(22)𝙰𝙻𝙷𝙰𝙽×𝙰𝙸𝙻𝙰

15.9K 971 78
                                    

Rambut panjangnya disikat perlahan. Matanya pula ralit merenung wajah yang agak sembap di hadapan cermin. Seketika kemudian keluhan mula terbit dari bibir itu

Setelah bersiap. Dia mula mengatur langkah menuju ke tingkat bawah mencari ibunya

Buat seketika dia tak mahu bertembung dengan suaminya. Nasiblah lelaki itu awal pagi lagi sudah gerak ke China. Macam mana dia tahu?heh... Alhan masuk ke dalam biliknya,sempat lelaki itu memesan supaya dia menjaga diri. Walaupun ketika itu,dia masih mamai tapi dia masih boleh dengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu

"Emi!mama!---" mata melilau di sekeliling rumah. Mana mereka berdua?

"Emi!" Gadis itu mula bergerak ke halaman luar. Nafas lega dilepaskan,ingatkan dah kena tinggal

"Tak dengar ke Aila panggil?" Cermberut muka gadis itu

"Ha,apa?" Emilie membuka earphone yang berada di telinganya

Pap!

"Aduh,sakit lah Aila. Kenapa pukul Emi?" Rungutnya. Dia menggosok tangannya yang baru saja ditampar oleh Aila. Tak padan dengan tangan kecil tapi berbisa

"Saya panggil awak la. Kenapa tak menyahut,ingatkan semua dah tinggal saya sorang sorang dekat rumah ni" bebel Aila geram. Kakinya bergerak ke kerusi di hadapan Emilie

Emilie tergelak kecil

"Kalau saya tinggal awak sorang sorang dah lama Alhan penggal kepala saya---" gurau Emilie

Aila senyum paksa. Tak tahu ingin menayangkan riaksi apa apabila mendengar nama lelaki itu

"Awak dengan Alhan belum berbaik ke?" Tanya Emilie. Tangannya meletakkan cangkul di atas tanah,kemudian menghampiri Aila

Aila membalas dengan gelengan

"Sampai bila?---"

Berkerut dahi gadis itu. Sampai bila apa?

Faham akan riaksi Aila, Emilie mengeluh

"Sampai bila korang nak macam ni?sorang tidur bilik lain,yang sorang lagi bilik lain. Mama tau memang kena korang ..." Ujar Emilie

Aila mula mengetap bibirnya. Dia pun tak tahu. hurm

"Saya---"

Ting! Terputus bicara Aila apabila telefon miliknya berbunyi,dengan segera dia membuka telefon itu

Hubby♡
Kenapa tak angkat call aku?!

Dia mengumam perlahan. Dia keluar semula dari ruang chat. Tiada rasa ingin membalas mesej lelaki itu.

Ninoninonino~~

Gadis itu mendengus geram. Telefonnya terus dimatikan apabila mendapat panggilan dari Alhan

"Kenapa tak angkat?" Tanya Emilie. Aila diam

"Korang dua ni gaduh gaduh manja pula. Dah rindu tu pergi lah call---"

"Aila naik atas dulu lah... Bye Emi" Dia mula mengatur langkah naik ke bilik Alhan. Suaminya tiada,buat apa dia nak tidur dalam bilik tetamu lagi

Emilie mencebik. Lari la lari. Tak paham aku dengan korang dua ni,heh


















.....
Hubby♡ is calling

Aila mendengus geram. Dengan terpaksa Aila menjawab panggilan itu

[C]MR COLD HATI BEKUWhere stories live. Discover now