THS BAB 11

4.6K 338 21
                                    

"ada apa pengetua nak jumpa kami?"tanya Alanna lemah lembut.

"Boy's ada jumpa dengan umi, diorang adu tentang side mirror diorang yang pecah tu."TG mengangguk perlahan.

"Kitorang dapat tahu Badboy yang buat dan kami dah bagi amaran dekat diorang."Umi menganguk faham.

"Eh Ezahra, kamu nak ke kucing tu?"Ez mengangguk.

"Bolehkan saya bawa balik?"Pengetua mengangguk tanda mengizinkan.

"Ambil lah lagipun ibu dia dah mati. Ayah dia pula cari kucing betina lain"tergelak TG.

"Tompok"Digesel hidung di hidung kucing tu.

"Apa dia bawa tu?"Mahen mengecil mata nya. Seketika matanya membulat.

"Mati aku."Mahen berganjak dekat dengan Raja. Sedangkan Ez jauh darinya.

"Kau dah kenapa!"Bengang Raja yang dia ni nak berhimpit himpit nak gay ke apa.

"Kau tak nampak tuu."Mahen tergetar getar mahu menunjuk ke arah haiwan yang berada dalam dukungan Ez.

"Kucing?. Oh ya aku lupa kau takut kucing."Raja tergelak. Cemberut wajah Mahen.

"Sayang duduk diam diam ok?"Diletakkan kucing tu bawah mejanya.

"Petang nanti kita pergi kedai haiwan aku nak beli tempat untuk dia."Wanda serta Anna mengangkat simbol okeyh.

"Aku nak beli ular boleh?"Wanda tersengih.

"Beli lah aku tak kesah."Ez mengusap leher kucing tu.

"Aku pulak nak bela arnab eee comel."Anna sudah membayangkan yang dia akan beli arnab berwarna putih. Pasti comel.

"Jaga haiwan baik baik. Aku taknak nanti korang lepas tangan macam tu ja."Wanda dengan Alanna mengangguk.

"Kitorang janji akan jaga."Ez mengangguk saja.

"Kenapa sekejap sekejap Mahen tengok kau?"Ez tersenyum sinis.

"Kau tak tahu ke dia takut kucing?"mahu tersembur bihun sup Wanda.

"AHAHAH"terletus ketawa Wanda.

"Cuba kau usik dia."Ez tersenyum penuh makna. Dia menyembunyikan kucing tu belakang nya.

"Ez? Ada apa?"Tanya Leon. Ez menjongket keningnya berkali kali.

"Mahenn aku rasa dia nak dekat kau lah."Ditunjuk tompok ke arahnya. Terkejut Jejaka tu.

"YA ALLAH TOLONG AKU."dia bangun menyorok belakang Leon.

Raja sudah bantai ketawa. Leon mengeleng kepalanya perlahan.

"Sini lahh dia pun macam suka dekat kau."Ez tersenyum jahat. Mahen mengeleng kepalanya.

"Aku mohon Ez bawa lah dia jauh jauh."Ez mendukung kucing tu semula. Diatur langkah pergi dari situ.

Mahen melepaskan nafas lega.

"Zahraa ni makanan kucing, bagilah dia makan."Makcik Nab menyerahkan makanan kucing ke arahnya.

"Terima kasih makcik."Di ambil makanan kucing tu dan diletakkan di bawah.

Sabrina berjalan ke arah Ez dan menyepak kucing tu dengan sengaja.

"Tompok."Wajah Ez berubah ketat. Matanya yang awal bercampur unggu dan hijau kini menjadi hitam pekat.

"KAU BETINA MEMANG NAK MAMPOS DENGAN AKU!"dibuat tornado kick di kepala Sabrina.

Kepala Sabrina disepak tanpa belas kasihan. Semua pelajar berlari ke dinding cafe.

Wanda mengambil tompok dilihat kucing tu takut jika kucing tu mati.

"Ez sabar!" Mohon Anna.

"KAU NAK AKU BERSABAR? BETINA NI MEMANG CARI MATI DENGAN AKU! KAKI DIA NI DAHLAH JEJAK TEMPAT MAKSIAT LEPASTU SUKA SUKA DIA SEPAK BINATANG"dipijak kuat kaki Sabrina.

"Arghhh sakit."Sabrina sudah menangis teresak esak. Kebetulan Badboy yang baru datang tu terkejut melihat Ez yang sedang marah.

"Ez please bawa bertenang!"Anna cuba untuk menenangkan Ez. Sudah lama split Ez tidak kembali tapi Harini dia muncul semula.

"LEPASKAN AKU LAH BETINA!"jerit Sabrina.

"KAU MEMANG TAK SERIK KAN ANJING!" dihentak kuat perut Sabrina.

Raykal menarik tangan Ez. Dibawa tubuh tu ke dalam pelukannya.

"Aku ambil dia sekejap."Raykal memandang Wanda dengan Alanna. Dua gadis tu menganguk.

Raykal menarik Ez pergi dari situ.

Ladies dibawa ke bilik rawatan. Leon hanya diam menahan cemburu bila melihat Raykal dengan sesenang hatinya memeluk pujaan hatinya.

"Kau ok?"Raykal mengusap rambut Ez ke belakang.

"Kenapa kau halang aku! Betina tu layak mati lah!"Raykal menekup kedua pipi Ez.

"Hey listen. Kau nak ke jadi pembunuh? Kau nak masuk penjara?"Ez terdiam.

"DIA DAH MELAMPAU!"Raykal menghela nafas perlahan.

"Bertenang Ez."Diusap rambut gadis tu.

"Dari kau marah lebih baik kau pergi tengok tompok."Ez baru teringat tentang kucing nya.

"Ha ah lah lupa."Gadis tu berlari pergi. Raykal hanya tersenyum saja.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now