EPILOG : BAB 43

980 51 28
                                    

Makanan yang terhidang dipandang muak. Tidak tahu kenapa dia tiada selera apabila melihat makanan-makanan tersebut walhal itu adalah makanan kegemarannya. Keluhan dihela dan wajah Ezra dipandang. Cemberut sahaja reaksi wajahnya melihat lelaki itu kusyuk menjamah sarapan.

“Kenapa tak makan?” soal Engku Dahlia. Terhenti suapan Ezra. Dia menoleh memandang ke arah Armelyn.

“Tak ada selera, Nena. Melyn masuk dalam bilik dululah. Nak rehat.” Lemah langkahnya diatur masuk ke dalam bilik.

“Kenapa tu? Kau orang bergaduh eh?” tebak Fazlan.

“Taklah. Mood dia memang tak okey sejak kemarin. Tak tahu nak apa. Aku dah cuba macam-macam untuk pujuk dia.” ujar Ezra.

“Cubalah test. Mana tahu ada isi?” Engku Dahlia mengukir senyuman nipis.

“Isi? Armelyn memang ada isi, Nena. Kalau tak ada isi, dia jalan dengan tengkorak dia saja tau tadi?” balas Ezra. Tidak semena kepalanya diketuk oleh Engku Dahlia.

“Amboi! Budak ni, geramlah aku! Nena maksudkan dia mengandunglah.” Engku Dahlia ketap gigi. Kenapalah semua cucunya ada masalah mental kadang-kadang. Menyakitkan hati sungguh. Ezra dan Fazlan lah paling teruk. Elok dibawa ke hospital sakit jiwa, kemudian bagi renjatan elektrik.

“Ezra gurau je Nena. Nanti Ezra suruh dia buat test.” Ezra ketawa kecil. Sarapannya dihabiskan sebelum dia beredar.

“Haa... Ezlinda tambahlah lagi.”

“Tak apa Nena. Dah kenyang.” balas Ezlinda segan. Mana tidak segannya? Tiba-tiba sahaja muncul di istana ini kemudian diberi bilik untuk menetap. Semuanya salah Qhairil.

“Kenyang? Mana boleh kenyang. Cik Ezlinda kan baru diculik oleh sepupu saya... Makanlah banyak sikit.” ujar Fazlan. Qhairil terbatuk kecil.

“Kau merepek apa? Bila masa aku culik dia?” Renungan tajam diberi. Geram pula dia.

“Dekat hutan tu apa? Kau cakap nak kahwin dengan dia, terus bawa dia datang sini. Dia tak bagi jawapan pun.” Fazlan berpeluk tubuh. Rasa kekok serta malu mula menyerbu dalam diri Qhairil dan Ezlinda. Kenapalah Fazlan perlu mengungkit perihal itu?

“Diam.” sepatah keluar daripada mulut Qhairil. Dia berdiri dan keluar dari ruangan itu. Jika terus-terusan berada di situ, mahunya dia diusik lagi sehingga wajahnya kemerahan seperti buah ceri.

“Hek eleh! Malulah tu.” Fazlan juih bibir.

“Kuat mengusik!” Engku Dahlia melempar sapu tangan ke muka Fazlan.

“Cucu Nena bukan?” Fazlan jongket kening dan ketawa lagi.

Sementara itu, Ezra diam menunggu Armelyn keluar dari tandas. Haraplah kali ini positif. Selama dua tahun ini, mereka hanya diberi keputusan negatif setiap kali buat ujian. Sudah semestinya Armelyn berasa sedih.

“Macam mana?” soal Ezra sebaik sahaja pintu tandas dibuka.

“Jangan berharap sangat. Kali ini mungkin negatif juga.” balas Armelyn. Dia melangkah perlahan ke arah Ezra sambil membawa alat ujian kehamilan.

“Cakaplah benda baik sikit. Bagi sini aku tengok.” Alat ujian kehamilan diambil. Sempat dia mencuit dagu Armelyn.

“Dua garis ni apa maksudnya?” soal Ezra terkebil-kebil. Dia selalunya mendengar Armelyn berkata negatif sahaja. Belum pernah lagi melihat alat ujian kehamilan itu sendiri.

“Hah? Dua garis? Awak seriuslah?” soal Armelyn. Ezra mengangguk yakin sambil menunjukkan dua garis pada alat ujian kehamilan itu.

“Sekejap! Mesti alat ni salah. Saya pergi test lagi sekali.” Armelyn berlari masuk ke bilik air semula. Ditinggalkan Ezra terpinga-pinga memandang pintu bilik air dan alat ujian kehamilan silih berganti.

EMERALDWhere stories live. Discover now