THS BAB 25

4.2K 287 2
                                    

"TIGA MINAH TU MEMANG TAK SERIK KE HAH?"bengang Wanda dengan Ladies.

"Kau biarkan jaa. Lagi dilayan lagi diorang suka."Anna malas mahu bergaduh dengan Ladies tu bukannya dapat apa pun.

"Eh balik nanti kita cari siapa yang tikam Ez dengan siapa yang buat fitnah tu nak?"Soal Wanda dengan senyuman penuh makna. Anna menganguk menyetujui rancangan Wanda.

Raykal membuka pintu wad tersebut dan melangkah masuk.

"Assalamualaikum Ez."Dia duduk di kerusi. Tangan gadis tu digengam olehnya.

"Lama nya kau tidur. Bila nak bangun hm? Aku rindu nak berbual dengan kau."Dilentokkan kepalanya di tepi tangan Ez.

Dia bermain dengan jari runcing Ez.

"Kau tahu tak hidup aku sunyi bila kau tak datang sekolah tu. Semangat aku dah hilang tau. Selalunya kau lah semangat aku untuk aku datang sekolah walaupun aku selalu ponteng"Raykal tergelak kecil.

"Kalau tak disebabkan kata kata kau haritu mesti aku iri dengan Leon lagi tapi sekarang aku dah buang sifat iri tu. Thankyou sayang" dia tersenyum melihat wajah tenang gadis tu.

Diletakkan tangan gadis tu di pipinya. Mata dipejamkan untuk tidur. Biarlah dia duduk disini dahulu jika pulang ke rumah pun dia selalu bertengkar dengan papa nya.

"Raykal"jejaka tu tersentak. Ditoleh ke belakang. Kawasan tu kosong dan putih sahaja.

"Raykal."Jejaka tu menoleh ke hadapan semula. Tangannya mengigil.

"Ezahra."Dia berlari ke arah tubuh tu dan dipeluk erat.

"Aku rindu kau."Ez mengusap belakang jejaka tu.

"Aku dekat mana Ez? Kenapa baju kau putih?"Ez tersenyum manis.

"Kau dalam mimpi Raykal."Ez berpusing pusing.

"Ezahraa please bangun, aku rindu dekat kau."Ez memandang ke arah nya.

"Aku cuma nak rehat sekejap Raykal. Dekat dunia aku terseksa."jawabnya.

"Kenapa? Apa dah jadi? Kenapa hidup kau macam penuh rahsia?"Ez tersenyum.

"Abang Ezzat selalu dera aku Ray, dia pukul aku dia hina aku selama 17 tahun. Kalau kau nak tahu perut aku kena tikam disebabkan nak selamatkan dia. Bahu aku ditembak oleh along aku. Aku nak kau simpan rahsia ni. Janji dengan aku."Diserahkan jari kelingking nya.

"Aku janji, aku tak sangka diorang sanggup buat dekat kau macam ni."Dikunci jari kelingking nya dengan jari kelingking Ez.

"Aku mohon dengan kau Ezahra, please bangun kitorang semua perlukan kau."Ez tersenyum sambil mengangguk. Lama kelamaan bayangan gadis tu menghilang.

"Raykal."Kejut Ezran. Jejaka tu mencelikkan matanya.

"Kenapa tak tidur dekat sofa?"tanya Ezreen. Raykal mengeleng kepalanya dipicit perlahan dahinya.

"Dah lama ke datang sini?"kembar tu duduk disofa.

"Dalam pukul dua tadi."jawabnya dan dilihat jam sudah pukul 4. Lama juga dia tertidur.

"Kalau kau lapar kau pergilah makan dulu kat cafe."Raykal mengeleng kepalanya.

"Tak apa lagipun saya nak kena balik dah."Dia bangun dari duduk nya di cium dahi Ez.

"Nanti aku datang lagi."Bisiknya dan Didekati kembar tu dan disalam.

"Hati hati memandu"pesan Ezran.

"Baiklah."Raykal mengatur langkah keluar dari wad tu.

"Aku tengok Raykal macam sukakan Zahra."Reen menganguk mengiyakan kata-kata Ran.

"Aku pun rasa macam tu jugak dari segi dia dekat Ez tadi pun dah cukup menjelaskan yang dia sangat sayangkan Ezahra."Kembar tu bangun mendekati Ezahra. Ditarik kain tu ke atas dada gadis tu.

"Bila lah adik nak bangun. Kitorang rindu adik."Diusap perlahan rambut gadis tu.

"Kenapa kau nak tikam Ezzat?"Soal wanda. Dipandang jejaka di depannya ni tanpa riak.

"Sebab aku tahu dia dari orang kaya!"Katanya sambil meronta ronta.

"Kau dah cari pasal dengan orang yang salah."Wanda bangun mendekati jejaka tu untuk menyeksa.

Jeritan dari jejaka tu diabaikan olehnya asalkan dia puas.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now