Jisung semakin geram, boleh pula dua orang manusia ini berkomplot untuk memanaskan hatinya. Oh, lihatlah senyuman mengejek yang ada di wajah Minho dan Seungmin sekarang. Jisung sudah masak dengan perangai manusia-manusia berhati hitam ini.

"Serius wei kalau korang still nak fake depan aku, aku baling tulang ayam ni kat muka masing-masing!"

"Wuu, Mirah tachod..." ejek Minho, dia berlindung di belakang Seungmin. Berpura-pura seperti sedang ketakutan.

"Kalau jealous kenapa kau tak bersweet dengan kak Munah? Oh lupa, tengok muka kau pun kak Munah tak nak." perli Seungmin.

"Aku dah try pujuk dia tahu!" kemarahan Jisung meletus. Seungmin memasang wajah serius.

"Bodoh, kau pujuk macam tu memang tak lah kak Munah nak layan. Kau tunjuklah yang kau ni betul-betul tak ada apa-apa dengan Lola. Ni tak, sampai sekarang kau layan Lola tu kan?" pertanyaan itu membuat Jisung tergamam.

Minho berdecih.

"Cih, kau dengan Halim sama je. Dedua bodoh. Dah buat bini sakit hati baru nak sedar salah sendiri." katanya. Seungmin menjeling Minho, dia ingin membalas namun dia tidak mahu membuat restoran ini penuh dengan jeritan antara dirinya dan Minho.

"Apa yang patut buat? Lola tak salah pun dalam hal ni."

"MEMANGLAH SEBAB YANG SALAH TU KAU, BODOH!" jerit Minho dan Seungmin serentak.

"Ish, korang bagilah aku cadangan nak pulihkan hubungan aku dengan Munah!"

"Simple, putuskan hubungan kau dengan Lola. Tak kiralah korang tu cuma kawan ke teman tapi mesra ke. Jangan ada apa-apa lagi hubungan." cadang Minho.

"Tak boleh, takkan sebab ni je aku nak putus kawan?"

"Dahlah, aku penat dengan kebodohan kau. Kau tunggu jelah kak Munah bagi surat cerai. Mungkin dah sampai masa kau dengan dia kena berpisah." sembur Minho. Jisung diam, memikirkan kata-kata Minho sebentar tadi.

Cinta yang mereka bina bersama sejak dulu harus musnah hanya disebabkan munculnya orang asing?

Adakah sudah tiba masa untuk Jisung melepaskan wanita yang sudah lama bertakhta di hatinya?

Mungkinkah ini jalan yang terbaik buat mereka berdua?

There's nothing I can do for you. It's the only way to make you happy, so I let go, let go, let go...

Seseorang tiba-tiba menelefon Seungmin ketika Jisung sedang memikirkan perkara menyakitkan itu.

"EH NATE BERUK SUNGGUH, TAK PAYAHLAH PAKAI RINGTONE LAGU SEDIH. DAHLAH KENA DENGAN SITUASI PULA TU!" marah Jisung. Seungmin menjegilkan mata.

"DAH KENAPA KAU NI? MEMANG DARI DULU AKU PAKAI LAGU DAY6 KAN!"

"ISH, KORANG JANGANLAH GADUH KAT SINI PULA!"

...

Buk!

Buk!

Buk!

"Pukul lagi! Pukul lagi! Lepaskan kemarahan kau, Munah!" Seonghwa bersorak untuk Hyunjin. Pukulan ke punching bag semakin kuat.

Mingi menelan air liur melihat Hyunjin menumbuk dengan brutal ketika dia sedang menghidangkan air dan makanan ringan ke kawan-kawan ibunya.

"Acik, umi ke yang suruh acik Munah buat benda tu?" tanya Mingi.

"Haah, kau jangan fikir perempuan ni lemah tahu. Sekali dia dapat tumbuk tulang rusuk kau terus patah tulang rusuk kau tu, dah takde dah nak bagi pikapline tulang rusuk kiri saya bergetar lepas tengok awak." jawab Joonyoung, sinis.

"O-Oh... K-Kalau macam tu saya minta diri, seram saya kat sini lama-lama."

Hyunjin melepaskan nafas dengan kasar, dia mencabut sarung tangan dan membuangnya ke tepi. Joonyoung menghulurkan air kepada Hyunjin.

"Seriuslah si Lola tu cakap macam tu kat kau tadi?" tanya Seonghwa.

"Hm." jawab Hyunjin.

"Tak boleh biar lagi ni, kau kena buat sesuatu kat janda tu. Biar dia tahu dia tak boleh buat hal dengan geng Bawang Rangers!" kata Seonghwa.

"Betul kata Paka tu, Munah. Kau buat je macam yang Mirah buat kat Aina dulu, bagi dia serik." sokong Joonyoung. Hyunjin termenung.

"Munah? Okey tak ni? Ke kena sampuk setan ni?" tanya Seonghwa. Joonyoung memukul kepala wanita itu, dalam keadaan begini pun Seonghwa masih mahu membuat lawak.

"Haih, Munah pun tak tahu nak buat apa lagi. Mana tahu yang Lola cakap tu betul. Abang Li dah bosan dengan Munah."

"Munah! Listen to me!" Joonyoung memegang wajah Hyunjin dengan dua belah tangan.

"Dia cakap macam tu untuk buat kau down. Munah, kalau betul Rosli tu dah muak dengan Munah. Kau jangan risau, akak dengan Paka ada untuk bagi seksaan dunia kat dia. Biar dia kat dunia kena seksa kat kubur pula kena azab!" kata Joonyoung.

"Ah, Munah pun tak tahulah." Hyunjin meniarap di lantai.

"Iye, Riz. Mak kau tumbuk punching bag tu macam bebetul lepas geram. Berani betul bapak kau nak buat taik dengan mak kau." suara Mingi kedengaran di telefon Changbin.

"Aik, kat rumah kau ada punching bag? Bukan ada kat gym je ke?" tanya Changbin.

"Mak aku beli sebab nak lepas geram kalau bapak aku ada buat hal. Alang-alang nak buat biceps sekali katanya."

"Oh, begitu kisahnya..."

"Ha ni Riz, kau ada nampak Farish? Dari pagi keluar sampai sekarang tak balik lagi."

"Kenapa? Kau rindu dia ke?"

"Bodoh eh?" Changbin tersengih walaupun dia tahu Mingi tidak melihat dirinya sekarang.

"Haha aku tak jumpa dia hari ni, aku dari pagi dalam bilik teman adik aku main Barbie." jawab Changbin, jujur.

"Oh main babi..."

"Barbie, Raz. Barbie."

"Hehehe, tak apalah kalau macam tu. Aku nak pergi kacau Fak kejap. Tak sah hidup aku kalau tak buat dia menangis sehari HAHAHAHA!" Changbin menutup panggilan itu, hampir pekak telinganya kerana Mingi tidak menjauhkan telefon ketika ketawa besar.

Ting!

"Siapa pula mesej ni?"

Abe Farish garunk

Riz
16:44
read √√

Apa tips tak untuk move on?
16:44
read √√

Eh??????
16:45
read √√

"Lah, kenapa pula dengan singa ni?" gumam Changbin namun masih boleh didengari oleh Chan.

"Siapa singa?" tanya Chan.

"Ish, kau pergi main dengan Barbie kau. Jangan sibuk hal orang dewasa." Chan memuncungkan bibir, kedekut betul Changbin untuk berkongsi cerita dengannya.

"Jingin sibik hil iring diwisi, eleh tinggi pun paras bahu abang Shah." ejek Chan.

"APA KAU CAKAP?!"

"HUWAA NENEK, ABANG RIZ BULI AYYAN!"


Rasa-rasanya siapa yang dapat cast Lola tu?

Hint, dia kenal Hyunjin dan Hyunjin kenal dia. Diorang pernah perform sama-sama. ( ͡° ͜ʖ ͡°)

Han FamilyWhere stories live. Discover now