THS BAB 13

4.4K 309 0
                                    

"adik"Ez membuka matanya perlahan-lahan seluruh tubuh badannya sakit akibat perbuatan Ezzat.

"Adik kenapa tak pernah cerita yang Ezzat pukul adik? Adik suka sangat berahsia dengan abang."Ez mengukir senyuman nipis.

"Tak apalah Ez kan kuat."Ezran mengucup dahi adiknya.

Ez memandang Ezreen yang tertidur. Rambut jejaka tu diusap olehnya.

"Hm eh adik dah sedar?"Ezreen terus memeluk tubuh adiknya.

"Dah berapa lama Ezzat pukul adik hm? Kenapa tak cerita."Ez mengeleng kepalanya.

"Tak ada apalah abang mungkin salah adik juga."Diukir senyuman nipis. Ezran dan Ezreen mengeluh.

"Bukan salah adik kenapa adik nak salah kan diri adik? Hah?"Ez memandang mata abangnya.

"Sebagai adik kena mengalah dengan abang sendiri. Kalau adik pun jadi api, abang Ezzat pun jadi api then siapa nak jadi air?"Kembar tu berpandangan.

"Adik. Adik tu perempuan kami sebagai abang perlu jaga adik perempuan diorang baik baik. Bukan bergini caranya."Ez terdiam.

"Adik takkan tunjuk muka lagi depan abang Ezzat. Dia dah benci adik abang. Rasanya lebih baik adik tarik diri. Adik dah cuba nk beramah mesra dengan dia tapi tak boleh. Adik minta maaf kalau kedatangan adik menyusahkan abang abang Ez."Kepala ditundukkan.

"Tak adik, kedatangan adik tak pernah menyusahkan kami. Please adik jangan down macam ni. Kami ada dengan adik."Diusap rambut adik nya perlahan.

"Mana Ez tak datang ke?"tanya Raja.

"Ada nampak dia dengan kitorang ke? Tak ada kan maksudnya tak datang lah."Raja memegang dadanya.

"Tanya ja cik adik oi kenapa nak marah."Wanda menjulingkan mata nya dan duduk di tempatnya.

"Kau pehal ni tersenyum sorang sorang? Angau?"Putra menyiku lengan Raykal. Tersentak jejaka tu.

"Mana ada aku senyum."Katanya. Alvin dan putra Tergelak.

"Kitorang kenal kau bukan sehari dua lah Raykal."Jejaka tu menyandar badannya di tiang pondok belakang sekolah.

"Aku teringat si Ezahra. Dia lain dari yang lain."Ditatap langit biru tu.

"Acieee cik abang Raykal kita dah tangkap cinta cintun dengan Ezahra."Putra menjongket keningnya berkali kali ke arah Alvin.

Raykal menghembus asap rokok tersebut.

"Tapikan."Raykal menoleh ke Alvin. Kening dijongket.

"Ez tak suka bau asap rokok."Terbatuk batuk Raykal mendengar tu. Segera rokok dimatikan.

"Amboi cepat betul kau matikan api tu."Raykal tersenyum saja.

"Oh ya baru aku perasan Ez tak hadir harini. Aku nampak Wanda dengan Alanna ja."Tutur Putra.

"Tak hadir? Dia tak sihat ke?"tanya Raykal. Dua sahabatnya mengangkat bahu.

"Ez pergi dulu. Bye abang."Disalam tangan kembar tu dan masuk ke dalam keretanya untuk pulang.

"Abang harap sangat adik tetap tabah."Serentak dua kembar tu berkata sambil melihat kereta adik mereka keluar dari perkarangan rumah tersebut.

"Tompok!"Ez mendekati kucing nya. Di dukung tompok.

"Dia dah makan belum?"Soalnya pada Alanna. Gadis tu menganguk.

"Dah makin gemuk dah dia."Digomol perut Tompok.

"Ez, kau okeyh?"Soal Wanda. Ez menganguk.

"Aku okeyh je kenapa?"Dipandang sepupu nya.

"Tak ada apa cuma kau kuat."Ez tersenyum nipis.

"Kan bonda aku pernah pesan. Jadi wanita yang kuat dan tabah. Mana boleh menyerah terlalu cepat."Dicuit hidung tompok.

Dua gadis tu hanya tersenyum sahaja melihat Ez yang bermain dengan kucingnya.

Senyuman di bibir gadis tu tidak menunjukkan yang kehidupan gadis tu turut bersinar.

7. THE HIDDEN SIDE [C]Where stories live. Discover now