BAB 38

356 38 13
                                    

Dengusan kasar kedengaran daripada mulut Armelyn. Wajah isterinya dipandang dengan air liur tertelan-telan. Marah sangat tu... Muka tak payah cakap. Cemberut, marah, masam semua ada.

“Sayang...” Jari telunjuk diketuk-ketuk pada bahu Armelyn, namun ditepis kasar.

“Marah ke?” soal Ezra.

“Yang kau tanya soalan bodoh tu kenapa? Terang-terang dia marah. Tengok muka macam badak air terlepas dah tu sebab geram sangat dengan kau.” ujar Fazlan selamba. Memincing mata Armelyn dan Ezra memandang ke arah Fazlan.

“Kau cakap muka isteri aku macam badak air?” Ezra bercekak pinggang.

“Awak...” Armelyn membeliakkan matanya. Dengusan nafas semakin kuat kedengaran. Rasa mahu meletup sahaja ketika.

“Ampun Tuanku Permaisuri. Jangan marahkan patik kerana bermulut lancang.” Fazlan sengih.

“Diam!” marah Armelyn. Matanya beralih ke arah Ezra semula. Tertelan kembali air liur lelaki itu. Kenapa isteri dia bertukar jadi singa tiba-tiba pula ni? Takut dia!

“Sanggup awak rahsiakan status awak sebelum ni! Awak langsung tak bagitahu saya yang awak dah jadi raja. Apa saya patut buat sekarang hah?” Dada Ezra ditampar tiga kali sebelum hidung Ezra ditariknya geram. Mengaduh kesakitan lelaki itu.

“Ganas-ganas.” gumam Danial.

“Kau apa kurangnya? Marah sikit, gigit. Diusik sikit, gigit. Macam biawak.” ujar David.

“David!” Danial menampar meja makan seraya berdiri. Terhenti pergaduhan Armelyn dan Ezra.

“Kau cakap aku biawak? Kau ni...” Danial ketap gigi. Wajah David ditariknya merapat lalu pipi David digigit.

“Auch!” Fazlan pula yang terasa ngilu melihat David digigit. Nampaknya manusia berjantina perempuan ini memang ganas setelah berkahwin. Nasib baik dia belum kahwin.

“Tak sakit?” soal Fazlan melihat riak wajah tenang David setelah digigit oleh Danial.

“Tak. Dia takkan gigit aku kuat-kuat. Kalau tak, dia sendiri yang menangis nanti.” ujar David.

“Pelik-pelik kau ni, Dani.”

“Suka hatilah.” Danial menjelirkan lidahnya. Sepelik-pelik dia pun, masih ada seseorang yang mencintai dirinya. Sekurang-kurangnya David menerima dia seadanya.

“Sayang, jom makan.” ajak Ezra.

“Jangan tukar topik.” Armelyn menampar dada Ezra.

“Okey... Sorry sayang. Sekarang kau cakap, kau nak aku buat apa supaya kau maafkan aku.”

“Saya denda awak...” Terkedip-kedip mata Fazlan dan Ezra mendengar kata-kata Armelyn. Fuh! Ezra didenda! Fazlan terasa mahu ketawa sahaja.

“Denda apa sayang? Jangan bukan-bukan ya...” Ezra cuak.

“Sediakan sarapan saya selama lima bulan!” Armelyn berpeluk tubuh.

“Sediakan sarapan selama lima bulan? Seumur hidup pun boleh sayang.” Tangan Ezra naik mengusap kepala Armelyn sebelum tubuh isterinya itu dipeluk erat. Mahu memujuk punya pasal.

EMERALDWhere stories live. Discover now