THS BAB 18

4.1K 279 0
                                    

"kenapa tangan kau berbalut?"Soal Leon apabila terpandang akan tangan gadis tu.

"Bukan hal kau."Balas Ez kasar. Leon menarik kerusi depan Ez dan duduk.

"Kau ada apa apa ke dengan Raykal?"Soalnya dengan nada yang tidak suka.

"Kenapa kau cemburu?"Leon menikam tajam mata Ez.

"Aku tak suka kau rapat dengan dia."Katanya. Ez tergelak kecil.

"Apa hak kau halang aku? Kau bukan siapa siapa bagi aku. Dulu yes kau someone special but not for now."Disandarkan badannya di kerusi.

Leon memegang tangan Ez yang berbalut.

"Leon sakit lah lepaslah!"Leon menguatkan lagi gengaman nya.

"Kau jangan cabar aku. Kau belum kenal aku macam mana kalau kau taknak aku guna cara kasar lebih baik kau dengar cakap aku."Dilepaskan tangan Ez dan bangun untuk keluar.

"Aku takkan ikut cakap kau."terhenti langkah Leon. Dia menoleh ke belakang dan didekati gadis tu semula.

"Kau cakap apa tadi? Cuba ulang."Diletakkan tangannya di kerusi Ez.

"Aku takkan ikut cakap kau! Dengan siapa aku nak berkawan kau tak ada hak nak halang."Leon mendekat kan wajahnya ke wajah Ez.

"Aku tahu kau masih sayangkan aku kan Ezahra?"Gadis tu tergelak kecil.

"Lepas kau hina aku kau ingat aku masih cintakan kau? never!"Leon mengusap pipi Ez. Gadis tu mengelak.

Leon mencengkam kedua pipi Ez. Ditenung tajam mata bercampuran tu.

"Kau akan jadi hak aku. Cepat atau lambat kau tetap milik aku Ezahra!."Gadis tu menolak Leon jauh.

"KAU NI TAK PAHAM BAHASA KE APA? ASAL KAU TAK PERGI JA DEKAT SABRINA YANG GIRLFRIEND KAU TU!"Ez bangun keluar dari kelas tersebut namun pinggang nya ditarik.

Leon memeluk gadis itu dari belakang.

"Berani juga kau tengking aku hm?"Dicium pipi gebu tu.

"KAU NI KAN!"disiku perut Leon dan dianggkat penumbuknya. Nafasnya turun naik menahan amarah.

"Tumbuk lah! Kau tu perempuan buat lah cara perempuan tak payah acah kuat sangat lah!"Ez menurunkan tangannya.

"Acah kuat? then kau nak aku jadi lemah depan kau? Jadi perempuan yang senang dipijak? Dipergunakan? Dipermainkan oleh lelaki macam kau?. Aku penat arh!"Diatur langkah keluar dari situ. Kebetulan Wanda dan Anna mahu ke kelas terus tidak menjadi.

Mereka mengejar langkah Ez yang jauh di depan.

Leon menarik rambutnya kasar. Dia tidak ada niat mahu berkata bergitu. Entah kenapa dia sangat inginkan gadis tu menjadi miliknya.

Jika haritu dia tidak memberitahu yang dia couple dengan Ez atas sebab dare dari Mahen, dia pasti hatinya sudah sayang pada gadis tu.

"Salah ke hah aku nak jadi kuat? Aku penat lah Wanda, Anna."Gadis tu terduduk di lantai. Mereka sekarang berada di bilik TG yang dikhaskan untuk mereka.

"Sabar Ez. Kau tak macam ni Ez. Selama ni kau kuat. Kau jarang menangis."Diusap belakang gadis tu.

"Kau juga yang cakap buang yang negatif ambil yang positif. Jadi kenapa sekarang kau lemah? Kau kena kuat Ez. Kitorang berdua perlukan kau."Anna tersenyum je arah Ez sekadar memberi semangat.

Ez memejamkan matanya erat. Nafas dihela perlahan. Dia perlu kuat untuk hadap apa yang dia lalui.

Mereka bertiga melangkah keluar dari bilik tersebut untuk ke kelas.

"Weih tengok grup sekolah."gesa Anna. Mereka membuka website tersebut.

Membulat mata TG bila membaca tentang tu.

"Ez aku syak ni kerja Ladies"Nafas Ez turun naik menahan amarah.

"Balik. Jangan sampai harini ada pertumpahan darah."TG masuk ke dalam kelas diambil beg mereka dan keluar.

Bukan mereka tidak perasan mata mata yang memandang ke arah Ez dengan pandangan jijik.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now