BAB 24

362 38 14
                                    

Mata Danial teralih memandang ke arah David yang baru berbaring. Kepenatan barangkali. Dia yang pulang dari sekolah pada waktu petang tadi pun masih terasa penatnya. Perlahan-lahan tubuh dibaringkan di sebelah David. Sempat dia menyembur sejenis wangian yang berbau lembut dan harum pada tubuh. Dahi David berkerut sebaik sahaja dia mengesan bau asing hadir di dalam biliknya.

“Kau pakai apa?” soal David. Kepalanya dipusingkan sedikit memandang ke arah Danial yang sudah berbaring dengan berbantalkan tangannya.

“Minyak wangi. Wangi tak? Aron beri dekat aku semalam.” kata Danial dengan riak wajah ceria. Mana tahu David semakin menyayangi dirinya kerana berbau wangi.

“Tak wangi langsung! Kau pergi tukar pakaian kau. Basuh leher dan tangan kau sekali. Busuk!” suruh David. Wangian itu berbau wangi sahaja sebenarnya. Cuma, dia cemburu kerana wangian itu diberi oleh Aron.

“Tak wangi? Hidung kau ada masalah ke apa? Dah lama tak bau sampah ke sampai tak pandai bezakan antara wangi dan busuk?” Muka Danial mencemberut dengan tangan yang disilangkan pada dada. Ingatkan David akan menyukainya.

“Pergi tukar baju kau cepat. Tak payah nak merepek. Kalau kau tak nak tukar, pergi tidur atas sofa dekat sana.” Danial memandang tidak percaya ke arah David. Wah! Halau tidur atas sofa eh?

“Bye...” Dia berdiri dan berjalan ke arah sofa. Badan dibaringkan dengan rela hati. Sengaja dia mahu menguji David untuk melihat jika David mampu tidur berseorangan tanpa dirinya. Mata dipejam. Sesekali dia mengintai David yang berbaring mengiring. Lelaki itu terlihat kusut dan merengus sahaja. Geram barangkali.

Terasa badannya diangkat oleh seseorang, mata lantas dicelik. Bibir Danial melebar mengukirkan senyuman. Akhirnya... 'eksperimen' dia terhadap David membuahkan hasil.

“Nak bawa aku pergi ke mana?” soal Danial. Pelik pula David tidak membawanya ke katil, malah berjalan melepasi katil. David tidak menghiraukan soalan Danial. Kaki kanannya diangkat untuk menolak pintu bilik mandi. Tubuh Danial didudukkan di atas singki.

“Basuh leher dan tangan kau sekarang.” suruh David.

“Tak nak!” Danial masih berkeras. David sudah hilang kesabarannya. Selagi wangian itu melekat pada tubuh David, dia semakin diasak dengan cemburu. Tubuh Danial didukung menuju ke bilik air. Tanpa sebarang kata, pancuran air mandian menyimbah ke atas tubuh Danial. Tersentak dirinya tatkala air sejuk menyentuh kulit.

“David!” jerit Danial. Berang sungguh dirasakan kerana David tergamak memandikan dia sedangkan dia baru sahaja mandi tadi.

“Apa? Mandi cepat. Lepas mandi, jangan pakai minyak wangi tadi semula. Kalau tak, aku paksa kau berendam dalam tab mandi sampai pagi esok.” kata David kemudian dia beredar dari bilik air.

“Kejamnya.” Danial mendecit. Hanya disebabkan minyak wangi yang dipakai, dia berada di dalam keadaan seperti ini. David pun satu! Busuk sangatkah minyak wangi sampai sanggup mandikan dia? Bila dibau kembali, minyak wangi itu harum sahaja baunya.

“Mari sini.” Langkah Danial terhenti tatkala mendengar suruhan David. Dijeling wajah kacak itu dengan rasa geram yang berbekas.

“Apa?” Danial mendengus. Dia duduk di atas paha kanan David. Walaupun dia masih marah dengan kelakuan lelaki itu, dia tetap mahu bermanja. Masa yang ada haruslah digunakan sebaik-baiknya. David mengeluh perlahan. Tubuh Danial dipeluknya kemas.

“Jangan pakai minyak wangi pemberian orang lain lagi. Kalau kau nak, kau boleh bagitahu aku. Nanti aku belikan untuk kau.” kata David. Danial yang cemberut mula mengukir senyuman. Rasanya dia dapat menangkap kenapa David bertindak seperti tadi.

EMERALDWhere stories live. Discover now