(43)𝙰𝙻𝙷𝙰𝙽×𝙰𝙸𝙻𝙰

23.6K 1K 362
                                    

Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam Asy Holdings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam Asy Holdings. Masih lagi sama seperti dulu cumanya perwatakkan lelaki itu banyak berubah. Bertemu saja dengannya,pasti terasa suasana tegang, kerana itu ramai yang mengelak daripada berurusan dengan lelaki itu secara bersemuka. Tetapi jika perkara itu tidak boleh dielak, terpaksalah berjumpa sendiri dengan ceo itu

"Selamat pagi, Tuan" sapa penyambut tetamu. Lelaki itu hanya mengerling sekilas lalu meneruskan langkah. Sapaan daripada lelaki itu dia hanya abaikan

Penyambut tetamu yang bernama Luan itu mencebik kecil. Sudah masak dengan sikap baru bossnya

Semenjak Aila menghilangkan diri, perwatakkan lelaki itu berubah 360 darjah daripada biasa

Lelaki itu kerap menyinis. Kerapa marah dan banyak lagi sikapnya yang membuatkan orang disekeliling berasa gerun

Alhan juga lebih banyak mendiamkan diri. Pemakaiannya juga sudah tidak seperti dulu yang sentiasa terurus. Kini,dia hanya biarkan bajunya tak bergosok dan jambang tidak bercukur. Kalau sekali pandang mesti orang takkan perasan yang itu Alhan Xavier,Ceo Asy Holdings

Dia masih terasa akan kehilangan isterinya. Sudah berbulan dia cuba mencari Aila namun hampa,satu apa pun tak dapat

"Tuan, Encik Kasyaf tunggu Tuan di bilik vvip. Tuan nak kesana ataupun nak saya panggilkan Encik Kasyaf ke sini?" Soal Que

"It's okay. Biar aku pergi sana. Kau tolong sediakan air,dah siap hantar pada aku" arah Alhan. Dia berlalu pergi ke bilik itu

Que mengeluh perlahan "Asyik aku je buat air. Aku ni PA dia,bukan tealady!" Rungut Que. Sempat dia menghentak kakinya pada lantai
....

"Long time no see, bro. Busy ke?" Soal Kasyaf

"Kau pahal jumpa aku?setahu aku urusan aku dengan kau dah selesai sebulan yang lalu"

Kasyaf tersenyum nipis "Nothing, just saja melawat kau. Dengar cerita kau makin tak terurus sekarang...apa cerita?"

"Aku busy. Tak sempat nak uruskan keperluan aku"

Ternaik hujung kening Kasyaf

"Busy ke atau masih tak boleh hidup tanpa Aila?" Sindirnya

Selepas tahu apa yang terjadi antara Alhan dan Aila,dia terus mengawal sepupunya daripada terserempak dengan Alhan. Memanglah Aila duduk jauh di negara orang tetapi dia masih tak harap

Dia taknak Aila sakit lagi disebabkan lelaki dihadapannya ini. Tak sanggup melihat Aila yang sekarang. Gadis itu lebih banyak mendiamkan diri. Nasiblah ada tunangnya,Ariys dan juga Aziel Lucian iaitu anak kepada gadis itu yang boleh menjadi peneman

[C]MR COLD HATI BEKUWhere stories live. Discover now