THS BAB 30

4.1K 291 23
                                    

"KAU EZZAT! KAU ABANG YANG TAK BERGUNA DEKAT EZAHRA! DAN KAU ADIK YANG TAK BERGUNA! SEPATUTNYA KITA BINCANG CARA BAIK BUKAN CARA MACAM NI BODOH!"tengking Ezraf dengan penuh amarah.

"A..aku ta..tak sangka jadi macam ni."Dia tidak sangka yang dia akan melempar adiknya ke meja kaca.

Anna dan Wanda menangis teresak esak. Ternyata senyuman serta ketawa gadis tu adalah kali terakhir

"Keluarga cik Ezahra?"Soal doktor yang baru saja keluar dari bilik pembedahan.

"Ka..kami abang dia."Kata Ezar dengan mata merah akibat menangis.

"Maafkan kami Allah lebih sayangkan dia.. kaca yang tertusuk belakang badan dia menembusi jantung Ezahra."Ezar jatuh terduduk. Ezraf mengepal erat tangan nya.

"Doktor tipu kan? Tak mungkin adik kami dah tak ada."Ezreen seakan tidak percaya baru semalam dia peluk dah usap kepala adiknya dan kini adiknya sudah bertemu dengan pencipta.

"saya tak tipu. Kami sudah cuba yang terbaik tapi maaf tidak dapat. Saya minta diri dulu." Ezar menekup muka nya.

"Along tak sayang Ara ke hmm"

"Mana ada, along sayangkan Ara sangat sangat tapi jangan lah makan kitkat banyak sangat ok sweetheart?"

"Aaa angahhh, angah cakap nak bawa Ara pergi taman jom laaa."

"Yer sayangg, sekejap ya " diusap rambut adiknya.

"Mana satu abang Reen?"Soalnya. Reen tergelak kecil.

"Ni abang Reen, alolo comel je muka dia keliru."Ditarik pinggang kecil adiknya.

"Abang Ran taknak tanya?"Gadis tu mengeleng.

"Taknakk."jawabnya.

"Abang Ezzat jangan lah pukul Ez lagi hiks. Sakitt."

"AKU TAK PERNAH ANGGAP KAU ADIK AKU LAH BETINA!"

Kini ruang tu hanya dipenuhi dengan tangisan lima jejaka tu sahaja.

"Along,"panggil Bonda Erina. Ezar mendekati bondanya. Perut bonda nya diusap dan dicium.

"Bila adik nak keluar bonda? Ezar tak sabar nak tengok muka dia."Bonda Erina tersenyum melihat anak sulungnya.

"Ezar boleh janji dengan bonda?"Ezar mengangguk.

"Kalau bonda tak ada masa dah lahirkan Ezahra, bonda nak Ezar jaga dia macam puteri kecil. Jangan sakitkan dia ya."Ezar mengangguk sambil tersenyum.

"Tapi bonda jangan lah cakap macam tu. Ezar nak bonda ada dengan kami masa adik dah lahir . Dia mesti nak tengok wajah bonda dia."Ayahda Qhairul melangkah masuk.

"Borak apa ni?"Mereka berdua menoleh ke arah Qhairul.

"Ni bonda ni, cakap tak ada lah apa lah kan tak baik cakap macam tu."Ayahda Qhairul tergelak kecil.

"Ezar, kalau bonda dan ayahda dah tak ada kamu jaga Ezahra dengan baik ya. Dia satu satunya puteri bongsu."Hati Ezar mula menjadi sebak.

"Kenapa bonda dan ayahda cakap tentang tak ada semua ni? Bonda dan ayahda nak pergi mana?"dia tidak suka bonda dan ayahda berkata bergitu.

"Kami tak pergi mana pun Ezar cuma ingat ya pesan bonda dan ayahda"

Ezar menghamburkan tangisan nya. Maafkan Ezar sebab tak laksanakan apa yang bonda dan ayahda amanahkan.

Ezar gagal jadi along yang terbaik untuk adik adik.

"kami akan menguruskan jenazah sekejap lagi. Jika kamu semua mahu bertemu buat kali terakhir silakan." Mereka semua bingkas bangun masuk ke dalam bilik gadis tu.

Boy's serta badboy turut ada disitu. Raykal memejam mata nya erat. Tidak dia sangka gadis yang dia suka dari dulu kini telah kembali kepada pencipta nya.

Tidak sempat dia mahu berbual dengan gadis tu. Dan harini dia mendapat khabar berita yang gadis tu sudah tidak ada.

Hatinya seakan berkecai.

Leon dan Raykal mendekati Ezahra.

"Rehatlah dekat sana. Mesti kau happy kan sebab dah jumpa dengan ibu ayah kau. Semoga kita bertemu di pintu syurga kelak. Jaga diri baik baik ya cantik ku Ezahra."Raykal mengusap kepala gadis tu buat kali terakhir.

"Rest in peace sweetie"Leon melangkah ke arah kawannya semula.

"Terima kasih Ez sebab dah bertahan sampai ke titik ini. Semoga kita bertemu di pintu syurga."Wanda dan Anna mencium dahi Ez.

"Abang jahat sangat ya adik? Abang betul betul menyesal apa abang dah buat. Betul cakap Along. Disebabkan perbuatan abang, abang hilang satu satunya adik perempuan."Ezzat mengesat air matanya. Pipi gadis tu dicium buat kali terakhir.

"Ara sweetheart along. Maafkan along sebab gagal jadi along yang terbaik. Rest in peace ya sayang. Jaga bonda dan ayahda dekat sana ya."Dicium seluruh wajah adiknya.

"Adik, cepatnya adik pergi. Adik tak sayangkan angah ke? Kenapa tinggal kan angah macam ni? Baru semalam angah gelak ketawa dengan adik. Harini? Adik dah pergi. Jaga diri baik baik ya dekat sana."Ezraf mencium wajah adiknya.

"Abang Reen sayangkan adik. Rehatlah adik dengan tenang di sisi Allah. Abang tahu dekat dunia ni adik sangat terseksa."

"Abang Ezran sayangkan puteri kecil abang ni. Jaga bonda dan ayahda ya dekat sana. Maafkan kami sebab tak jaga adik dengan baik." Kembar tu mencium pipi adiknya.

Kain tu ditarik menutupi wajah putih bersih itu.

Kini Tunku Queen Ezahra Qhailish pergi buat selama lamanya dan meninggalkan kesan yang amat sakit pada orang yang terdekat.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now