BAB 26

355 39 27
                                    

Rambut yang panjang mengurai diselak ke belakang dari hadapan. Agak merimaskan, namun dia sukakan rambut panjang. Pantulan diri pada cermin dipandang dengan hembusan nafas perlahan. Dia kebosanan sebenarnya setelah seharian berkurung di dalam bilik. Mahu keluar, David tiada di istana. Kesudahannya, dia hanya tidur dan makan di dalam bilik.

Badan direbahkan di atas sofa. Rambutnya masih basah kerana baru sahaja selesai mandi. Malas pula hendak mengeringkan menggunakan pengering rambut. Bunyi kuakkan pintu langsung tidak didengari dek kerana hampir terlelap.

David membuka butang baju atasnya. Niatnya mahu terus ke bilik air terbantut apabila kelibat Danial tidak kelihatan di atas katil. Pada waktu sebegini, Danial sepatutnya sudah tidur. Dia gemar tidur sebelum pukul sembilan malam jika tiada sebarang kerja yang hendak dilakukan dan David sudah menyuruh Danial supaya tidak keluar ke mana-mana.

“Mana pula dia ni pergi?” David menyoal sendiri. Langkah kakinya yang hendak keluar dari bilik terhenti tatkala susuk tubuh Danial menyapa pandangan mata. Dia juga dapat melihat beberapa titisan air menitis ke lantai daripada rambut Danial.

Tanpa berlengah, David mencapai tuala lalu digosokkan pada rambut Danial untuk mengeringkannya.

“Kau dah balik? Lamanya keluar.” gumam Danial.

“Aku pergi tolong Ezra cari bukti.”

“Jadi, apa yang kau orang dapat?” soal Danial. Matanya masih terpejam rapat.

“Tak dapat apa-apa. Tadi, kami cuba periksa semua rakaman cctv di istana untuk tengok kalau-kalau ada sesiapa yang mencurigakan melintasi kawasan berhampiran bilik bacaan. Malangnya, cctv yang menunjuk ke arah kawasan bilik bacaan rosak. Di tempat lain pula, tak ada nampak sesiapa yang mencurigakan keluar dari istana.” jelas David.

“Hmm... Mesti kau penat, kan? Jom tidur. Aku tak jadi nak ajak kau keluar hari ini.” kata Danial berura-ura hendak bangun, namun ditahan oleh David.

“Jangan bangun lagi. Aku nak keringkan rambut kau. Kenapa kau tidur tanpa keringkan rambut? Tak melekit?” soal David. Tangannya masih lincah mengerjakan rambut Danial.

“Malaslah. Aku penat tunggu kau hari ini.” Bibir dijuihkan. Lantaklah David nampak atau tidak. Danial mengerutkan dahinya tatkala rasa ada sesuatu mendarat pada dahinya. Tahi cicak jatuh ke apa? Tetapi, tidak mungkinlah tahi cicak begitu besar.

“Hadiah kau sebab tunggu aku hari ini. Esok malam kita pergi jalan-jalan okey? Waktu siang aku kena tolong Ezra lagi.” kata David.

“Kau cium aku? Nak lagi boleh tak?” soal Danial. Bukan biasa-biasa David cium dia. Lelaki ini selalu malu mahu melakukan sesuatu yang romantik dengan dirinya. Panggilan romantik apatah lagi? Muntahlah padahnya.

“Tak boleh. Ciuman aku limited edition. Tak boleh bagi selalu, nanti habis.” Kata-kata David membuatkan Danial ketawa. Apa yang habisnya? Haih...

“Dah siap. Pergi tidur dekat katil. Aku nak mandi sekejap.” kata David lagi.

“Okey.”

•••

Armelyn berasa gementar. Dia diarahkan pergi ke bilik siasatan. Kata pengawal penjara, seseorang mahu berjumpa dengannya. Pasti seseorang yang begitu penting kerana dia perlu menukar tempat perjumpaan sebegitu. Sedangkan Ezra sebagai seorang putera di Xhandelion pun hanya mampu menemuinya di bilik tahanan.

“Duduk.” Suara seseorang yang agak dikenali kedengaran. Armelyn yang sedari tadi menunduk mula mengangkat muka. Matanya sedikit membulat melihat kedatangan Engku Delisha di situ. Janganlah wanita itu mengapa-apakan dirinya. Pukulan wanita itu tempoh hari masih lagi terasa.

EMERALDWhere stories live. Discover now