"Aduh, tak boleh lah macam ni. Nanti kita kalah dengan team buaya kat taman sebelah." kata Hongjoong. Ketika itulah Jisung muncul sambil mengunyah pau.

"Apa? Nak pau?" tanya Jisung apabila Sangyeon dan Hongjoong memandangnya.

"Li, team kita mengalami deflasi." beritahu Sangyeon.

"Lah, tu korang punya hal lah. Aku dah takde kaitan." balas Jisung. Lengannya ditarik sehingga terduduk antara dua lelaki itu.

"Rosli, ni team yang kau tubuhkan. Takkanlah kau nak tengok team ni hancur musnah? Tak ingat ke dulu masa sulit kau nak tubuhkan team ni?" Hongjoong cuba mengingatkan Jisung tentang masa permulaan tertubuhnya kumpulan haram itu.

Sangyeon sempat terkejut kerana Hongjoong mampu mengingat tentang tersebut. Benda penting yang lain tak diingat pula.

"Tapiー"

"Tak ada tapi, Rosli. Dengar sini, kalau kau tak bantu kitorang bangunkan semula team ni aku yakin team ni akan hancur!" potong Hongjoong.

"Korang buat apa berkumpul kat sini? Tak kerja ke?"

"Alamak, bos!" tiga lelaki tua itu berlari menuju ke meja masing-masing apabila majikan mereka sudah berdiri sambil bercekak pinggang.

...

"Wei, perempuan. Sini jap." Somi yang sedang mengajar terkejut dengan kehadiran Minho di luar kelas.

"A-Akak buat apa kat sini?" tanya Somi sambil tersenyum takut-takut.

"Aku nak cakap dengan kau sikit. Ayyan, aku bukan datang sebab nak ambil kau balik awal, duduk balik." arah Minho. Chan yang sudah siap mengemas tempat dan memakai beg langsung memasamkan muka.

Somi menyuruh anak muridnya mengerjakan latihan modul terlebih dahulu sebelum ia keluar menemui Minho.

"Akak nak apa jumpa saya?" tanya Somi. Mereka berdiri tidak terlalu jauh dari kelas dan Somi sedikit bersyukur. Sekurang-kurangnya jika Minho melakukan aksi gusti Somi boleh menjerit meminta tolong murid-muridnya.

Minho diam dan tetap memandang Somi.

"K-Kak?" gadis itu melambai-lambaikan tangan di hadapan Minho. Agak risau jika Minho dirasuk oleh sesuatu. Dengan keberanian yang ada, Somi memegang kepala Minho.

"Bismillahirrahmanirrahim. Allahulaila haila huwal hayyul qayyumー"

Pek!

Minho menepis tangan Somi.

"Kau fikir aku kena rasuk ke?!" marah Minho.

"D-Dah akak diam je, saya takut akak kena rasuk." jawab Somi.

"Aku datang sebab nak tanya sesuatu."

"Apa dia?"

"Kau nak kahwin dengan Halim?" Somi terkejut apabila Minho bertanyakan soalan itu. Adakah Minho mengalami masalah gegaran otak semalam?

"Kak, mengucap kak. Macam dah tak lama je akak ni saya perhati."

"Nak ke tak? Jawab jelah!" desak Minho sambil memeluk tubuh.

"Err, kalau akak bagi saya okー"

"APA KAU CAKAP?!"

"A-AH KAK, TAK KAK! SAYA GURAU JE! YA ALLAH, LEPAS KAK!" Somi menjerit nyaring kerana Minho menarik tudungnya dengan kuat. Chan dan Jongho keluar dan menghampiri mereka.

"Mak su, tak baik buat macam tu. Ingat dosa." ujar Chan. Minho melepaskan tudung Somi dan mendengus.

"Kenapa akak tanya soalan macam tu?" tanya Somi. Lebih baik Minho tidak bertanya jika ia tidak mahu bermadu. Somi sendiri pun tidak mahu mempertaruhkan nyawanya demi Seungmin.

"Aku saja nak dengar kau jawab apa. Rupanya kauー"

"Kak, sumpah kak. Saya tak nak kahwin dengan dia. Akak boleh ambil dia sorang-sorang, kak. Saya lagi sayang nyawa, kak." potong Somi. Minho mengangguk-angguk, matanya teralih kepada Chan dan Jongho.

"Lagi satu aku nak tanya. Kau ajar apa kat diorang sampai diorang ni jadi gay?" tanya Minho.

"Eh?" Somi mengerutkan dahi.

"Ayyan. Fakhrul. Korang gay ke?" tanya Somi.

"Gay tu apa?" tanya mereka semula. Minho berdecit.

"Korang couple kan?" tanya Minho, lebih jelas. Chan dan Jongho tersengih dan mengangguk. Somi beristighfar panjang.

"Astaghfirullahalazim, kenapa korang jadi macam ni?" tanya Somi.

"Lah, bukan ke cikgu yang kata Ayyan couple dengan Fakkie?" tanya Chan. Mata Minho terjegil memandang Somi dan guru muda itu cepat-cepat, menggelengkan kepala .

"H-Hei mana ada! Cikgu tak cakap pun macam tu!" marah Somi. Tolonglah, sudahlah Chan membuat dosa memfitnah. Minho pula ada di situ, Somi takut nyawanya tak bertahan sampai besok.

"Ye! Cikgu yang cakap haritu! Cikgu cakap kita dengan Ayyan berpasangan!" balas Jongho.

Somi terkebil-kebil seketika.

"Yang cikgu cakap tu minggu lepas ke?"

"Yelah!"

"Subhanallah, itu cikgu cakap macam tu sebab korang berpasangan buat kerja rumah yang cikgu suruh! Macam mana korang boleh fikir sampai ke couple?" tanya Somi.

"Pasangan dalam inggeris apa, cikgu?" tanya Chan.

"C-Couple, tapi bukan tu yang cikgu maksudkan!" marah Somi lagi. Sedangkan Minho memicit kepala, susah ada anak sedara terlampau pintar macam Chan.

"Oh, maksudnya kita dengan Ayyan tak couple lah ni?" tanya Jongho.

"Tak!" jawab Somi dan Minho serentak.

"Oh, okey. Ayyan, kita tak couple lah rupanya." ujar Jongho.

"Haah, so kita jadi kawan balik lah ni kan?"

"Haah."

"Okey, jom masuk kelas." Chan dan Jongho berpegang tangan dan masuk ke dalam kelas seperti kanak-kanak riang. Nampaknya mereka tidak peduli status hubungan mereka sudah kembali menjadi teman biasa.

"Haih, nak je aku letak dedak arwah Rizki dalam susu dia nanti." gumam Minho.

"Apa, kak?"

"Aku tak cakap dengan kau lah. Jangan nak perasan sangat."


Boleh tolong gitau tak cast siapa yang antara paling kurang dapat dialog? Please, nak tahu sangat.

Han FamilyWhere stories live. Discover now