THS BAB 27

4.1K 297 11
                                    

Sudah Dua minggu masih belum ada tanda tanda yang gadis tu akan bangun.

"rindu Ez."mereka tidak pernah henti berharap yang gadis tu akan sembuh. Mereka yakin yang Ez akan kembali pada mereka semula.

"Sabar lah Wanda."Alanna melepaskan nafas perlahan. Hatinya gelisah kerna tinggal lagi seminggu jika gadis itu tidak sedarkan diri juga, doktor akan buka alat pernafasan gadis tu.

Perlahan lahan mata dicelikkan memandang siling putih hospital tersebut. Nurse yang nampak pesakit sudah sedar berlari keluar memanggil doktor.

Berkerut dahi Ez. Dah kenapa lari aku bukan mati hidup balik.

"Alhamdulillah keadaan awak dah stabil cuma jahitan di perut dan bahu kamu masih ada. Jadi saya sarankan jangan terlalu banyak bergerak takut jahitan akan terbuka dan menjadi kuman."Ez menganguk faham.

"Nak air."Doktor Jane menuangkan air kepada Ez dan dibantu untuk minum.

"Jangan bagitahu abang atau sepupu saya lagi ya."mohon Ez. Buat masa sekarang dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa lagi.

"Baiklah. Tapi apa yang saya tahu besok abang sulung awak sahaja akan datang."Ez menghela nafas perlahan dan mengangguk.

Ez memandang ke arah luar tingkap.

"Kau tak boleh jadi lemah. Kau harus kuat."Diberi semangat pada dirinya sendiri.

Keesokan nya.

Ezar menolak pintu tu. Diatur langkah mendekati adiknya. Seperti biasa tangan sejuk gadis tu digengam.

"Bila nak bangun? Tak rindu along?"dia hanya mengusap belakang tapak tangan gadis tu.

"Rindu tapi dalam diri ni masih sakit."Terkejut Ezar. Di angkat muka memandang wajah yang dirinduinya. Dipeluk tubuh tu.

"Along minta maaf sangat sangat. Kalau tak disebabkan Ezzat yang hasut Along untuk marah adik. Mesti adik tak macam ni."Dicium seluruh wajah adiknya. Sungguh dia rindukan adiknya.

Diusap kedua pipi adiknya. Diletakkan dahinya di atas dahi adiknya.

"I am sorry sweetheart" dipeluk erat gadis tu.

"Adik dah maafkan along."Ezar tersenyum ke arah adiknya.

"Syukur tak sia sia along doa dekat Allah untuk bangunkan adik semula i miss you so much sweetheart." Ez hanya tersenyum nipis.

"Ara nak makan apa? Bagitahu Along biar Along pergi beli. 2 minggu adik tak makan tau dah kurus dah."perut gadis tu diusap perlahan.

"Nak nasi ayam."Ezar mengangguk.

"Along pergi cafe bawah tu kejap eh."Ez menganguk.

"Take care along."Jejaka tu hanya tersenyum saja.  Ezar menelefon Ezraf untuk memberitahu yang adik sudah sedar.

"ALHAMDULILLAH! SYUKUR ADIK DAH SEDAR!"Ezraf terus sujud syukur di ruang tamu.

"A..adik dah sedar?"soal Ezran tidak percaya. Ezraf menganguk.

"Along call dia bagitahu yang adik dah sedar. Jom lah kita pergi."Ezraf mencapai kunci keretanya.

"Weih tunggu."Mereka semua bergegas ke hospital.

"ALHAMDULILLAH EZ DAH SEDAR ANNA!"jerit Wanda. Alanna mengucap syukur. Mereka berdua turut ke hospital.

"SERIUS? ALHAMDULILLAH KEJAP LAGI KAMI SAMPAI"Raykal mengucap syukur. Didekati sahabatnya.

"Jom pergi hospital. Ez dah sedar."Ajak Raykal. Tidak sabar mahu berjumpa dengan gadis tu.

"Buka mulut sayang." Arah Ezar. Ez hanya menurut. Ezar menyuap gadis tu dengan berhati hati.

BAM!

"TEPI LAH BAHLOL!"Reen menolak adiknya ke tepi sibuk jelah.

"Pehal ramai sangat ni."ditoleh ke arah Alongnya.

"Aaa along call angah ja mungkin benda ni tersebar agaknya."Ez tergelak kecil.

"Adik macam mana? Okeyh ke?"Ez . mengangguk.

"Zahra"panggil Ezzat. Ez mengangkat tangannya agar berhenti.

"I know it. Ez dah maafkan."Katanya. Ezzat terus memeluk tubuh adiknya.

"Abang minta maaf."Dicium pipi gadis tu.

"Ya tak apa."Diusap rambut jejaka tu." Dan sekali lagi pintu dirempuh oleh seseorang.

"Assalamualaikum maaf nampak macam gelojoh pula nak masuk."Mereka tergelak.

"Walaikumsalam."Serentak mereka menjawab.

"How are you?"Tanya Raykal pada gadis tu. Sungguh dia rinduuu.

"I am fine"jawabnya.

"EZAHRA QHAILISH RINDUNYA AKU DEKAT KAU NI ADA KITKAT NAK?"Alanna menepuk dahi.

"Nak! Diorang tak bawa pun KitKat."Wanda memberi kitkat pada gadis tu.

"Oh ya long."Jejaka tu yang baru masuk berkerut dahi Kerna tadi dia pergi basuh tangan.

"Along cakap kalau Ara sedar along nak beli kitkat kan."Along tersenyum dan dicuit hidung mancung adiknya.

"Nanti along beli okeyh sweetheart?"Ez menganguk.

"Wow ramainya nampak macam ada kenduri"Boy's melangkah masuk.

"Ramai betul lelaki dekat sini. Macam bodyguard pula dah lah pakai serba hitam ingat nak berkabung ke apa."Wanda tergelak.

Mereka semua berpandangan.

"Lah kita dah lama lalai diorang ja rancang."Ezreen menepuk bahu Ezran.

"Psst. Terbalik"Tergeleng kepala mereka.

Leon mendekati Ez. Diserahkan kitkat pada gadis tu.

"Thanks."Leon mencuit hidung mancung Ez.

"Most welcome dear."

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now