THS BAB 32

4K 263 5
                                    

"along, jom makan dulu."ajak Ezran. Kesian dia melihat Ezar yang tidak terurus setelah adik mereka pergi.

Sudah seminggu alongnya asyik berkurung dalam bilik sahaja. makan pun tidak mahu. Masa gadis tu masih ada,jejaka tu sangat tampan dan mengutamakan kebersihan.

Setelah adik mereka pergi, jejaka tu hanya murung sahaja. Rambut tidak disikat. Mata yang sembab kerana menangis.

"Aku taknak Ran."Ezar menarik comforter ke atas kepalanya.

"Long, janganlah macam ni. Adik mesti sedih kalau along berkurung dalam bilik. Makan tak nak."Ezar yang mendengar Ezran menyebut tentang adiknya. Air mata mula mengalir.

"Dia dah pergi tinggalkan aku Ran. Hidup aku sunyi tak ada dia."Ran melepaskan nafas berat.

"Long kita makan dulu ya. Dah seminggu along berkurung dalam bilik. Isi lah perut tu dulu. Petang ni kita pergi melawat kubur adik ya."Ezar bingkas bangun dari baringannya apabila Ezran mahu membawanya pergi ke kubur Ezahra.

"Long mandi dulu. Lepastu turun makan. Kitorang tunggu dekat bawah."Ezar mengangguk dan melangkah ke bilik air.

"Long macam mana?"tanya Reen.

"Sekejap lagi dia turun. Lepas long selesai makan kita pergi lawat kubur adik."mereka mengangguk.

"Raykal kau okeyh?"Jejaka tu menganguk lemah.

"Jangan lah down macam ni. Bunga bukan sekuntum. Ramai lagi perempuan dekat dunia ni."Raykal tersenyum tawar.

"Memang ramai. Tapi perempuan macam dia tu hanya sorang ja."Dilentokkan kepalanya di meja.

"Kan dekat dunia ni ada tujuh wajah serupa. Kau cari lah yang macam Ezahra."Kata Alvin sekadar mahu bergurau.

Raykal hanya diam saja. Dia tidak ada mood mahu gelak.

"Aku menyesal Mahen. Aku dah permainkan hati Ez. Aku tak tahu yang dia pernah ada perasaan dekat aku."Mahen dengan Raja memandang Leon.

"Maaf Leon. Aku tak tahu yang dia ada perasaan dekat kau. Kalau bukan disebabkan dare aku mesti tak akan jadi macam ni dan Ez takkan berubah."Mahen menunduk.

"Bukan salah kau Mahen. Mungkin dah takdir bergini. Apa pun rancangan Allah. Kita redha walaupun perit."Raja menepuk bahu Mahen.

"Aku rindu Ez. Baru ja dia sedar dari koma. Dan haritu dia dah pergi buat selama lamanya."Wanda melentok kepalanya di meja. Air mata mula bertakung.

"sabar lah Wanda. Dah ajal. Kita tak boleh lawan dengan kuasa Allah. Redha ya Wanda."Gadis tu menganguk. Dihela nafasnya perlahan.

"Aku dengar leader korang dah mati? Hm boleh lah kita buat parti kan you all."Kawan kawannya mengangguk.

"Tahniah yer eh takziah." Wanda mengepal penumbuk nya. Dihela nafas perlahan. Dia tidak mahu cari gaduh harini.

"Baik kau blah lah Sabrina. Kitorang taknak gaduh."Halau Anna dengan cara baik.

"Kitorang nak gaduh? Bila masa cuma kitorang tak sangka yang Ezahra tu perempuan yang murah. Tidur dengan jantan dalam berpelukan gitu kan?"Wanda bangun dari duduknya.

"Kau jangan buat fitnah pasal dia lah!"tengking Wanda. Dia tidak suka jika Ez dikata bergitu.

"Kenapa salah ke apa aku cakap? Dah heboh lah satu sekolah ni tentang video yang dia tidur dengan jantan."Wanda mahu meluru ke arah Sabrina namun ditahan oleh Anna.

"NI MESTI KERJA KAU KAN!"Ladies menekup mulut seakan tidak percaya.

"Kau tuduhh kitorang? Mana mungkin lah kitorang buat kerja macam tu."Ladies tergelak.

"Dah wanda jom blah dari sini."Anna menarik Wanda pergi dari situ. Bukan dia tidak marah dengan Ladies namun mereka tiada mood mahu bergaduh.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon