THS BAB 24

4.3K 281 2
                                    

"asal kau termenung ni Kal?"Soal Putra. Mereka bertiga tidak lagi merokok ni atas arahan dari Raykal sendiri katanya mahu berhenti merokok.

"Aku cuma fikirkan apa Ezreen ke Ezran entah lah apa yang diorang cakapkan tu buat aku takut. Kalau sebulan Ez tak bangun juga then alat pernafasan tu diorang buka maksudnya hm kau faham lah kan."Putra dan Alvin mengangguk perlahan.

"Yah, kitorang faham apa yang kau fikirkan. Sekarang ni apa yang kita boleh buat ialah berdoa ja weih. Aku tahu Allah tu maha berkuasa in Shaa Allah kalau doa kita semua bersatu dengan izin Dia pasti Ez akan bangun."Tutur Putra panjang lebar.

"Ya betul kata Putra. Kita berdoa ja. Kau jangan risau Kal. Nanti dia dah bangun kau curi lah hati dia cepat cepat sebelum si Leon tu dapat dulu."Sempat lagi Alvin bergurau.

"Aku takkan bagi si Leon tu dapat Ez. Dia dah pernah sakitkan hati gadis aku."Raykal bersandar di tiang.

"Tak bawa rokok ke? Aku nak hisap rokok"menajam mata Raykal ke arah Alvin.

"Kau kalau nak mati cepat kau hisap lah then biar Wanda jadi milik orang lain."Alvin yang mendengar nama Wanda berdehem seketika.

"Rela tak hisap rokok dari hilang Wanda."Katanya. Raykal dan Putra tergelak kecil.

"Senang jelah nak bagi kau tak hisap rokok. Sebut nama Wanda ja ahahha."Putra ketawa terbahak bahak. Alvin menjeling tajam ke arah sahabatnya tu.

"Oi Raykal ceritalah sikit macam mana kau boleh tangkap cinta cintun dengan Ezahra."Raykal tersenyum ini yang dia suka ni.

"Aku yang boleh jatuh hati dekat dia tu sebab sikap dia yang baik hati. Korang ingat lagi tak masa aku kena buli dengan senior masa tu korang tak boleh buat apa apa sebab ada yang pegang."Dua jejaka tu mengangguk.

"Haa lepastu si Ez ni lah datang tolong aku, dia marah senior kita tu sampai diorang kecut perut. Dia siap tolong kemaskan rambut aku lagi. Masa tingkatan dua pula aku tak berapa nak sihat sikit . Seingat aku masa tu aku sakit kepala kot. Haa kebetulan dia lalu kelas kita, dia nampak aku macam tak sihat dia terus datang tanya aku kenapa. Masa tu aku jual mahal siak."Tergelak mereka bertiga.

"Acah jual mahal mamat ni padahal nak perhatian"Kata Putra dengan sisa ketawa.

"Sambung sambung."Arah Alvin. Raykal mula menyambung.

"Aku cakap lah yang aku sakit kepala, bila aku angkat muka ja Ez dah hilang. Rupa rupanya dia pergi cafe minta ubat sakit kepala. Nampak tak dia punya caring tu buat aku fall in love dengan dia. Walaupun dia nerd tapi aku tak kesah sebab muka ni boleh diubah menjadi cantik. Dan korang tengok lah muka dia lepas Leon permainkan hati dia. Cantik kan?"Dua sahabatnya mengangguk.

"Betul, cantik dho diorang tu."Raykal menganguk dan disandar pula badan nya ditiang.

"Caring rupanya si Ez tu patutlah cik abang Raykal kita ni boleh Fall in love 5 tahun waduh."Jejaka tu tersenyum bangga mana nak cari lelaki macam dia ni? Muka hensem. Putih pulak tu.

"Hm mana leader korang yang acah hebat tu? Tak datang?"Sabrina tergelak bersama kawannya.

"Ada kacau kau ke? Tak ada kan?"wanda menjulingkan mata nya.

"Atau diaa dah kena jolok dengan jantan? Mungkin sebab dia malu tu yang tak datang sekolah tu kan sebab dah tak suci." Sinis saja kata kata Luna.

"MULUT KAU TU BAIK BAIK SIKIT LAH BETINA!"Tengking Wanda dengan nafas turun naik menahan amarah.

"Rilex lah kitorang bergurau ja atau benda tu betul?"Sabrina tersenyum sinis.

"KAU JANGAN SAMPAI AKU BONGKAR RAHSIA KORANG BERTIGA MALU PUN DAPAT!"Wanda terus menendang perut sabrina.

Disiku tepi dahi Luna dan diselit kaki Amalia sehingga ketiga ketiga terbaring di lantai.

"Uih, seram mat."Alvin menekup mulut nya.

"Wanda jom."Anna menarik Wanda agar pergi dari situ.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now