."Raykal menganguk.

"Aku tak kesah asalkan kau jadi milik aku."Qhai berpeluk tubuh dan bersandar di kerusi.

Gadis tu menganguk menandakan dia terima.

"Kau terima?"Qhai mengangguk lagi. Dah jadi burung belatuk dah.

"SERIUS LAH?"Qhai menepuk dahinya. Semua mata memandang ke arah mereka berdua.

"Aaa maaf."Mohon Raykal. Dia cuma terkejut yang gadis ni menerimanya.

"Betul ni kau terima aku?"Qhai melihat nya kosong.

"Aku terima kau Darwisy Raykal tapi kau kena ingat. Aku tak suka orang sakitkan hati aku dan kau tak boleh heboh dekat orang yang aku leader CAM atau nyawa kau aku ambil. Sekarang kau ikut aku pergi jumpa abang aku."ternganga Raykal.

"Ju..jumpa diorang?"Tergagap gapap dia. Qhai mengangguk.

"Diorang berhak tahu. Dah jom."Raykal dan Qhai bingkas bangun untuk ke rumah abang Qhai.

"Malam esok boleh kau datang rumah aku? Kenal dengan mama aku."Qhai tersenyum nipis dan mengangguk.

"Along Qhai datang ni!"lantang suaranya. Ruang tamu tu kosong sahaja.

"YEAY ADIK DATANG!"kelima jejaka tu berlari turun dari tangga.

Ezraf menarik Adiknya jauh dari mereka semua.

"Werkk angah dapat dulu."Raykal tergelak kecil.

"Eh Raykal. Tak perasan pulak kau ada dekat sini ha sini duduk dulu."Jejaka tu melabuhkan punggung di sofa.

"ASSALAMUALAIKUM PARA AHLI RUMAH SEKALIAN!"terjah Wanda serta Anna ke dalam rumah.

"Astaghfirullah adikk ada tetamu ni."Tersengih dia bila ditegur oleh Wandi.

"Maaf tak tahu."mohon Wanda. Anna mengatur langkah ke dapur untuk membuat air.

"Oh ya, adik tahu mesti abang dah kenal Raykal kan? Adik nak bagitahu yang si Raykal ni suka dekat adik dan adik terima dia jadi partner adik. Abang semua ok ke?"Kini mata kelima jejaka tu menajam ke arah Raykal. Jejaka tu menelan air liur sedaya upaya.

"Dah berapa lama suka dekat Qhai?"tanya Ezran.

"5 tahun macam tu."Ternganga mereka.

"Perh setia sangat ni"Raykal mengusap belakang tengkuknya.

"How?"tanya Ezar. Sengaja dia mahu tahu bagaimana si Raykal ni boleh jatuh hati pada adiknya sedangkan gadis tu dulu hanya lah nerd.

"Ehem, saya boleh suka dekat Qhai sebab dia pernah tolong saya dari kena buli oleh senior masa form 1. Sikap caring dia tu buat saya tertarik dengan Qhailish."dipandang wajah gadis tu dan dikenyitkan mata nya dengan senyuman manis.

Tersedak Qhai yang sedang makan keropok lekor yang dibawa oleh Wanda tadi. Ezreen mengusap belakang adiknya.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now