"Datang sini tiba-tiba kenapa? Rindu abang ke?" Pipi Hannah dicium sekilas. Dari hari ke hari, perasaan sayang dan cinta kepada Hannah semakin menggebu. Kalau boleh, dia hendak berada dekat dengan Hannah 24 jam. Di pejabat juga dia selalu teringatkan Hannah. Sebab itulah dia akan siapkan kerja cepat-cepat dan terus pulang ke rumah. Waktu cutinya pula akan dihabiskan bersama-sama Fateh dan Hannah.

"Mana ada. Saya saje je datang sini. Nak tengok betul ke awak buat kerja. Ke sibuk main mata dengan orang lain," nafi Hannah. Padahal memang betul pun tekaan Rayyan. Sebab itulah dia awal-awal lagi sudah plan untuk masak dan kemudian makan tengahari bersama-sama dengan Rayyan.

"Rindu tapi tak nak mengaku. Ey, geram." Digigit pucuk hidung Hannah.

"Abang," marah Hannah. Aduh, sakit hidungnya kena gigit. Rayyan ni lapar sangat ke? Digosok-gosok hidung yang semakin memerah.

"Tak adanya abang nak main mata. Sambil buat kerja pun duk teringat dekat sayang. Nak pandang orang lain pun tak ada hati." Rayyan menjarakkan kedudukan mereka lalu ditarik Hannah supaya mendekati sofa yang terletak di satu sudut di dalam pejabatnya. Terlihat sedari tadi Hannah jinjing satu beg yang berisi bekas makanan.

Rayyan duduk di atas sofa lalu ditarik Hannah supaya duduk di atas pahanya. Tangan dilingkarkan pada pinggang ramping Hannah.

"Abang, seganlah. Kita di pejabat, kan." Hannah mahu bangun tapi Rayyan mengunci pergerakannya dan akhirnya dia hanya akur.

"Buat apa nak malu, kita dah kahwin." Pelukan semakin dieeratkan. Matanya jatuh kepada beg yang dipegang oleh Hannah sedari tadi.

"Apa dalam beg tu, sayang? soal Rayyan. Wangian Hannah dan kedudukan mereka yang rapat seperti itu membuatkan naluri lelakinya berkocak hebat.

"Oh, ni. Saya masakkan untuk abang," kata Hannah ceria. Dia meletakkan beg tersebut ke atas meja lalu dikeluarkan bekas-bekas makanan dan dibuka penutupnya. Sudu dan garfu juga dia bawa sekali. Seperti hendak berpiknik pula. Tapi piknik dalam pejabat.

"Wah, seriuslah?" Wajah Rayyan bercahaya. Inilah kali pertama Hannah masakkan untuk dirinya sejak mereka berkahwin. Keadaan Hannah yang masih belum sembuh sepenuhnya sebelum ini membuatkan dia jadi over protectice dan tidak membenarkan Hannah untuk membuat kerja berat-berat. Disuruh agar isterinya itu berehat sahaja supaya cepat sembuh.

Bau masakan Hannah memenuhi segenap ruang pejabat. Kecur air liur Rayyan melihat hidangan makanan di hadapan mata.

Hannah meletakkan nasi dan lauk-pauk ke dalam pinggan Rayyan. Apabila dia ingin meletakkan makanan ke dalam pinggannya, Rayyan menegah.

"Kita share." Rayyan tersenyum nakal. Hannah menggeleng-gelengkan kepala. Dia hanya akur. Ada-ada jelah Rayyan ni.

"Sayang suap abang, boleh?" pinta Rayyan.

"Boleh, kan. Sayang?" Suaranya dileret manja. Sengaja hendak bermanja dengan iseri sendiri.

"Yalah. Mengada betul baby tua ni. Kalah Fateh, tahu tak?" Hannah menggaul kuah kari dengan nasi. Dia juga membuat acar nenas dicampur dengan timun. Kemudian, daging yang telah dipotong kecil-kecil disuapkan ke dalam mulut Rayyan.

"Sedapnyaaaaaa..." Panjang harkatnya Rayyan menyebut. Matanya seakan-akan bercahaya.

"Bodeklah tu." Hannah mencebikkan bibir.

"Ya Allah, memang betul sedap. Abang tak tipu. Terima kasih, sayang. Masakkan untuk abang," kata Rayyan dengan mulut yang masih penuh. Tak senonoh betul. Laki siapalah ini?

Melengkung bibir Hannah ke atas dek kerana pujian Rayyan. Gembiranya hati apabila air tangannya dipuji oleh suami sendiri.

"Sini abang suapkan sayang pula." Diambil pinggan dari tangan Hannah dan sekarang gilirannya pula menyuap Hannah.

HER GUARDIAN ANGELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang