BAB 33

3K 265 26
                                    

"KAK HANNAH ni cantiklah, patutlah along jatuh cinta dengan akak," Sharifah Raihana memuji Hannah saat dia keluar dari bilik persalinan selepas mengenakan sebuah blouse bercorak bunga-bunga. Hannah dan Sharifah Raihana, satu satunya adik perempuan Rayyan sedang berada di kedai pakaian H&M. Sharifah Raihana mengajak Hannah untuk me time, Fateh pula ditinggalkan di rumah bonda dan ayahanda. Satu keluarga Rayyan sudah kenal Hannah dan dia sangat rapat dengan mereka semua.

"Mana ada, Rai. Kak Hannah biasa-biasa aja. Rai cantik lagi. Okay tak baju ni dengan akak?" Hannah memusing-musingkan badannya di hadapan Raihana.

"Cantik, akak. Sesuai sangat dengan akak," Raihana mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda bagus.

"Cun, akak nak beli baju ni," lalu Hannah masuk semula ke dalam bilik persalinan untuk menukar semula pakaiannya.

Selepas membayar, mereka sama-sama berjalan dari kedai-kedai.

"Kak Hannah nak tahu sesuatu tak?" Raihana memandang Hannah yang berjalan di sebelahnya.

"Ya, Rai." Kening diangkat tanda ingin tahu.

"Kak Hannah tahu yang along pernah bertunang, kan?" soalan Raihana dibalas dengan anggukan. Sharifah Hadirah ada memberitahunya dahulu sewaktu dia tidur di rumah mereka.

"Along sayang sangat-sangat dengan bekas tunang dia dulu tapi akhirnya perempuan tu curang, kak Hannah. Along tutup hati dia daripada mana-mana perempuan sejak itu. Puas bonda dan ayahanda kenalkan along dengan ramai, tetapi along tak pandang langsung. Sehinggalah along bagitahu kita orang yang dia dah jumpa seseorang yang sudah buka hatinya. Sebelum along bawa balik Kak Hannah dan Fateh ke rumah, kami sudah kenal dengan Kak Hannah melalui cerita-cerita daripada along," panjang lebar Raihana bercerita tentang abangnya.

Hannah agak terkejut mendengar apa yang diceritakan oleh Raihana. Dengannya, Rayyan sangat beku sejak dari awal perkenalan mereka. Sehingga dia merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan, tetapi tidak sangka yang Rayyan turut memendam rasa yang sama.

"Patutlah along Hannah tu awal-awal dengan akak dulu beku aja. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dalam mulut tu macam ada emas. Kak Hannah selalu rasa yang akak bercakap dengan dinding. Tapi bila ada Fateh, banyak pula dia bunyi. Sampai dengan kak Hannah, dia lebih suka diam," Hannah menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Mereka mula melangkah masuk ke Padini pula.

Raihana tergelak melihat reaksi Hannah, "Iya kak, along dengan perempuan-perempuan lain pun macam itu jugalah. Sudahnya along ambil keputusan untuk sambung belajar di luar negara, dapatlah dia lari daripada bonda dan ayahanda yang tak sudah suruh along cari pengganti semula."

Hannah turut sama tergelak. Alahai, comel aja guardian angel saya ini.

"Pandai ya along Hannah tu selamatkan diri, pergi berhijrah sekejap di luar negara," kepala digeleng berkali-kali, panjang sungguh akalnya.

"Itulah. Tapi akak jangan risau, along tu kalau sekali dia dah sayangkan seseorang, dia akan sayang sampai bila-bila. Bertahun juga along ambil masa untuk lupakan bekas tunang dia dahulu sampai bawa diri ke United Kingdom sana, mujurlah dia tidak sangkut dengan mana-mana perempuan mat salleh di sana. Kalau tak jenuh nak mengajar makan sambal tempoyak, sambal belacan, budu. Mahu dia lari balik negara asal dia semula," jenaka Hannah berjaya membuatkan mereka sama-sama tertawa. Mereka berjalan sama-sama ke arah tempat pakaian wanita.

"Akak tengok ni, cantik." mulut Hannah terlopong apabila Raihana menunjukkan ke arah satu pakaian malam yang hanya separas lutut tanpa lengan. Sudahlah merah menyala.

"Rai apa ni," muka Hannah sudah berbahang.

"Pakai waktu malam pertama, confirm along tak keluar bilik," Raihanan berbisik perlahan di telinga Hannah lalu dia ketawa mengusik.

"Rai," bahu Raihana ditampar perlahan. Sakan Raihana menggelakkan kakak iparnya. Malu-malu kucing pula.

"Majlis nikah akak tak sampai sebulan aja lagi tau. Akak dah kena fikir semua ini. Akak bagi layanan tip top, confirm along tak cari lain dah. Setiap masa gila bayang dengan akak. Sekarang pun dia selalu tersengih seoranng diri, angau punya pasal," Ops, terbongkar sudah rahsia Rayyan.

"Akak dah sememangnya cantik, kalau touch up sikit sudah tentu meletop kebabom gitu!" Raihana masih tidak berputus asa memujuk Hannah. Dia sangat senang dengan Hannah. Berbeza dengan bekas tunang along dahulu yang sangat sombong dengannya. Dia hanya pura-pura baik di hadapan bonda, ayahanda dan alongnya sahaja. Konon-konon wanita melayu terakhir, sudahnya kantoi curang. Ada baiknya juga, kalau tidak pasti dia dapat kakak ipar yang serupa hantu.

"Ada-ada sajalah Rai ni. Kak Hannah malulah," mukanya ditekup dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Hannah tergelak besar, "Comelnya akak ni, Rai geram."

"Jomlah Rai kita ke bahagian lain pula." Dan Raihana pasrah apabila Hannah mengheretnya pergi dari situ.


HER GUARDIAN ANGELWhere stories live. Discover now