Sudah hampir 2 minggu bermalam di hospital,kini dia sudah pun dibenarkan pulang. Kesihatannya semakin membaik, alhamdulillah. Namun,hatinya masih perit untuk menerima yang dirinya sudah dimadukan
Pintu utama ditutup oleh Alhan. Dia menggenggam erat tangan Isteri pertamanya menuju ke bilik
"Alhan--" sapa Halina. Senyuman dibibirnha serta merta memudar. Lirikan benci diberi pada gadis itu
"Ingatkan dah mati" selamba dia berkata
Aila diam. Kepalanya menunduk merenung lantai
"Jaga mulut kau!" Marah Alhan. Tak betah berlamaan disitu. Hangatt!!
"Kau rehat dulu...aku nak ambil barang kau dalam kereta" arah Alhan
Kakinya menapak keluar dari bilik itu meninggalkan Aila
Melihat saja kelibat lelaki itu sudah tidak ada. Dia bangun lalu keluar dari bilik. Ruang dapur dituju. Tekaknya terasa haus
Dia mencapai gelas kaca bersebelahan singki sebelum menuang air ke dalam gelasnya. Baru saja dia ingin membasahkan tekak,gelas itu dirampas kasar oleh Halina
"Nak minum ke?" Soal Halina sinis
"Bagi balik lah!" Bentak Aila. Mata menjeling tajam wajah perempuan itu
"Alaa jangan lah marah...tak sporting lah kau ni..."
"Kau nak apa lagi Lina?!" Soal Aila malas
"Kalau aku kata aku nak Alhan,kau boleh bagi?---"
"Kau dah kahwin dengan dia, Lina...apa lagi yang kau nak?!" Bentak Aila marah
"Aku nak dia sepenuhnya tanpa berkongsi dengan kau!boleh?" Gayanya tak lari seperti seorang perempuan psiko
"Dia milik aku juga, kenapa aku perlu berikan sepenuhnya pada kau?!!"
"Tch! perempuan mana je suka berkongsi,bodoh!!" Tengking Halina
"Habis kau rasa aku suka berkongsi ke?!!kau curi kebahagiaan aku!apa yang kau tak puas hati ha?!!"
Masing masing sudah mula menyinga. Haish tak faham aku
"Memang aku tak puas hati!aku tak puas hati dengan kau!!sejak kecil ayah aku selalu lebihkan kau!selalu puji kau lebih lebih...kau ingat aku tak terasa ke?!!bila kau dah berjaya,dia puji kau...satu kampung dia canang nama kau...aku ni?!dia selalu marah aku sebab results aku selalu teruk!semua salah kau!!" Luah Halina
Aila terdiam saat mendengar luahan perempuan itu. Halina silap...kenapa dia perlu berdendam pada arwah pakngah dan membalas segala dendam dia pada dirinya? langsung tak adil
"Kau silap Lina...arwah pakngah always nak yang terbaik untuk kau dan Herisa. Dia pernah cakap pada aku yang dia bangga ada anak macam kau!walaupun keputusan kau tak memuaskan hati dia tapi sekurang kurangnya kau berusaha membahagiakan dia...tapi kau?selalu sangka buruk pada arwah ayah kau sendiri!---"
YOU ARE READING
[C]MR COLD HATI BEKU
RomanceKarya kedua Adam Suhail 👑Best book romance 2021||Queen D'Award «[COMPLETED]» Kematian Puan Afiqah dan Tuan Syed Muqriz membuatkan Aila Ayana seringkali disakiti Dihina dan didera oleh Mak Ngah iaitu kakak kepada ibunya Dibenci orang kampung disebab...