BAB 05

603 66 21
                                    

"Bangun!" Serentak itu Aifa menyimbah sebaldi air ke muka Dahlea. Dahlea yang terkejut lantas berdiri. Dia tidak larat dan tidak cukup tidur. Baru tiga jam dia berehat di atas katil setelah berendam di dalam sungai.

"Kau jangan nak fikir sebab aku suruh kau berendam semalam, hari ini kau boleh berehat. Mengarut Dahlea! Bangun sekarang!" marah Aifa.

"Baik Cik Aifa." balas Dahlea pasrah. Langkah kaki diatur keluar daripada bilik.

Dahlea mula melakukan kerjanya. Beberapa jenis pinggan dikeluarkan lalu disusun rapi di atas meja. Memang itulah perkara yang akan dibuat oleh para dayang sebelum kerabat Diraja mula bersantap. Hampir sahaja Dahlea hendak pitam semasa berada di dapur, namun syukur sahaja dia sempat berpaut pada tiang.

"Kau okey Lea?" soal Tiara yang merupakan salah seorang dayang.

"Aku demam sikit tapi aku okey je. Aku pergi depan dulu. Nak hantar ni." Pinggan yang berisi kuih dikerling sekilas sebelum dia bergerak menuju ke meja. Perlahan-lahan pinggan berisi kuih itu diletakkan di atas meja.

"Hai Damia." sengih Fazlan. Engku Zaleha sudah memandang tajam ke arah anaknya. Depan mak kau sendiri pun nak buat hal ke?

"Patik ke?" soal Dahlea terkebil-kebil.

"Iyalah. Takkan Armelyn pula?" cebik Fazlan. Mendengar nama Armelyn, hati Dahlea dihurung rasa sebak. Nampaknya dia perlu menjauhkan diri daripada Armelyn mulai hari ini supaya Aifa tidak salah faham tentang dirinya. Semakin banyak benda yang Aifa salah faham, Dahlea hanya akan dipandang benci oleh Aifa. Mungkin juga dengan rakan-rakan dayangnya yang lain sekali.

"Patik Dahlea, bukan Damia, Tuan Putera." Dahlea memperbetulkan dengan penuh sopan dan lembut. Langsung tiada senyuman pada bibirnya. Dia hanya memasang riak wajah biasa.

"Tertukar lagi. Haihhh!" Fazlan menepuk dahinya.

"Siapa Damia? Perempuan mana pula tu yang kamu kutip Fazlan?" Engku Zaleha menyoal.

"Fazlan kutip dekat restoran." Jujur Fazlan. Barisan gigi hadapannya ditayang tanpa rasa bersalah. Engku Zaleha sudah mengetap giginya. Geram sungguh dengan anak sulungnya itu.

"Jangan berani nak bawa perempuan balik istana! Kalau perempuan-perempuan yang Fazlan kutip tu datang ke istana sebab cari Fazlan, mama takkan teragak-agak nak sunatkan Fazlan tiga kali!!" Engku Zaleha memberi amaran.

Dahlea ketap bibirnya menahan tawa daripada terletus. Segera dia beredar dari situ. Bimbang pula Engku Zaleha perasan riak wajahnya yang sedang menahan tawa itu.

"Tiga?" Fazlan membesarkan anak matanya seraya memandang tiga jarinya yang sudah berada dihadapan muka. Eii tak mahulah dia jalan terkangkang balik!

"Mak Lang, jangan cakap tiga. Cakap sepuluh kali baru serik." sampuk Qhairil.

"Dengar tu! Nak?" Engku Zaleha menjengilkan matanya. David menyambar sebiji kuih lalu beredar. Langsung tidak mengambil tempat untuk duduk bersarapan.

"Oii David!! Nak pergi mana?" soal Fazlan cuba menukar topik. Lebih kepada nak lari sebenarnya. Menyesal pula dia jujur tadi. Haihh mulut! Kenapa jujur sangat?

"Nak keluar." Dua patah perkataan keluar dari mulut David. Kuih yang diambilnya tadi disuap masuk ke dalam mulut.

"Wahh besarnya!" Danial melopong melihat bahagian dalaman istana itu. Matanya melilau melihat bahagian atas kepalanya. David yang berpusing ke belakang tersentak apabila dia hampir terlanggar dengan Danial. Mata mereka berdua saling bertembung satu sama lain.

"Wah!! Si hensem!" Spontan tangan Danial naik menarik kedua belah pipi milik David. David terkebil-kebil seketika mencerna apa yang sudah berlaku. Sedar sahaja apa yang Danial sedang lakukan kepadanya, lantas David menepis tangan Danial.

EMERALDWhere stories live. Discover now