BAB 24

8.6K 555 64
                                    

Mereka semua duduk di ruang tamu. Masing masing hanya termenung. Terasa lain bila seorang yang disayangi pergi menghadap ilahi.

"Tak sangka kan Xandra dah pergi."mereka memandang Rayyan yang hanya merenung pasu bunga di atas meja.

Tahlil arwah sudah dibuat tiga malam berturut-turut.

Aurel dan Fitri hanya menunduk. Tipu kalau diorang berdua tidak sedih. Sepupu yang menjaga mereka dari dibuli dan membuat mereka kuat telah pergi buat selama lama nya.

"Semua salah aku"mereka melihat pula ke arah Raz yang menunduk.

"Bukan salah kau Raz, ajal seseorang tu datang tak kira muda atau tua, kaya atau miskin, cuma cepat atau lambat saja. Aku tahu perasaan korang yang kehilangan tiga orang disayangi tapi korang janganlah sedih macam ni. Arwah dekat sana mesti akan sedih juga"tutur Airel sambil tangannya mengusap rambut Aurel.

Ke empat jejaka tu yang melihat perbuatan Airel pada Aurel hanya diam saja. Terbit rasa rindu mahu memeluk, mencubit, mencium adik perempuan mereka.

Riz mengusap gambar adiknya di telefonnya. Wajah tu diusap perlahan. Bibirnya mengukir senyuman.

Rindu.

Tapi mereka perlu redha dengan ketentuan Allah bahawa adik perempuan mereka sudah tidak ada.

"Aku naik bilik dulu"mereka hanya memandang sayu ke arah Rasy. Jejaka tu lah yang banyak terkesan kerna dia agak sibuk dengan kerja sehingga mahu luangkan masa dengan Alex pun tidak sempat.

Sudah dapat cuti malah gadis tu sudah pergi buat selamanya.

Rasy mengambil frame yang terdapat gambar Alex.

"Berehatlah dekat sana, abang Rasy tahu adik sangat terseksa didunia ni. Tunggu abang Rasy dekat syurga ya sayang?. Abang sentiasa sayangkan Reza. Maafkan abang Rasy sebab tak ada masa nak spend time dengan adik."air matanya menitis jatuh ke atas frame tersebut.

Afiq termenung di balkoni bilik nya. Langit malam ditatap.

"Reza"terpancul nama itu di mulutnya. Gadis yang sudah buat dirinya terpikat akan gadis tu sejak pertama kali.

"Kenapa cepat sangat kau pergi? Aku baru nak usik kau."Afiq tergelak kecil. Dia seakan tidak percaya yanh gadis tu pergi secepat tu.

Aurel dan Fitri sudah menceritakan pada mereka bahawa Alex masuk hospital disebabkan oleh abang abang nya yang selalu memukul gadis tu.

Afiq berasa bersalah dengan Alex kerna dia pernah membuat gadis tu masuk ke hospital disebabkan demam panas. Dia baru tahu yang gadis tu terseksa di rumah.

Pandai. Pandai gadis tu menutupi segala sakitan yang dia alami dengan wajah dingin nya.

Reza Alexandra nama itu yang terpahat di hati nya sewaktu dia pertama kali masuk ke Lavender Highschool.

Raz duduk di buaian yang selalu menjadi tempat duduk adik perempuan nya.

Dilihat pula rumput taman tu. Kejadian dimana dia memukul adiknya menerjah ke dalam fikirannya.

"Abang Raz memang dayus kan adik?"air mata yang tidak dapat ditahan kini kembali mengalir.

Kaki diatur melangkah naik ke bilik adiknya pula. Wangian gadis tu menusuk ke dalam rongga hidung nya.

Didekati almari, diambil baju t shirt adiknya dan dicium. Sebak yang dirasakan oleh nya sekarang.

"Abang Raz rindukan adik"Dia duduk bersila di atas katil adiknya. Diusap perlahan cadar katil tersebut. Mata dipejam erat.

Fikirannya terimbas dimana mereka melihat tubuh adiknya yang dipenuhi luka sebelum adiknya memejamkan mata buat kali terakhir.

"Raz"jejaka tu tersentak dan dikesat air matanya.

"Ya long?"dipandang wajah alongnya.

Rayyan duduk di birai katil adik perempuan nya. Perasaan sedih dikawal sehabis baik agar tidak mengalirkan air mata lagi. Dia tidak mahu adiknya tidak tenang disana.

Dilihat Razin yang memegang baju adik perempuan mereka. Dan dia tahu jejaka tu merindui gadis tu.

"Along, abang sulung yang tak berguna kan?"Raz mendongak memandang alongnya dan digeleng.

"Kau abang sulung yang berguna. Aku abang yang tak berguna sebab banyak kali pukul dia. Betulah orang cakap hargai selagi masih ada"Raz mengukir senyuman nipis.

"Kau long tak balik US ke?"sengaja Raz mengubah topiknya.

"Aku stay sini ja. Hati aku tak tenang kalau balik sana. Biarlah kerja dekat sana aku buat dekat sini ja"Raz mengangguk faham.

"Tak apalah aku nak pergi bilik aku dulu. Kau long nak tidur dalam bilik adik ke?"Rayyan menganguk.

"Okeyh bye goodnight long"Rayyan hanya menghantar pemergian adiknya dengan ekoran mata.

Perlahan lahan badannya dibaringkan di katil adiknya dan sedar tidak sedar dia tertidur.

5. THE SILENT GIRL [C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora