"Perlu ke kau pakai translate nak cakap asshole tu, pantai?!" jerit Juyeon membuat mata Doyeon terbeliak.

"Woi, kau fikir aku tak tahu ke maksud 'pantai' kau tu?!" balasnya, juga dengan berteriak. Juyeon membaling roti canai ke wajah Doyeon.

"Setan ni memang nak kena!" Doyeon mengambil roti canai itu sebelum membaling ke wajah Juyeon semula.

"Fork you!" jerit Doyeon.

"Fork you too!" jerit Juyeon.

"Dei macha, sini bukan sidang parlimen kabinet yitu mau beragrumen!"

...

San memerhatikan gelagat salah seorang kembarnya yang semakin hari semakin aneh itu.

"Raz, kau rasa kita patut ke angkut Farish jumpa pakar psikiatri?" tanya San. Mingi menyisip air tehnya dengan elegan sebelum menjawab.

"Tak perlu, abangku. Akan tiba masanya dia akan sedar perempuan itu bukan seekor." katanya.

"Seekor kepala otak kau, kau fikir perempuan tu buaya macam kau ke?" sampuk Seonghwa yang kebetulan mendengar perbualan anak-anaknya di ruang tamu itu.

"Alah, mi. Umi selalu tak nak support Harraz."

"Memang, kau kan anak pungut."

"H-Hah?" Wooyoung memeluk bahu Mingi. Dia membisikkan kata-kata kepada lelaki yang sudah mata berkaca-kaca.

"Jangan sedih, Raz. Kadangkala kita perlu terima realiti yang memeritkan. Kau kena terima kau tu anak pungut."

Yunho menuruni tangga sambil fokus mendengar lagu melalui earphone, dia hampir terpijak Yeosang yang sedang terbaring di tangga.

"Ish, takde tilam ke sampai baring kat sini?!" marah Yunho. Yeosang mengensot ke tepi, memberi sedikit ruang untuk abangnya turun.

"Umi, abang Rish tu bebetul kena bawa berubat lah mi." ujar Jongho.

"Tak payah, dia tu broken plus bodoh. Sebab perempuan je dah macam tu." balas Seonghwa, savage. Yeosang yang mendengar langsung merangkak menaiki tangga dan masuk ke biliknya.

Tak lupa dia menghempas pintu bilik untuk menunjukkan bahawa Seonghwa telah membuat hatinya terluka.

"Betul-betul broken tu, dinda." kata Hongjoong.

"Biarlah dia tu, esok lusa okey lah tu."

"Tapi bahaya biar macam tu, kalau abang Rish broken sampai nak bunuh diri macam mana?" tiba-tiba Sunwoo muncul dan berkata sebegitu. Hongjoong beristighfar panjang.

"Astaghfirullahalazim, anak toyol ni! Kau masuk dari mana?!" tanya Hongjoong.

"Pintu belakang. Pak cik tak baik tahu dah nak maghrib ni tak tutup pintu. Nanti setan masuk." tegur Sunwoo.

"Memang dah masuk pun setannya." balas Jongho, menyindir Sunwoo.

"Oh, lupa. Ni kan rumah setan." Sunwoo membalas sindiran itu sambil tersenyum senget. Nampaknya kanak-kanak itu terlupa yang dia berada di rumah orang.

"Sorry, pak cik. Dia ni kurang adab sikit." Younghoon muncul dan menutup mulut adiknya. Sekali lagi mereka dikejutkan dengan kemunculan tetamu tak diundang.

"Haish, kau pula yang muncul?" Seonghwa menggelengkan kepala dan pergi ke belakang. Lebih baik dia pergi menutup pintu dapur sebelum Changmin pula yang muncul.

"Korang buat apa kat sini?" tanya Hongjoong.

"Haimin tersengaja conteng beg sekolah Syahmi, sebab tu dia tak nak balik rumah." jawab Younghoon.

"Oh, jadi kau datang sini sebab nak bawa dia balik lah ni?"

"Taklah, saya pula tersengaja habiskan roti-roti yang Mirza beli. Saya tak nak badak tu paksa saya ganti roti tu."

Younghoon menjawab dengan wajah polos. Hongjoong beristighfar lagi.

"Banyak je tempat lagi korang boleh sorok, kenapa nak sorok kat sini?" tanya Wooyoung.

"Sini best, ada member." jawab Younghoon lagi.

"Siapa member kau?" tanya Yunho.

"Semut kat dinding tu, Khai. Dasar bangkai kau ni."

"Tak baik mencarut bang. Dapat dosa masuk api neraka." nasihat Jongho membuat Younghoon mula merasai bibit-bibit keinsafan.

"Tulah kan, pahala dia bukan banyak sangat pun." sokong Changmin.

"Ya Allah, dari mana kau masuk pula ni?!" tanya Seonghwa, dia ingat yang dia sudah kunci pintu belakang tadi.

"Saya masuk ikut tingkap dapur, tak baik acik biar tingkap terbuka masa maghrib macam ni nanti ada setan masuk."

"Apa sebab utama kau ke sini?" tanya San. Changmin tersengih.

"Aku buat Naufal nangis sebab kata Chucky dengan Annabelle nak teman dia tidur malam ni. Mak su aku tu pantang kalau ada orang kacau anak bongsu dia tu."

Hongjoong dan Seonghwa menepuk dahi.

"Dahlah, aku rasa esok pagi kak Milah dah siap packing beg korang sebab nak halau korang dari rumah dia. Dapat anak saudara macam setan semuanya."

"Terima kasih sebab sudi bawa Lola pergi klinik." ujar Daehwi sambil tersenyum. Kalau tiada Jisung tadi dia tidak tahu hendak meminta tolong kepada siapa lagi.

"It's okay, tapi kenapa kaki Lola boleh luka macam tu? Dalam tahu luka tu sampai kena jahit." tanya Jisung.

"Lola tak sengaja pijak kaca. Hm sakit tahu kena jahit tadi." jawabnya lalu mencebik.

"Abang Li nak masuk? Kebetulan petang tadi Lola ada karipap. Boleh abang rasa karipap buatan Lola." ajaknya. Jisung kelihatan ragu-ragu. Dia sebenarnya ingin menjelaskan semuanya kepada Hyunjin petang itu namun tiba-tiba Daehwi menelefon dirinya dan meminta tolong untuk menghantar dia ke hospital.

Jisung ingin menolak ajakan Daehwi tapi dia tidak mahu membuat wanita itu kecewa.

"Er tapi abang tak boleh lama-lama tahu."

Daehwi tersenyum lebar.

"Takpe, jom masuk!"

Sementara di situasi lain, Hyunjin mengigit bibirnya. Berkali-kali dia cuba menelefon Jisung namun tidak diangkat oleh lelaki itu. Dia melirik jarum jam yang sudah menunjukkan pukul sembilan malam.

"Ayah belum balik lagi ke mummy?" tanya Chan.

"Belum, sayang. Ayah busy kat office." jawab Hyunjin walhal dia sendiri tidak tahu di mana Jisung sekarang.

"Mummy... ngantuk." rengek Chan sambil mengusap mata berkali-kali. Hyunjin tersenyum.

"Ayyan pergi tidur ye sayang." ujar Hyunjin sambil mengusap rambut anaknya. Chan mencebik dan memeluk lengan Hyunjin.

"Nak tidur dengan mummy!"

"Ah takde kau, dah besar pun mengada-ngada nak mampus! Kau tidur dengan aku je!" Changbin mendukung adiknya dan membawa dia ke bilik. Chan menjerit-jerit kerana tidak mahu tidur sekatil dengan manusia yang berkarate semasa tidur.

Hyunjin menghela nafas, dia cuba menelefon Jisung lagi.

"Kenapa, Munah?" tanya Jeongin yang baru duduk di sebelahnya.

"Abang Li belum balik."

"Dia ambil ot lah tu."

"Munah memula fikir macam tu tapi bila Munah tanya abang Murad, dia kata abang Rosli balik saing dia tadi." balas Hyunjin.

Tok

Tok

Tok

Seseorang mengetuk pintu rumah mereka.

Hyunjin bangun dan membuka pintu tersebut, dia sempat tergamam melihat beberapa orang pejabat agama berdiri di hadapannya.

"Assalamualaikum, puan."

"Waalaikumussalam, apa yang saya boleh bantu?" tanya Hyunjin. Perasaan tidak enak menyelubungi hati wanita cantik itu.

"Puan, suami puan ditangkap khalwat bersama seorang wanita yang bukan mahram."

Han FamilyWhere stories live. Discover now