اَلْخَاتِمَة

Start from the beginning
                                    

Queen Callista mengangguk bersetuju. Dikerling suaminya di sebelah. "Bagus Your Majesty, biar His Majesty sedar diri. Sudah tua pun masih saja menggatal. Kan tidak fasal-fasal lahir si kecil comel ini." Jarinya mencuit hidung bayi mereka yang berusia lima bulan yang berada dalam dukungannya.

Wajah King Ivan sudah berubah tidak puas hati apabila diusik semula oleh isterinya. Mereka yang lain hanya tertawa.

Prince Xavier berdehem sekejap. Payah juga soalan King Ivan itu. "Jika patik bertemu wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri... mungkin tidak lama lagi, Your Majesty." Akhirnya, dia memilih dengan jawapan tipikal.

Denzell sudah tergelak kecil. "Jangan terlalu memilih, Xavier. Kami akan lahirkan seorang anak. Kau bila lagi?" soalnya berbaur gurauan.

"Bukan hanya Tuanku Estrella saja yang akan melahirkan anak itu?" bidas Prince Xavier selamba. Mereka yang lain ketawa mendengarkan itu. Denzell hanya menggelengkan kepalanya.

Oh, hampir terlupa. Mereka sudah berbaik selepas Denzell dibebaskan dari penjara. Mereka boleh dikatakan dalam fasa untuk menjadi kawan baik sekarang walaupun ada masanya, bergaduh seperti anjing dan kucing juga.

"Your Highness Niana pula bila bercadang untuk mengganti His Majesty?" Kali ini, Queen Callista tujukan soalan kepada Niana.

Niana yang dari tadi menunduk, mengangkat kepala apabila namanya dipetik. "Hah?" Itu reaksi spontannya.

Melihat semua orang tertumpu kepada Niana, dia jadi lebih gementar namun cepat-cepat dia mengawal reaksinya. "Mungkin beberapa tahun akan datang," jawabnya perlahan.

Aku hanya tersenyum nipis. Aku faham keadaan agak rumit sekarang. Dia mungkin masih mempunyai perasaan terhadap Denzell. Aku tidak akan menghalang selagi dia tidak melakukan hal bodoh untuk menghancurkan rumah tangga kami.

Areum muncul di sebelahku. Dia curtsy sebagai tanda menghormati kepada seluruh kerabat diraja yang ada di situ. Sejurus itu, dia tunduk untuk berbisik di sebelah telingaku. "Tuanku, manisan dah sedia." Mendengar khabar itu, mataku terus bersinar-sinar.

Aku bangkit dari kerusiku. "Baik, semua. Masa untuk manisan!" ucapku riang. Serentak itu, semua pekerja dapur istana mengalihkan hidangan sebelum ini dan menggantikan dengan hidangan baru, muhallebi. Manisan kegemaran aku sejak awal kehamilan lagi.

Denzell tersenyum melihat aku. "Jemput makan dan nikmati hidangan ini. Ia hasil tangan baginda Estrella kalian," ujarnya.

"Nak! Nak! Wina nak rasa, bonda!"

Dengar sahaja aku yang membuat manisan itu, si kecil Edwina terus menjerit teruja. Lengan bondanya diraih. Bibirku spontan tersengih lebar. Comel sungguh puteri yang seorang itu.

"Iya, sebentar sayang." Seperti biasa, Queen Xaviera pasti akan melayani kerenah anakandanya itu.

"Tak sangka sentuhan Tuanku begitu lazat," puji King Alexander. Dia ayahanda kepada Niana.

"Benar. Saya jatuh cinta dengan manisan ini, Tuanku." Bonda Niana, Queen Helena turut memuji.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Meskipun aku ada isu dengan anakandanya, itu bukan menjadi alasan untuk aku membenci mereka. Mereka telah berkuasa sebagai raja dan ratu Drunith selama 24 tahun. Lebih lama daripada aku menguasai Ochumadora.

The Royal Asmaraloka ⓒWhere stories live. Discover now