THS BAB 23

4.2K 283 11
                                    

Leon duduk di kerusi yang diduduki oleh Raykal sebentar tadi. Tangan sejuk gadis tu digengam erat olehnya.

"Ezahra, ni aku Leon. Aku nak minta maaf sebab permainkan hati kau. Aku tak tahu yang kau simpan perasaan dekat aku. Kalau aku tak bagitahu yang tu dare dari Mahen mesti kita dah bahagia kan? Aku menyesal sangat hina kau, aku minta maaf sangat sangat. Kalau ada peluang untuk aku dapatkan hati kau aku akan guna sehabis baik. Tapi tulah ada pesaing pula. Kau kuat Ez. Kau mampu lawan benda ni. Aku mohon dekat kau supaya bangun. Kau nak hina aku balik sekali pun aku tak kesah Ez." Diukir senyuman tawar.

"Ternyata cinta bertepuk sebelah tangan tu sakit. Sakit sangat bila kita dah sayangkan seseorang tapi orang tu dah tak ada perasaan dekat kita. Aku tahu aku salah. Aku minta maaf ya Ezahra Qhailish."Dicium pipi gebu tu.

"Nanti aku datang lawat lagi bye sweetie" Diatur langkah keluar dari wad tu.

"Jap aku macam kenal kau. Kau kan yang jumpa adik aku dekat pantai?"Leon mengusap belakang tengkuknya sebelum menganguk.

"Ha ah saya lah, kebetulan saya nak ke pantai ternampak dia duduk seorang diri itu yang teman dia."Ezzat terdiam.

"Ohh tak apa lah."Ezzat memandang ke arah lain. Sumpah dia rasa menyesal sangat dengan apa dia dah buat dekat Ez.

"Agak agak bila Ez boleh sedar?"Tanya Putra.

"Kitorang pun tak tahu lah. Doktor cakap Ez akan guna alat pernafasan tu sampai tempoh sebulan ja. Kalau lepas sebulan dia masih tak sedarkan diri. Diorang akan buka."Terkejut mereka.

"Ta.. tapi kenapa perlu buka kalau buka Ez pa..pasti..."Raykal tak sanggup mahu menuturkan kata katanya lagi. Alvin mengusap belakang sahabatnya.

"Kami tahu, kami redha kalau adik kami kembali pada pencipta."Kelima jejaka tu menunduk.

"Allah."Raykal turut terduduk. Ditekup mukanya tidak sanggup dia mahu kehilangan gadis tersebut.

Leon juga terdiam mendengar apa abang gadis tu katakan.
___________________________________

"AKU NAK SEKARANG KAU CERITA DEKAT AKU APA KAU BUAT DEKAT ZAHRA SELAMA 17 TAHUN MASA KITORANG TAK ADA DEKAT RUMAH"tengking Ezar.

Ezzat menunduk.

"JAWAB LAH! KAU TAHU TAK AKU TEMBAK ZAHRA PUNCA DARI KAU YANG DATANG BAGITAHU TENTANG WEBSITE BODOH TU!"jerkah Ezar lagi.

"Ya Ezzat jujur yang Ezzat selalu pukul Ez. Ezzat selalu cari kesalahan dia. Bonda mati gara gara nak lahirkan dia!"

Pang.

Terteleng wajah Ezzat ke tepi apabila ditampar oleh Ezar. Pecah bibirnya.

"BONDA MENINGGAL DISEBABKAN TAKDIR! AYAHDA MENINGGAL JUGA DISEBABKAN TAKDIR! EZAHRA TAK ADA KENA MENGENA! MASA DIA BAYI AKU YANG JAGA DIA BUKAN KAU! BILA DIA DAH MEMBESAR, KAU PULA DENGAN SESEDAP HATINYA SEKSA DIA TANPA SEBAB YANG KUKUH!"lantang suara Ezar. Yang lain hanya diam saja tanpa ada niat mahu masuk campur.

"Atau kau nak Ezahra meninggal disebabkan perbuatan kau?"Ezzat tersentak dan dia mengeleng.

"Ezzat taknak kehilangan dia. Ezzat sedar Ezzat dah dayus pukul dia ta.. tapi Ezzat tak sanggup nak kehilangan Ezahra."Air mata jantan nya mengalir ke pipi.

"Aku gagal jadi along. Aku gagal nak didik adik adik aku. Kalau Ezahra diberi peluang untuk kembali ke pangkuan kita aku bagi amaran pada kau. Kalau kau seksa dia lagi, mati kau aku tembak." Ezar naik ke biliknya.

"Ingat, jangan disebabkan perbuatan kau, kita kehilangan satu satunya adik perempuan yang kita ada. Dia selalu cakap dia okeyh tak bermaksud dalam diri dia pun okeyh. Kalau kita boleh tengok hati dia mungkin dah tak macam hati dah aku rasa. Muhasabah diri."Ezraf menepuk bahu Ezzat dan turut naik ke bilik.

"Dah Ezzat, pergilah tidur dah lewat ni. Besok kita lawat Zahra lagi."Ezzat menganguk.

"Aku minta maaf Reen,Ran"Jejaka tu mengatur langkah ke bilik.

"Dah lama tak makan ayam panggang kan? Kalau ada adik boleh panggil diorang datang rumah."Reen mengusap kepala adiknya.

"Nantilah bila adik dah sembuh."Dua kembar tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat dua..malas guna tangga.

"Aamiin"Mereka berharap yang adik perempuan mereka akan bangun dari tidurnya.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now