(2)𝙰𝙻𝙷𝙰𝙽×𝙰𝙸𝙻𝙰

26.2K 1.3K 210
                                    

"Mak,Kak Risa pergi mana?" Tanya Halina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mak,Kak Risa pergi mana?" Tanya Halina

Dia mengeliat malas,rambutnya serabai menunjukkan dia baru saja bangun tidur

"Pergi mati" balas Mak Ngah malas

Terhias senyum sinis di bibir Halina,dah berambus perempuan tu?baguslah,senang hidup aku

"Perempuan jalang tu?takkan ikut kak Risa?" Tanya Halina lagi,saja ingin menambah petrol dalam api yang bakal marak

"Lantak dia lah,semak saja aku dengar nama dia"

"Kau jangan berani sebut nama dia depan aku,jijik aku dengar"sambung Mak Ngah

Makin kuat dia menonyoh kain.Selalunya Aila yang akan lalukan semua kerja rumah tetapi memandangkan perempuan itu sudah pun keluar dari rumahnya terpaksa lah Mak Ngah buat semuanya sendiri

Nak harapkan Halina?

Belum tentu rumah ini nampak seperti rumah

Perwatakan Halina berbeza dari kakaknya.Dia seorang yang malas,kerja pun malas lebih tepat semua dia malas. Walaupun umurnya sudah 25 tahun tetapi dia masih tidak terfikir untuk berkerja dan menyara emaknya

Lagipun mak dia ada kaki dan tangan, buatlah sendiri,nak suruh dia buat apa?

"Lantak mak lah"

"Mak...Lina nak duit" tangan dihulurkan pada Mak Ngah

Mak Ngah berang.Anaknya yang seorang ni asyik meminta duit saja.Kerja malas,yang dia tahu makan,tidur dan shopping

"Aku baru bagi minggu lepas RM 300 takkan dah habis?" Tinggi suara Mak Ngah

"Alaa mak ni,bagi RM 300,mak rasa cukup ke Lina nak beli barang semua,dah lah barang shopping semuanya mahal mahal,mak pula kedekut" rungut Lina

"Kepala otak kau tak cukup"

"RM 300 tu dah boleh beli phone tau,kau tu je yang tak pandai menyimpan,yang kau tahu shopping tak habis habis,kau ingat aku ni cop duit ke nak bagi setiap minggu duit dekat kau" bebel Mak Ngah.Dia mengangkat semua baju baju yang telah digosokknya.Susah ada anak perangai macam ni!

"Memekak lah mak ni,tak habis membebel,mati awal kang baru tahu" ujar Halina sendirian

Mintak duit je pun, bukannya dia mintak barang kemas kesayangan orang tua itu





"Shit!dia terlepas" Alhan menumbuk dinding bersebelahan Que,anak buahnya

Que tersentak,dia mengusap dada perlahan,kalau terkena dia tadi?mahu lebam

"Err Tuan,saya keluar dulu"

Alhan hanya menjeling sekilas sebelum menjawab

"Wait!"

"Aku nak kau cari Franco sampai dapat,kalau dia terlepas lagi,korang yang aku bunuh" dingin nada suaranya

"B-baik Tuan"

[C]MR COLD HATI BEKUWhere stories live. Discover now