BAB 11

580 51 14
                                    

"Kenapalah mamat cetan tu ada dekat sini? Menyampah gila!! Urgh!" Ezra menendang rumput di hadapannya. Esok harinya pasti tidak tenang dengan adanya Amar. Dia tahu lelaki itu tidak akan buat bodoh sahaja apabila terserempak dengan dirinya.

"Ezra, kenapa ni marah-marah?" soal Ayana, isteri kepada Iflan. Ini bermakna Ayana merupakan kakak iparnya.

"Apa lagi kak? Mamat cetan itulah! Dia dah balik!" dengus Ezra. Ayana ketawa kecil. Meskipun baru lima tahun dia mengenali Ezra, dia cukup memahami perangai Ezra. Perihal mamat cetan itu pun dia tahu. Setiap kali Amar pulang ke istana, ada sahaja benda yang mereka mahu gaduhkan.

"Lah... Cubalah Ezra berbaik pula dengan dia. Tak elok asyik bergaduh."

"Kalau dia tak usik Ezra, tak adanya Ezra nak benci dia. Dah tua bangka pun buli orang lagi."

"Mengumpat pasal aku ke tu?" soal Amar dengan sengihan. Ezra menjeling ke arah Amar. Bala betul Mamat ni balik ke istana.

"Dah tahu, buat apa tanya? Kenapa kau balik ke istana? Tak sibuk ke dengan kerja sampai kau datang menyemak dekat sini?" dengus Ezra.

"Wuish kasar bahasa. Kau tak rindu abang kesayangan kau ni ke? Asal aku nak ajak kau bersembang, kau lari. Haihh tahulah malu. Iyalah, aku kan lagi handsome daripada kau." ujar Amar.

"Perasanlah kau. Syuhh sana!!" halau Ezra.

"Tak nak! Kau ikut aku." Amar menarik Ezra secara paksaan. Bibirnya mengukir senyuman nakal. Sudah lama dia tidak mengusik sepupunya itu.

"Lepaslah!" Dapat didengar jeritan daripada Ezra. Ayana menggelengkan kepala. Apa nak jadi entah dua manusia ini?

"Bagi aku sepuluh sebab untuk lepaskan kau." suruh Amar. Ezra mengetap giginya.

"Satu sebab pun aku tak nak bagi! Aku dah pandai berlawan! Makan ni!" Ezra memulas tangan Amar yang melilit pada lehernya ke belakang. Amar tidak menjerit, malah dia mengukir senyuman sinis. Alah, setakat pulas tangan, apalah sangat.

"Ini je yang kau mampu?" soal Amar. Sengaja hendak mencabar Ezra.

"Kau nak main kasar dengan aku ke Amar?" Soalan dibalas soalan. Ezra sudah menayang muka tidak berpuas hati. Terasa seperti Amar sedang memperlekehkan dirinya pula.

"Kau rasa? Kau ingat aku takut ke dengan kau? Kalau aku belasah kau, sekelip mata je kau tumbang. Macam tiup semut!" ujar Amar. Ezra membulatkan matanya.

"Eii orang tua ni!" Tangan Amar dilepaskan kemudian punggung Amar menjadi sasaran kakinya. Amar hanya berganjak dua tapak ke hadapan hasil daripada tendangan Ezra. Bukan tendangan Ezra tidak kuat, tetapi Amar terlalu kuat untuk seorang Ezra. Dia mampu menyeimbangkan dirinya.

"Kau lemah." ejek Amar. Ezra semakin geram. Dia lantas melayangkan kaki ke arah Amar. Amar tangkas mengelak, sepakan Ezra langsung tidak mengena dirinya. Ezra mengepal buku limanya pula. Bertubi-tubi tumbukan dilayang ke arah Amar, tetapi langsung tidak mengena.

"Cuba lagi Ezra. Kenapa kau lemah sangat?" soal Amar sambil menahan tumbukan Ezra dengan tapak tangannya.

"Ish!!" Ezra cuba menendang perut Amar. Amar senyum sinis melihat Ezra yang tercungap-cungap kelelahan. Dia berjaya mengelak kesemua serangan Ezra.

"Kenapa kau macam ni Ezra? Terlalu lemah untuk menjadi seorang Putera." kata Amar dengan nada datar. Iflan menyilang tangannya ke belakang badan sambil memandang ke arah Amar dan Ezra. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Semua ni sebab kau lah! Kalau kau tak bawa aku masuk hutan tu, aku takkan jadi macam ni!!" Ezra menarik kolar leher Amar. Sungguh, dia bencikan lelaki di hadapannya ini.

EMERALDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt