BAB 23

8.8K 599 83
                                    

(tekan lah video dekat atas tu 😚)

Selama satu bulan mereka melawat Alex namun gadis tu masih belum sadarkan diri.

Rayyan dan Rasy yang perlu ke US semula turut membatalkan niat tersebut. Adik perempuan mereka lebih penting dari kerja mereka.

Ke empat jejaka tu melangkah masuk ke dalam wad adiknya. Tangan sejuk gadis tu dipegang.

"Adik, bila adik nak bangun?"sayu saja suara Raz.

"Xandra sayang, Xandra cakap nak rehat sekejap ja kan?. Ni dah satu bulan adik tak bangun lagi. Xandra tak sayangkan along dah ke?" Air mata Rayyan yang hampir jatuh, dikesat kasar.

"Bangun lah sayang, abang Rasy rindu nak peluk adik" sudahlah dia susah mahu berjumpa dengan adiknya disebabkan sibuk bekerja. Bila sudah free, adiknya pula jadi bergini.

"Abang Riz tunggu adik tauu. Maafkan  abang Riz dan abang Raz sebab seksa adik selama tiga tahun. Sekarang mungkin dah tiba masanya untuk adik berehat tapi abang Riz mohon, jangan terlalu lama." Tiga jejaka yang awalnya menahan air mata kini menitis jatuh apabila mendengar kata kata dari Rizan.

Kini bilik itu sunyi dan digantikan dengan bunyi alat pernafasan Alex saja.

Tittttttttttttt

Ke empat jejaka tu terkejut melihat garisan berwarna hijau tu lurus.

Rayyan berlari keluar untuk memanggil doktor.

"Adik? Adik!!! JANGAN TINGGAL ABANG!!! TAK KELAKAR ADIK BENDA MACAM NI!!! ADIKKKK BANGUN LAHHH. ALAT NI PENIPU!!!"Raz mengoncang tubuh badan adiknya yang sudah kaku.

"Kamu semua sila keluar dahulu"Arah doktor tersebut. Ke empat jejaka tu hanya akur.

"Selamatkan adik saya doktor"mohon Riz.

"Kami akan cuba"Pintu wad itu tertutup rapat.

"Ya Allah selamatkan adik kami"Rayyan menekup muka nya. Dia tidak akan memaafkan dirinya jika adik perempuan nya pergi menghadap Ilahi.

Rasy mengemam bibir menahan sebak yang mula bertandang di hati.

Segala kenangan bersama adik perempuan mereka, menerjah ke dalam fikiran mereka.

"Ahahah alongg taknak lah!"

"Huwaa abang Raz dengan abang riz jahattt"

"Eeee apa abang Rasy ni, bagi lah balik coklat adik!"

"Sayanggg abang abang Reza!"

Empat jejaka tu terus menghamburkan tangisan yang sedari tadi ditahan.

"Abang Raz mohon tolong bangun"Hatinya tidak henti henti berdoa agar adiknya akan bangun.

Pintu wad yang ditempatkan Alex, dibuka. Mereka bingkas bangun. Dilihat doktor tersebut mengeleng.

"TAK TAK TAK!! REZA TAK BOLEH MATI!"Rasy terus merempuh masuk bilik tersebut dan menekup mulut apabila tubuh tu sudah ditutupi dengan kain putih.

Tergetar getar tangannya membuka kain tersebut. Dan dia jatuh terduduk.

"Xandra!!!"Rayyan memeluk tubuh kaku adiknya.

"Al...alex??"Aurel Dan fitri turut terkejut mendengar berita kepemergian sepupu mereka.

Tubuh Alex dipeluk erat.

"Alex bangun lah!! Kitorang dua perlukan kau!"Aurel menangis teresak esak di dalam pelukan abangnya.

"Xandra mungkir janji!!! Xandra dah janji dengan along yang Xandra takkan tinggalkan Along tapi ni apaa???"Bilik tu dipenuhi dengan tangisan mereka semua.

Fitri dan Aurel memeluk abang mereka erat.

"Re..reza, tolong bangun please!"Riz mencium seluruh wajah adiknya. Namun wajah putih bersih dan mata yang tertutup rapat tu hanya tenang.

Raz,Rasy, dan Rayyan bangun mendekati adik perempuan mereka. Nafas ditarik dahulu. Perlahan lahan kain putih tu ditarik menutup wajah gadis tu.

"Rehat lah sayang. Ka..kami redha dengan kepemergian adik. Semoga adik tenang dekat sana ya? Ma.. maafkan abang ya. Kitorang berdosa dengan adik. Tunggu abang dekat syurga ya sayang"ke empat jejaka tu mengesat air mata.

"Fiq!!"Jerit Keven.

"Asal kau ni?"berkerut dahi nya bila melihat sahabat nya ini seperti dikejar hantu.

"Reza!! Reza dah tak ada!"Afiq dan Mika berpandangan.

"Maksud kau?" Keven bercekak pinggang.

"Reza dah meninggal dunia pagi tadi!"gelas yang berada di tangan Afiq jatuh ke lantai.

"Ahaha kau tipu kan Kev?"soal Afiq tidak percaya. Gadis dia suka buat pertama kalinya sudah pergi?.

"Aku tak tipu lah! Dia dah meninggal!!  Aku tahu ni pun aku tengok grup sekolah. Razin abang Reza bagitahu" Keven mengambil songkok nya.

"Mika jom kita pergi!"Afiq menarik lengan Mika yang statik di situ.

TUNKU QUEEN REZA ALEXANDRA BINTI TUNKU KING RAFAEL ALEXANDER

2004-20**

Batu nisan tu dipegang dengan perasaan yang sedih. Rayyan mengusap perlahan batu tersebut.

"Semoga Xandra tenang dekat sana ya? Bonda,ayahda. Kini adik pula yang pergi tinggalkan kitorang. Adik jagakan bonda dan ayahda dekat sana ya"Rayyan mengukir senyuman tawar dan bingkas bangun untuk pulang.

Badboy baru mengetahui yang Reza mempunyai empat abang. Patutlah sifat gadis seperti kelakian sedikit.

5. THE SILENT GIRL [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang