"Aila!mana kau?!" Lantang suara itu memanggil"Aila Ayana!" Di mula memanjat tangga untuk mencari gadis itu
Pintu bilik dibuka lalu matanya terus menangkap susuk tubuh yang sedang duduk di atas katil
Aila cepat cepat mengesat air mata yang sudah membasahi pipi
Dia berjalan menghampiri Alhan yang sudah menyinga
"S-saya---"
"Kau buat apa pada Halina?!" Keras suara itu menyoal.
Aila diam
"Aku tanya ni,jawablah!"
Aila mengeluh dalam diam. Matanya membalas renungan tajam lelaki itu dengan pandangan tak sukar ditafsir
"Aila mengaku yang Aila tolak dia tapi---"
"Tapi apa?kau nak putar belitkan cerita pula?" Bidas Alhan
"Bukan. Dengar lah apa yang saya nak jelaskan. Apa yang awak nampak bukan yang macam awak sangka. Memang saya tolak dia tapi sebab dia melampau!dia nak awak sedangkan awak milik saya! Lina provok saya yang awak dengan dia akan berkahwin!saya taknak!!"
"Apa yang Lina cakap tu betul!"
Bamm!!
Aila terus terdiam. Jantungnya seolah berhenti mengepam. Dia seolah terkaku dengan apa yang baru saja dia dengar
"Aku akan kahwin dengan Halina minggu hadapan. Nak atau taknak kau tetap kena terima!"
"Kandungan dia harus dijaga---"
"Kenapa awak pula yang kena jaga. Pandai buat pandai tanggung lah!kenapa nak kena ambil suami orang pula jadi pak sanggup!!"
Dia nampak Alhan sudah menahan marah. Wajah lelaki itu kelihatan tegang
"Awak sanggup ke kahwin dengan perempuan takde maruah macam Halina?!! Dia dah kotor!awak memang suka bekas orang ke!" Suaranya sudah naik seoktaf
Alhan tolak dia ke dinding. Terhentak kasar belakang tubuhnya pada dinding bilik. Berdecit sakit gadis itu
"Watch your mouth!!" Mata hazel lelaki itu merenung tepat pada wajah takut Aila. Tangannya kuat menggenggam tangan gadis itu sehingga Aila merasa sakit pada tangannya
"Semurah murah dia murah lagi kau lah!"
"Sebodoh bodoh dia,bodoh lagi kau!!"
"Dan sehina hina dia....hina lagi kau!!"
Gadis itu terpana dengan kata kata Alhan. Air matanya menitis tanpa dia sedar. Ruang hatinya kelam. Sakitnya bagai ditusuk belati tajam. Kata kata lelaki itu sungguh meremukkan hatinya
Masing masing terdiam. Tiada kata yang ingin diungkapkan ketika ini
"Aila aku---"
Aila tarikh nafas dalam
YOU ARE READING
[C]MR COLD HATI BEKU
RomanceKarya kedua Adam Suhail 👑Best book romance 2021||Queen D'Award «[COMPLETED]» Kematian Puan Afiqah dan Tuan Syed Muqriz membuatkan Aila Ayana seringkali disakiti Dihina dan didera oleh Mak Ngah iaitu kakak kepada ibunya Dibenci orang kampung disebab...