BAB 8

9.5K 664 42
                                    

(Alex dengan Reza adalah orang yang sama)

Tiga buah kereta sport memasuki pekarangan lavender Highschool. Semua mata tertumpu ke arah tersebut dan tidak sabar menanti siapa ownernya.

Serentak Trio melangkah keluar dengan penampilan yang berbeza.

"Budak baru ke?"
"Tak pernah nampak pun"
"Cantik siot"
"Boleh jadi awek aku ni"

Trio hanya mengabaikan saja pelajar disitu dan melangkah ke kelas dengan wajah kosong.

"Macam lah tak pernah tengok manusia"Aurel menjuling mata je atas tanda menyampah.

"Abaikan ja"kata Fitri.

Pintu kelas diketuk terlebih dahulu.

"Pelajar baru?"Trio mengeleng.

"Aku Fitri"

"Aku Aurel"

"aku Alex the leader of Trio girl "datar suara nya dan nekad untuk tidak mengunakan nama Reza lagi.

Badboy terkaku kerna tiga gadis tu adalah budak nerd yang mereka simbah air haritu tak sangka pula mereka secantik ini.

Trio duduk di meja mereka semula. Bahu Aurel dicuit dari belakang. Gadis tu menoleh.

"Cantik juga kau eh" Aurel melihatnya datar.

"Lepastu kau nak aku gelabah satu Malaysia?"ditoleh ke arah depan semula.

"Perh"Keven memegang dadanya.

"Alex masa rehat nanti nak makan apa?"soal Fit.

"Minum air soda ja"jawabnya sambil bermain game.

Kringg..

Bunyi saja loceng rehat, semua pelajar berpusu pusu untuk ke kantin. Badboy yang mahu melangkah keluar terhenti di depan pintu apabila ditahan oleh 4 orang jejaka.

"Badboy right?"dingin suara Raz. Afiq mengangguk malas.

"Pahal?"balasnya kasar.

"Kitorang tak nak cakap banyak cuma korang yang tumpahkan air sejuk dekat Reza kan?"Badboy menganguk tanpa sikit perasaan takut.

"Asal? Tiga perempuan tu GRO kau ke? Kalau yer kongsilah sikit"selamba keven berkata.

Firash mengepal penumbuknya erat.

Raz tergelak sinis.

"Bukan GRO bro tapi adik kitorang. Kau dah buat adik aku demam panas sampai masuk hospital, balik sekolah settle belakang blok F4. Kalau batang hidung korang tak ada. Heh tahu lah kan pengecut" 4boy's melangkah pergi meninggalkan Badboy.

Badboy berpandangan.

"Jadi tiga gadis nerd tu adik diorang? Wadafakk tak pasal pasal kena gaduh pula aku dah la malas"Mika mengeluh.

"Tak sangka pula kita buat sampai si Reza tu masuk hospital"Keven mengaru kepalanya.

"Jom cafe"ajak Afiq.

"Aku nak pergi tandas"Alex bingkas bangun untuk ke tandas. Sepupunya hanya melihat saja.

"Dia betul betul berubah"kata Aurel apabila bayangan gadis tu sudah hilang.

"Yeah lagipun dia kan leader"Fit tersenyum.

Alex mendongak melihat orang yang dia terlanggar dan orang itu adalah Afiq.

"Maaf"kaki diatur menyambung langkahnya semula namun pengelangan nya ditarik.

Dan badannya ditolak ke dinding. Tangan sasa Afiq mengepung nya.

"Apa kau nak?"datar suara Alex. Ini kalau ada orang nampak mesti kecoh pula satu sekolah.

"Kau ada abang sekolah ni kan?"Alex menganguk malas.

"Demam kau dah lega?"Alex berkerut dahi pehal nak caring pula ni.

"Sikit"balasnya bersahaja.

"Ok"Afiq menurunkan tangan nya semula dan melangkah pergi.

Alex turut melangkah untuk ke kelas lagipun loceng tamat rehat sudah berbunyi.

Bunyi saja loceng tamat sekolah,semua pelajar bergegas pulang ke rumah tapi tidak bagi 4boy's dan badboy.

Badboy berhadapan dengan 4boy's seperti sudah dimaklumkan bahawa mereka akan settle disini.

"Kau dah minta maaf belum dekat adik aku?"soal Riz.

"Belum, malas"selamba Keven membalas.

"Memang tak reti nak hormat orang ke macam mana? Baru masuk sekolah ni buat cara budak baru bro"dingin suara Airel.

"Kau nampak macam kitorang kesah ke even budak baru pun? semua sekolah dah kenal kitorang lah"bangga mika berkata.

"Terkenal dengan rekod disiplin teruk kan?"sindir Raz pedas. Badboy mengetap gigi nya.

"Asal diam? Terasa? Sakit hati? Tahu pula kau nak sakit hati kan? Perasaan abang kembar tengok adik dia demam panas sampai masuk hospital ADA KAU TAHU HAH?!!!"nada Riz yang awalnya biasa kini naik meninggi. Badboy terhinjut bahu akibat terkejut dengan jerkahan tersebut.

4boy's memang dikenali pelajar yang panas baran tapi rekod disiplin mereka masih baik kerna mereka tidak suka mencari pasal tapi jika ada yang sentuh salah seorang orang mereka sayangi, mereka sendiri yang akan turun padang.

"Lagipun adik kau dah sihat kan?"Afiq menayangkan wajah kosong.

Raz mengepal penumbuk nya erat sisi iblis yang berada di dalam badannya dikawal sehabis baik.

"Kalau aku buat mama kau masuk hospital agak agak apa reaksi kau?"Raz tersenyum sinis. Badboy mati kata.

"Mestilah marah kan? Otak tu lain kali pakai elok elok bukan letak dekat lutut."Firash mula membuka mulut apabila sedari tadi dia hanya diam.

Raz mendekati afiq dan jejaka tu agak terdongak sedikit kerna Raz tingginya 187 dan dia hanya 180 saja.

"Aku dah lama tak tumbuk orang kalau kau taknak muka kau lebam sana sini aku nak esok kau pergi minta maaf dekat Reza sendiri."dingin suaranya.

"Minta maaf? Cish tak ada dalam sejarah kamus hidup aku minta maaf dekat budak nerd macam tu dahlah selekeh"Afiq sengaja mahu menaikkan amarah jejaka depannya ini.

"Kau memang cabar kesabaran aku kan? Oh mesti kau belum kenal aku siapa. Aku Razin Afkar leader of 4boy's. Takkan tak tahu lagi tentang group ni?" Badboy terdiam seperti mencerna sesuatu.

Bukan mereka tidak pernah dengar nama group ni semasa awal datang ke sekolah, malah banyak mulut yang berceritakan tentang 4boy's yang terkenal sikap baran mereka.

"4boy's yang terkenal dengan sifat panas baran?"soal Mika dan ke empat jejaka tu menganguk.

Raz menunjuk ke arah badboy.

"Urusan korang bertiga adalah dengan aku seorang"setelah berkata bergitu mata nya berubah menjadi hitam pekat menandakan Afkar sisi iblis kini bangkit.

Badboy dan 4boy's yang lain terkejut melihat mata Raz yang menjadi hitam dan ini tak mungkin kalau Riz juga tidak jadi seperti itu.

Serentak mereka menoleh ke arah kembar Raz yang menunduk. Perlahan lahan kepala jejaka tu mendongak dan mata itu turut menjadi hitam pekat.

"Azkar"Afkar menoleh ke arah kembar nya.

"Hm?"dia melihat kosong abang kembarnya.

"Jangan.masuk.campur"ditekan setiap apa yang disebut dan dibalas anggukan dari Azkar.

Afiq terteleng akibat ditumbuk oleh Afkar dengan secara tiba tiba dan pergaduhan antara Razin Afkar dengan Badboy bermula.

5. THE SILENT GIRL [C]Where stories live. Discover now