BAB 46

5.8K 469 24
                                    

"Korang tak pergi mana mana ke harini?"Soal Mahen. TG menoleh ke arah HDB. 

"tak ada perancangan lagi"Aurel memasukkan potato ke dalam mulutnya dengan mata tidak lepas dari tv.

Deringan telefon dari Alex membuatkan yang lain menoleh ke arahnya.Gadis itu segera menjawab panggilan. dia duduk jauh sikit dari yg lain.

"Assalamualaikum Sexy lady" Alex menjulingkan matanya.

"walaikumsalam. ada apa?"Leon hanya melihat dari jauh, dalam fikirannya sudah tertanya tanya siapa yang menelefon sweetienya.

"Free tak harini? Nak ajak keluar makan."Alex mengetuk jarinya di dagu.

"Ok boleh pukul berapa?"Afiq melihat jam di dinding.

"Jam 11 aku pergi ambil kau okeyh sexy lady?"

"Okey see you."Ditutupkan panggilan dan didekati sepupunya.

"Aku nak keluar sekejap dengan Afiq. Korang jaga rumah."Alex mengatur langkah ke bilik untuk bersiap.

"Alex ada apa apa ke dengan Afiq?"soal Leon datar.

"Kawan ja dia ja jangan lah cemburu."Mereka semua tergelak. Leon hanya diam saja. Dia cemburu jika gadis tu mahu jumpa dengan lelaki lain.

Restaurant.

"Asal kau tengok aku macam tu?"soal Alex yang tidak suka ditenung oleh jejaka tu.

"Kau nampak cantik harini."jujur Afiq dan ditongkat dagu memandang wajah cantik di hadapannya ini.

"Thankyou"Alex menghirup airnya. Dilarikan pandangan dari bertentang mata dengan Afiq.

"Taknak buka hati untuk aku ke? Aku janji aku takkan permainkan hati dan perasaan kau."Mata Afiq melembut memandang wajah putih Alex.

"Macam mana kalau hal lalu terjadi kembali? Aku taknak hati aku sakit lagi Fiq."Disandarkan badannya.

"Masa lalu kau ambil lah jadi pelajaran. Sampai bila kau nak berada dalam masa lalu? Izinkan aku untuk berada dalam hati kau sebagai penyembuh luka yang terpahat di hati kau Sayang."Alex terdiam.

"Aku tahu aku tak seromantik macam lelaki lain tapi aku janji dengan kau untuk jadikan kau bidadari syurga aku. Aku taknak ambil kau sebagai girlfriend aku tapi aku nak ambil kau sebagai isteri yang sah untuk aku. Aku tahu yang aku ni badboy suka pukul orang tapi tu dulu. Lepas aku jumpa dengan kau, aku dah taknak pukul orang aku taknak jadi lelaki yang tak ada masa depan. Aku janji dengan kau untuk jaga kau, sayang kau, cintakan kau. izinkan aku untuk bertakhta di hati kau sayang."tutur Afiq panjang lebar disertai senyuman manis yang mampu mencairkan ramai wanita.

Alex menarik nafasnya dahulu dan dihela perlahan.

"Aku tahu umur kita masih muda untuk berumah tangga tapi aku tak nak bila aku sentuh kau, aku peluk kau, aku hanya dapat dosa. Jadi biarlah aku ambil kau secara halal. Jika kau setuju akan ku bawa family aku untuk jumpa dengan abang abang kau sendiri. Aku tak main main dengan kata kata aku. Dan aku harap apa yang aku sampaikan ini dah cukup membuktikan bahawa aku serius untuk bersama kau Tunku Queen Reza Alexandra."

5. THE SILENT GIRL [C]Where stories live. Discover now