BAB 42

523 37 15
                                    

Badan digeliatkan perlahan. Akhirnya setelah beberapa bulan berada di kaki gunung ini, sudah tiada lagi pesakit yang keracunan. Tumbuhan itu pula sudah dibuang atas arahan Fazlan.

“Selamat pagi dunia!” jerit Fazlan. Bahagianya dia kerana dapat menyembuhkan penduduk kampung. Inilah misi menyembuhkan terbesar dia sepanjang hidup dia. Sebelum ini hanya menyembuhkan dalam skala kecil sahaja. Sekarang dia berjaya menyembuhkan satu kampung.

“Pagi-pagi sudah bising.” Qhairil menghulur secawan teh. Fazlan yang mendengar hanya tersengih.

“Apa perancangan kau? Tak nak bawa Ezlinda pulang ke istana?” Fazlan jongketkan keningnya.

“Soalan KBAT ni. Aku tak dapat jawab.” balas Qhairil.

“Aik! Kau ni biar betul? Kau tak nak bawa balik, biar aku bawa balik. Mana tahu Nena nak kahwinkan aku dengan dia. Ezlinda kan cantik... Anak-anak pun mesti cantik nanti.” ujar Fazlan. Sengaja hendak mengusik Qhairil.

“Bodoh. Dahlea kau dah lupakan dia ke?”

“Mengungkit betullah!” Lengan Qhairil ditampar geram. Usik sikit, mulalah petik nama kesayangan dia. Rasa mahu tarik rambut Qhairil biar botak sahaja.

“Pukul macam pondan.”

“Tak guna kau! Kalau aku jadi pondan betul-betul nanti nahas kau! Tak dapat Dahlea, dapat kau pun okey.” Fazlan tayang senyuman sinis. Lebih kepada buat-buat seram. Sengaja nak bagi Qhairil takut.

“Mampus kau!” Lidah dijelir. Puas Qhairil rasakan apabila melihat reaksi cemberut Fazlan.

“Kau ni memang!” Gelas diletak ke bawah. Kemudian, Fazlan melompat naik ke atas belakang Qhairil. Acah-acah mencekik kerana terlalu geram. Qhairil pula hanya tergelak kecil. Geli dia disentuh pada bahagian leher. Fazlan cekik atau geletek sebenarnya?

“Kau nak jatuhkan maruah aku depan para pengawal ke apa? Lepaslah setan!” Qhairil sedaya upaya cuba menguraikan tautan tangan Fazlan pada lehernya. Ezlinda dan para pengawal yang memerhati sudah menahan ketawa. Pertama kali mereka melihat Qhairil ketawa sebegitu. Fazlan pula semakin galak mengusik. Berani sungguh!

“Tak nak! Kau jawab soalan aku tadi dulu. Nak bawa balik ke istana atau tak?” Fazlan senyum senget.

“Terserah dekat kau. Aku tak nak masuk campur.”

“Biar aku fikirkan dulu. Nanti aku tanya Lea.” balas Fazlan.

“Apa-apa sajalah. Lepaskan aku. Kau nak menempel, pergi Ardanna. Menempel dengan David dekat sana.” halau Qhairil. Fazlan sejak dulu suka menempel dengan David. Sejak David pindah ke Ardanna, dia pula yang menjadi mangsa. Sudahlah manja Fazlan itu lain macam. Kalau dilihat dek orang lain, mahu dicop kunyit. Asyik nak berkepit sahaja kerjanya. Paling seksa lengan dijadikan mangsa pelukan. Bagaimanalah David boleh tahan dengan perangai manja Fazlan?

“Ala... Diakan dah ada isteri. Kau sajalah peneman aku selagi kau tak kahwin.” Leher Qhairil dilepaskan. Dia berdiri semula dan meregangkan tubuh.

“Lantak kaulah. Dah pergi berkemas! Tengok apa lagi?” Qhairil merenung tajam ke arah pengawal-pengawal. Terasa jatuh maruahnya tatkala Fazlan buat perangai. Nasib baiklah sepupu. Kalau bukan sepupu, sudah dia tendang Fazlan ke cenuram.

“Nanti dia buat hal, Cik Ezlinda cekik saja dia. Ini petua nak jinakkan dia.” bisik Fazlan. Ezlinda kerutkan dahi. Patutlah lain macam sahaja reaksi Qhairil tadi. Rupanya ada masalah dengan bahagian lehernya.

“Kenapa Tuan Putera bagitahu saya?” Fazlan mendecit perlahan mendengar soalan Ezlinda.

“Saja. Erm Cik Ezlinda nak ke mana selepas ini?”

EMERALDWhere stories live. Discover now