BAB 10

600 57 23
                                    

Danial dan Eshaf berjalan menghampiri taman. Rata-rata dayang sibuk mengemas dan menghias halaman istana serta di dalam istana.

"Aku laparlah. Dari pagi aku tak makan." rengek Danial sambil mengusap perutnya.

"Lapar, makanlah. Kau tunggu dekat David tu tak apa. Biar aku pergi ambil makanan dekat dalam. Aku nak minum air sekali ni." ujar Eshaf.

"Kau serius? Tiba-tiba je rajin ni." Danial mengecilkan matanya tidak percaya.

"Aku seriuslah ni. Ke kau nak pergi ambil sendiri?"

"Tak naklah. Malas. Kau je pergi sana. Shuhh sana!" Danial menggelengkan kepalanya sambil menolak tubuh Eshaf. Langkah kaki diatur menuju ke arah David kemudian punggungnya dilabuhkan tepat di sebelah David.

"Hai kau orang!" Danial sengih sambil melambaikan tangannya.

"Hai... Apa cerita muka sembab je? Kau nangis eh?" soal Fazlan.

"Aku kena tembak. Sakit tahu tak?" Danial mencebik sedih. Yang lain pula sudah melopong kecuali David. Dia kekal dengan riak wajah tenangnya. Tidak mustahil untuk sesiapa sahaja terkena tembakan.

"Kau kena tembak dekat mana?" soal Qhairil risau. Danial melekapkan tapak tangannya di dada.

"Dekat sini. Aku kena tembak dengan rasa rindu tinggi menggunung. Rindunya dekat abang hensem ni!!" David dipandangnya dengan sengihan di bibir. Mulalah pipi David berona merah teringatkan tentang dagunya yang telah dicabul oleh Danial. Dia berasa geli dan malu. Lagi pula Danial seorang lelaki. Kalau Danial itu adiknya, tidak apa lagi. Ini tidak, Danial hanyalah orang luar.

"Aku ingatkan kena tembak sungguh. Ada yang makan penyepak aku sekejap lagi!!" dengus Fazlan.

"Tapi aku kena betul-betullah!" Danial berdecit halus.

"Iyalah tu." Fazlan buat muka mengejek. Danial malas hendak mengambil peduli. Lantak engkau lah nak percaya ke tak nak.

"Eh abang hensem, nak sikit. Laparlah." Lengan David dicuit.

"Pergi ambil sendiri."

"Malas. Eshaf dah tolong ambil, tapi dia lambatlah. Suaplah sikit. Nak sikit je..." rengek Danial. Lengan David digoncangnya perlahan. Melihat David tidak memberi sebarang respon, Danial menarik garfu yang dipegang oleh David. Pinggan berisi spaghetti turut ditariknya kemudian spaghetti itu dimakannya selamba.

"Urmm yummy!! Sedapnya!!" Danial menepuk tangannya teruja. Tanpa memandang David yang sudah melepaskan keluhan halus, dia menghabiskan spaghetti itu. Tadi kata sedikit sahaja, tetapi sekali dapat terus licin.

"Macam budak-budak." komen Ezra.

"Kau makan spaghetti siapa ni Dani? Bila masa kau pergi ambil haa?" soal Eshaf yang baru tiba di situ.

"Abang hensem punya. Kau bagi yang aku punya tu dekat dia. Aku dah kenyang." suruh Danial.

"Tak payah. Kau makan jelah." David sudah bangun, berura-ura hendak pergi. Danial lantas menahan lengan David.

"Nak pergi mana?" soal Danial.

"Masuk dalam." David cuba merungkai tangan Danial dari memegang lengannya.

"Halah-halah Dani nak bermanja dengan kau sikit pun tak boleh. Cuba kau duduk sekejap lagi dengan Dani." ujar Fazlan. David menggulingkan bola matanya. Bermanja kejadahnya? Dia bukan adik aku pun.

"Esok kita semua kena ambil bahagian dalam istana. Kau lupa? Aku nak rehat sekarang." David memberi alasan.

"Alaa duduklah sekejap. Dani tak lama pun dekat sini." pujuk Danial lagi. David akur. Setakat ajak duduk, baik dia duduk sahaja. Dia bukannya seorang yang keras kepala.

EMERALDWhere stories live. Discover now