BAB 29

331 37 20
                                    

“Apa perancangan kau selepas ni? Nak tak nak, kau kena kahwin dengan seseorang supaya ada pewaris.” kata-kata Fazlan membuatkan Ezra mendecit bosan.

“Aku tak nak kahwin. Nanti aku akan ajar Eshaf perihal takhta dan negara. Kemudian, aku akan biar dia jadi raja.” balas Ezra tenang. Tidak semena-mena kepalanya ditampar oleh Fazlan. Bengang pula rasanya.

“Aku dah cakap jangan main-main. Kau ni... Eish! Marah pula aku!” Jaket di bahagian dada dikibas beberapa kali.

“Kau pukul raja, nak kena pancung?” Ezra mengetap gigi.

“Kepala otak dia pancung! David, cuba nasihatkan sepupu kau ni sikit! Bengang aku.” dengus Fazlan.

“Hmm kita tengok sajalah apa yang akan jadi. Tapi Ezra, aku harap kau tak tinggalkan takhta buat masa sekarang. Musuh masih berkeliaran dalam istana ni.” ujar David.

“Itu aku tahulah. Qhairil ke mana kebelakangan ini? Tak nampak pun dia.” kata Ezra. Selalunya lelaki itu akan kelihatan berdekatan mereka, namun kebelakangan ini langsung tidak terlihat kelibatnya.

“Dia cakap dia ada kerja baharu. Sibuklah tu.” balas Fazlan. Kopi yang masih panas dicicip perlahan-lahan.

“Kerja? Kerja apa pula?” soal Ezra. Hairan sungguh. Kata Qhairil, dia mahu menjadi seorang tentera. Kerja baharu apa pula yang dia buat?

“Aku...” kata-kata Fazlan terhenti tatkala melihat Danial berlari ke arah David, kemudian duduk di atas paha David. Dia terlihatnya teresak-esak sambil memeluk leher David. Pandangan Ezra dan Fazlan teralih memandang ke arah Danial dengan dahi berkerut pelik.

“David...” panggil Danial dengan esakkan tangisan.

“Kenapa ni?” soal David. Belakang badan Danial diusapnya perlahan.

“Aron cakap ayahanda aku tenat.” kata Danial. Dia terus-terusan menangis di bahu David. Dia sudah kehilangan bonda ketika dia dilahirkan dan dia tidak mahu kehilangan ayahandanya pula.

“Aku nak balik.” kata Danial lagi. Sungguh, dia mahu berjumpa dengan ayahandanya sekarang juga. Dia menyesal meninggalkan ayahandanya di bawah penjagaan Ratu Adriana. Entah apa wanita jahat itu lakukan kepada Raja Elmer.

“Aku hantar kau okey?” Danial mengangguk membalas kata-kata David. Jari-jemarinya bergerak mengelap air mata yang membasahi pipi Danial.

“Aku hairanlah. Hubungan kau orang berdua ni betul ke tak? Kau orang gay?” soal Ezra dengan mata yang menyepet. Fazlan yang mendengar sudah terbatuk-batuk kerana tersedak.

“Kau anggap sajalah macam tu.” balas David selamba.

“Aku perempuan. David bukan gay.” Kata-kata Danial mengejutkan mereka bertiga. Fazlan dan David terkejut kerana tidak menyangka Danial berani membongkarkannya.

“Macam mana kau boleh jadi perempuan?” soal Ezra. Danial menjongketkan bahunya seraya membetulkan posisi duduk. Badan disandarkan pada dada David. Air mata dilapnya sehingga kering.

“Kau buat pembedahan dalaman semata-mata nak bersama dengan David ke?” Soalan Ezra membuatkan Fazlan ketawa terbahak-bahak. Dia tidak terfikir sampai ke situ pun.

“Bijaknya sepupu aku ni.” Fazlan membelai lembut rambut Ezra.

“Jangan mengarut boleh tak?” David menjeling. Bunyi derap tapak kaki menggamit perhatian mereka berempat.

“Lindungi Tuanku sekarang!” arah ketua pengawal. Beberapa orang lelaki bersuit hitam mula mengelilingi Ezra dengan pistol di tangan.

“Apa yang terjadi?” Fazlan menyoal.

EMERALDWhere stories live. Discover now