BAB 26

8.5K 584 84
                                    

Baju hoodie nya ditarik kerana sejuk angin pagi.

"Long kau buat apa?"Riz mengambil bantal dan duduk di sofa berhadapan dengan alongnya.

"Kerja lah Riz takkan lah aku nak jadi tunggul ja"Riz tergelak kecil.

"Sedar tak sedar dah seminggu adik pergi kan long?"Rayyan memandang ke arah Riz.

"Riz rindu dia"Jejaka tu menunduk.

"Redha Riz. Aku pun rindukan dia tapi nak buat macam mana, kita tak boleh lawan ketentuan Ilahi"Rayyan memandang semula laptopnya.

"Eh jap"Rayyan baru tersedar sesuatu dan laju kepalanya mendongak ke arah Riz yang melentok kepalanya di sofa.

"Kau tak pergi se.ko.lah.?"mengecil mata Rayyan memandang Riz yang tersengih.

"Aku sakit kepala. Aku biar Raz ja yang pergi"jawabnya tenang dan dipejamkan matanya.

"Kau sakit kepala fikir apa? Menangis?"Riz menganguk perlahan. Dengan alongnya memang kena jujur lah kang tak pasal pasal dia makan peluru.

"Kau tak payah lah nangis sangat. Tak kesiankan ke dekat adik? Kau sedih dia pun sedih juga"Riz mengeluh. macam mana dia tak sedih tu adik dia.

"Dia adik aku dengan Raz juga. Tipulah kalau aku cakap tak sedih cuma aku kawal taknak menangis supaya adik tenang dekat sana."Riz mengengam tangan nya erat.

"Baiklah long, aku cuba"Rayyan menganguk dengan mata tidak lepas dari laptop.

"Kau boleh tepi tak betina?"kasar suara Aurel.

"Ehem aku dengar leader korang tu dah meninggal. Boleh hidup balik tak? tak? Lemahh"Flower tergelak sinis ke arah Aurel dan Fitri.

Fitri tersenyum sinis.

"Kau anak dato kan? Boleh beli baju cukup kain tak? Apa tak? Hm lemahh"Bidas Fitri sinis. Flower mengetap gigi.

"Ka-"percakapan Erin terhenti apabila ada yang memotong.

"Hoi betina! Kau tak payah nak memekak dekat tengah tengah jalan lah shial. Kau kalau nak show off badan yang tak seberapa kau ni, sila lah ke kelab dekat sana ramai lelaki yang boleh ratah badan kau."dingin suara Afiq. Dia tidak suka kekecohan. Tambah lagi tengah tengah jalan.

Flower menghentak kaki kerna malu dan melangkah pergi.

Fit dan Aurel melepaskan nafas lega bila ulat bulu tu dah pergi.

"Thanks"Fit tersenyum ke arah Badboy. Selepas kepemergian Alex, badboy tidak lagi buat kekecohan dan rekod disiplin sekolah kembali bersih.

"No problem girl"Mika menggunakan deep voice nya. Wajah fit memerah dan menarik lengan Aurel untuk blah dari situ.

"Menyempatttt"Keven menyiku lengan Mika. Jejaka tu hanya kekal wajah tidak bersalahnya.

Aurel menarik narik lengan Fitri untuk pulang! Cepat! Dia tak sabar!!.

"Yer yer asal kau ni?"Fitri membuka pintu kereta Aurel dan duduk di seat penumpang. Mereka berdua suka datang dengan satu kereta.mudah.

"Kan kita dah janji nak pergi somewhere"Fitri menganguk.

"Yer aku tahu tapi jangan bawa laju laju eh kalau tak aku cubit kau"Aurel tergelak.

"Baik cik muda"dimulakan pemanduan nya ke suatu tempat.

"Asal aku nervous weih?"Fitri menoleh ke arah Aurel disebelah nya.

"Entahlah nyah aura kalini lebih kuat"dua gadis tu melangkah masuk ke dalam sebuah rumah.

"Dah balik?" Dua gadis tu menganguk sambil memandang seseorang yang membelakangi mereka.

"Everything fine?"ditoleh sedikit ke sisi.

"Semuanya baik baik saja"jawab Aurel tenang.

"Tapi flower ada cari pasal"Fitri dan Aurel menunduk.

"Apa diorang buat?"Fitri menyiku lengan Aurel.

"La gente dice che è morta di stupro" tutur Aurel dalam bahasa italian.

"lasciateli, gli sciocchi non dovrebbero essere trattati" balasnya tenang.

"Kitorang minta diri naik ke bilik dulu"Aurel dan Fit bergegas naik ke bilik untuk mandi.

5. THE SILENT GIRL [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang