BAB 14

522 43 10
                                    

Armelyn yang duduk di atas sofa sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Memandangkan Ezra tercedera, dia membuat keputusan untuk berjaga sepanjang malam kerana bimbang Ezra akan terjaga tanpa dia sedar. Tangan disilangkan di atas dada apabila rasa sejuk mula mencengkam diri.

"Mengantuknya." rungut Armelyn perlahan. Posisi duduknya dibetulkan sedikit. Pipi ditampar beberapa kali untuk menyedarkan diri.

"Kenapalah Tuan Putera tercedera masa ini juga? Tak dapatlah Melyn ajak Tuan Putera pergi pesta. Nena cakap, Nena akan pastikan Melyn pergi pesta hari ini. Tetapi, Tuan Putera pula terbaring." kata Armelyn sendirian. Armelyn sedikit tersentak apabila mendengar pintu dikuak.

"Cik siapa ya?" soal Armelyn. Tidak terlihat jelas pula figura yang memasuki bilik memandangkan bilik Ezra sudah ditutup lampu.

"Kau siapa?" Figura itu bertanya kepada Armelyn. Hairan dia kerana ada seseorang di dalam bilik Ezra pada pukul dua pagi seperti ini.

"Saya Armelyn, pembantu Tuan Putera." jawab Armelyn. Serentak itu lampu dalam bilik Ezra menyala.

"Cik Clarie?" Armelyn mengukir senyuman nipis. Dia kenal gerangan itu.

"Kenal aku ya?" Clarie mengukir senyuman manis. Punggung dilabuhkan di birai katil.

"Kenal Cik Clarie." balas Armelyn. Clarie tidak membalas, malah tangannya bergerak membelai pipi Ezra. Ciuman dilabuhkan di dahi Ezra. Mata Armelyn membulat melihat kelakuan Clarie.

"Kenapa kau masih ada dalam bilik ni? Tak pandai keluar?" Sinis Clarie tanpa memandang ke arah Armelyn. Armelyn terkebil-kebil seketika sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

"Tadi Nena suruh teman Ezra. Sekarang aku dihalau pula." gumam Armelyn perlahan. Bibir dijuihkan. Dia duduk di atas kerusi sementara menunggu Clarie keluar. Kalau dia pulang ke bilik terlebih dahulu, bimbang Engku Dahlia cakap dia tidak mematuhi arahannya pula.

"Mengantuknya." Armelyn menguap besar. Badannya direnggangkan seketika sebelum melabuhkan kepala di atas meja. Tidak sampai beberapa minit, dia sudah pun terlena dijemput mimpi.

•••

Danial yang masih nyenyak diulit mimpi dipandang oleh David. Keluhan halus terbit dari bibirnya. Kaki Danial sudah terletak elok di atas lututnya manakala tangan Danial pula mendarat di atas dadanya. Tiada bezanya dengan Eshaf. Dua-dua tidur buas.

"Morning." gumam Danial.

"Kau dah bangun? Angkat kaki dan tangan kau. Jauhkan diri daripada aku." suruh David.

"Tak nak." Danial mencelikkan matanya. Wajah David dipandang dengan raut wajah masamnya. Pelukan pada badan David diketatkan apabila David cuba merungkai pelukannya.

"Lepas Dani." arah David. Tajam matanya menikam anak mata Danial.

"Tak nak! Jual mahal lah kau ni. Aku nak peluk je pun." Danial mendecit perlahan. David menjeling. Lengan Danial ditariknya kemudian digigit sedikit kuat. Terjerit Danial seketika dan di kesempatan itu, David lantas berdiri di tepi katil.

"Sampai hati kau gigit tangan aku." Danial memuncungkan mulutnya. Lengan yang digigit oleh David sebentar tadi digosok.

"Keluar dari bilik aku." suruh David.

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!" Danial mengubah posisi baringnya kepada meniarap. Dia tidak mahu keluar dari bilik David. Lebih baik dia sambung tidur daripada berterusan dihalau keluar.

"Degillah kau ni." dengus David. Tanpa menghiraukan Danial, dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Lagi dilayan Danial, selagi itulah dia tidak akan bergerak.

EMERALDOù les histoires vivent. Découvrez maintenant